Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLIV · Pelbagai
426. Perintah bagi pembayaran kos pendakwaan dan pampasan
Feedback & supportMahkamah yang di hadapannya seseorang tertuduh disabitkan atas suatu kesalahan—
menurut budi bicaranya, boleh membuat suatu perintah bagi pembayaran oleh tertuduh yang disabitkan itu kos pendakwaannya atau mana-mana bahagian daripada kos pendakwaan itu sebagaimana yang dipersetujui oleh
Pendakwa Raya; atau
jika—
pendakwaan tertuduh yang disabitkan itu melibatkan keterangan yang diperoleh menurut suatu permintaan yang dibuat di bawah Akta
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002
[Akta 621]; atau
tertuduh itu telah memperoleh keuntungan wang, atas permohonan Pendakwa Raya, hendaklah membuat suatu perintah bagi pembayaran oleh tertuduh yang disabitkan itu kos pendakwaannya atau mana-mana bahagian daripada kos pendakwaan itu, yang jumlah wang itu dikehendaki ditetapkan oleh Mahkamah itu sebagaimana yang dipersetujui oleh Pendakwa Raya.
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Mahkamah yang di hadapannya seseorang tertuduh disabitkan atas suatu kesalahan
276
Undang-Undang Malaysia hendaklah, atas permohonan Pendakwa Raya, membuat suatu perintah terhadap tertuduh yang disabitkan itu bagi pembayaran olehnya, atau jika tertuduh yang disabitkan itu ialah seorang kanak-kanak, oleh ibu atau bapanya atau penjaganya, suatu jumlah wang yang hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah itu sebagai pampasan kepada seseorang yang merupakan mangsa bagi kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh yang disabitkan itu berkenaan dengan kecederaan kepada dirinya atau kerosakan pada wataknya, atau kehilangan pendapatannya atau kerugian pada hartanya, akibat daripada kesalahan yang dilakukan itu.
Jika orang yang merupakan mangsa kesalahan itu mati, perintah pampasan hendaklah dibuat kepada seorang wakil orang yang mati itu.
Mahkamah hendaklah, dalam membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1A), mengambil kira faktor yang berikut:
jenis kesalahan itu;
kecederaan yang dialami oleh mangsa itu;
perbelanjaan yang dilakukan oleh mangsa itu;
kerosakan pada, atau kerugian, harta yang dialami oleh mangsa itu;
kehilangan pendapatan yang ditanggung oleh mangsa itu;
keupayaan tertuduh yang disabitkan itu untuk membayar;
dan
apa-apa faktor lain yang difikirkan relevan oleh
Mahkamah.
Bagi maksud membuat suatu perintah di bawah subseksyen
, Mahkamah boleh mengadakan suatu siasatan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya.
Mahkamah hendaklah menentukan orang yang kepadanya apa-apa jumlah wang berkenaan dengan kos atau pampasan seperti
Kanun Tatacara Jenayah 277
yang disebut terdahulu dikehendaki dibayar, dan seksyen 432 [kecuali perenggan (1)(d)] hendaklah terpakai bagi mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.
Mahkamah boleh mengarahkan supaya suatu perintah bagi pembayaran kos, atau suatu perintah bagi pembayaran pampasan, hendaklah mempunyai keutamaan dan, jika tiada arahan diberikan, suatu perintah bagi pembayaran kos hendaklah mempunyai keutamaan daripada suatu perintah bagi pembayaran pampasan.
Setakat amaun yang telah dibayar kepada seseorang, atau kepada wakil seseorang, di bawah suatu perintah bagi pampasan, apa-apa tuntutan oleh orang atau wakil itu bagi ganti rugi yang dialami yang disebabkan oleh kesalahan itu hendaklah disifatkan telah dipenuhi, tetapi perintah bagi pembayaran itu tidak boleh menjejaskan apa-apa hak kepada suatu remedi sivil bagi mendapatkan balik apa-apa harta atau bagi mendapatkan balik ganti rugi yang melebihi amaun pampasan yang dibayar menurut perintah itu.
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini oleh seseorang Majistret boleh dirayukan kepada Mahkamah Tinggi.