Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2023Read it in English
Contents

Bab XLIV · Pelbagai

432. Peruntukan tentang wang yang kena dibayar sebagai kos atau pampasan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan Kanun ini, jika mana-mana orang yang, di bawah Kanun ini, kerana apa-apa sebab jua pun, diperintahkan untuk membayar apa-apa jumlah wang sebagai kos atau pampasan,

Mahkamah yang membuat perintah itu boleh menurut budi bicaranya melakukan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut, iaitu:

(a)

memberikan masa bagi pembayaran jumlah wang itu;

(b)

mengarahkan pembayaran jumlah wang itu dibuat secara ansuran;

(c)

mengeluarkan suatu waran bagi melevikan jumlah wang itu melalui distres dan penjualan apa-apa harta kepunyaan orang itu;

(d)

mengarahkan bahawa jika ingkar membayar jumlah wang itu atau jika tidak ada distres yang mencukupi untuk menyelesaikan jumlah wang itu, orang itu hendaklah menjalani pemenjaraan selama suatu tempoh tertentu, yang pemenjaraannya hendaklah menjadi tambahan kepada apa-apa pemenjaraan lain yang baginya dia boleh dihukum atau yang baginya dia boleh dikenakan di bawah suatu peringanan hukuman:

Dengan syarat bahawa jika masa bagi pembayaran jumlah wang itu tidak diberikan, suatu perintah bagi pemenjaraan jika ingkar membayar jumlah wang itu tidak boleh dikeluarkan pada mula-mulanya melainkan jika didapati oleh Mahkamah itu bahawa orang itu tidak mempunyai harta atau mempunyai harta yang tidak mencukupi untuk menyelesaikan wang yang kena dibayar atau bahawa pelevian distres itu akan lebih memudaratkannya atau keluarganya daripada pemenjaraan;

280

Undang-Undang Malaysia

(e)

mengarahkan supaya orang itu diperiksa dan supaya apa-apa wang yang didapati padanya apabila diperiksa sedemikian atau yang sekiranya dia dikomitkan ke penjara, boleh didapati padanya apabila dibawa ke penjara hendaklah digunakan bagi pembayaran jumlah wang itu, lebihannya, jika ada, dipulangkan kepadanya:

Dengan syarat bahawa wang itu tidak boleh digunakan sedemikian jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa wang itu bukan kepunyaan orang yang padanya ia didapati atau bahawa kehilangan wang itu akan lebih memudaratkan keluarganya daripada pemenjaraannya.

(2)

Tempoh yang baginya Mahkamah mengarahkan supaya orang itu dipenjarakan jika ingkar membayar jumlah wang itu atau jika tidak ada distress yang mencukupi untuk menyelesaikan apa-apa jumlah wang tidak boleh melebihi skala yang berikut:

Apabila wang yang hendaklah dibayar tidak melebihi RM500 ...........................................Satu bulan

Apabila wang yang hendaklah dibayar melebihi

RM500 tetapi tidak melebihi RM1000 ..................Dua bulan

Dalam mana-mana kes lain ....................................Enam bulan

(3)

Tertakluk pada peruntukan Kanun ini, pemenjaraan yang dikenakan oleh Mahkamah di bawah seksyen ini hendaklah ditamatkan apabila wang itu dibayar atau dilevikan melalui proses undang-undang.

(4)

Jika sebelum habis masa pemenjaraan itu sekian kadar wang itu dibayar atau dilevikan yang masa pemenjaraan yang telah dijalani adalah tidak kurang daripada perkadaran dengan bahagian wang yang masih belum dibayar, pemenjaraan itu hendaklah ditamatkan.

(5)

Suatu waran untuk melevikan apa-apa jumlah wang sedemikian boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia tetapi jika ia dikehendaki dilaksanakan di luar Negeri yang waran itu dikeluarkan, waran itu hendaklah diendorskan bagi maksud itu oleh seorang Hakim

Kanun Tatacara Jenayah 281

atau Majistret Kelas Pertama yang mempunyai bidang kuasa di dalam

Negeri yang waran itu dikehendaki dilaksanakan.

Report

Bab V

Bab V— Persubahatan

Bab V

Bab V— Persubahatan— (Samb.)

Bab V

Bab V— Persubahatan—(Samb.)

Bab VI

Bab Vi—Kesalahan Terhadap Negara

Bab VII

Bab VII —Kesalahan yang Berhubungan Dengan Angkatan Tentera

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam—(Samb.)

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam—(Samb.)

Bab X

Bab X—Penghinaan ke Atas Kuasa Pekhidmat Awam yang Sah

Bab XI

Bab Xi—Keterangan Palsu dan Kesalahan Terhadap Keadilan Awam

Bab XII

Bab Xii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Syiling dan Setem Kerajaan

Bab XIII

Bab Xiii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Timbang dan Sukat

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral Awam

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menjejaskan Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama—(Samb.)

Bab XVI

Bab Xvi—Kesalahan yang Menyentuh Tubuh Manusia

Bab XVII

Bab Xvii—Kesalahan Terhadap Harta

Bab XIX

Bab Xix—Mungkir Kontrak Perkhidmatan Secara Jenayah

Bab XX

Bab Xx—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Perkahwinan

Bab XXI

Bab Xxi—Fitnah

Bab XXII

Bab Xxii—Ugutan Jenayah, Penghinaan dan Kegusaran

Schedules