Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLIV · Pelbagai
439. Majistret tidak boleh bertindak jika berkepentingan
Feedback & supportTiada seorang pun Majistret boleh, kecuali dengan kebenaran
Mahkamah Tinggi yang kepadanya suatu rayuan dibuat daripada
Mahkamahnya, membicarakan apa-apa kes yang padanya atau dalamnya dia merupakan suatu pihak atau mempunyai kepentingan sendiri.
Huraian—Seseorang Majistret tidak boleh disifatkan sebagai suatu pihak atau mempunyai kepentingan sendiri mengikut pengertian seksyen ini pada atau dalam mana-mana kes semata-mata oleh sebab bahawa dia ialah seorang anggota suatu pihak berkuasa tempatan atau selainnya terlibat dalamnya atas sifat awam, atau semata-mata oleh sebab bahawa dia telah melihat tempat yang suatu kesalahan dikatakan telah dilakukan atau mana-mana tempat lain yang apa-apa transaksi material kepada kes itu dikatakan telah berlaku, dan membuat suatu siasatan yang berkaitan dengan kes itu.
A, sebagai Pemungut Hasil Tanah, setelah menimbangkan maklumat yang diberikan kepadanya mengarahkan pendakwaan ke atas B bagi pelanggaran undang-undang tanah. A hilang kelayakan untuk membicarakan kes ini sebagai seorang
Majistret.