Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLIV · Pelbagai
427. Pembayaran perbelanjaan bagi pendakwa dan saksi
Feedback & supportDalam tiap-tiap kes jenayah yang dibicarakan di hadapan
Mahkamah Tinggi, dan dalam tiap-tiap kes jenayah yang dibicarakan di hadapan suatu Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret,
Mahkamah itu boleh menurut budi bicaranya memerintahkan pembayaran daripada Kumpulan Wang Disatukan kepada pendakwa dan saksi kedua-dua pihak pendakwaan dan pihak pembelaan, atau kepada mana-mana saksi pihak pendakwaan dan pihak pembelaan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, perbelanjaan yang dilakukan oleh mereka secara berasingan dalam menghadiri dan mengenai kehadiran di Mahkamah Tinggi, atau Mahkamah Sesyen atau Mahkmah Majistret itu dan juga pampasan kerana susah payah dan kehilangan masa mereka, tertakluk pada apa-apa kaedah-kaedah sebagaimana yang ditetapkan.
278
Undang-Undang Malaysia