Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLIV · Pelbagai
430. Ganjaran bagi kesungguhan luar biasa
Feedback & supportApabila didapati oleh mana-mana Mahkamah bahawa orang persendirian telah menunjukkan keberanian, usaha atau kesungguhan yang luar biasa dalam pemberkasan seseorang yang dituduh telah melakukan, cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan, Mahkamah itu boleh memerintahkan pembayaran kepadanya daripada Kumpulan Wang Disatukan apa-apa jumlah wang yang tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.