Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLIV · Pelbagai
438. Pampasan kerana memberikan pertuduhan secara tidak berasas
Feedback & supportApabila mana-mana orang menyebabkan seseorang pegawai polis menangkap seorang lain jika didapati oleh Majistret yang mengambil kognisans mengenai kes itu bahawa tiada alasan yang mencukupi bagi menyebabkan penangkapan itu, Majistret itu boleh mengawardkan apa-apa pampasan, yang tidak melebihi dua puluh lima ringgit, yang hendaklah dibayar oleh orang yang menyebabkan penangkapan itu kepada setiap orang yang ditangkap sedemikian kerana kehilangan masanya dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan olehnya dalam perkara itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Majistret itu.
(Ditinggalkan).
Kanun Tatacara Jenayah 283
Pampasan itu tidak boleh menjadi galangan kepada suatu tindakan bagi penahanan salah.