Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLIV · Pelbagai
441. Apabila penerima, dsb., dipertuduh, keterangan bagi kes lain dibenarkan
Feedback & supportJika prosiding diambil terhadap mana-mana orang kerana menerima barang-barang dengan mengetahui bahawa barang-barang
284
Undang-Undang Malaysia itu ialah barang curi atau kerana mempunyai dalam milikannya harta curi, keterangan boleh diberikan pada mana-mana peringkat prosiding itu bahawa telah dijumpai dalam milikan orang itu harta lain yang dicuri dalam tempoh dua belas bulan sebelumnya, dan bahawa keterangan boleh diberikan pertimbangan bagi maksud membuktikan bahawa orang itu mengetahui harta itu dicuri yang menjadi perkara prosiding yang diambil terhadapnya.