Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLIV · Pelbagai
436. Orang yang dilepaskan atas jaminan hendaklah memberikan alamat bagi penyampaian
Feedback & support(1)
Apabila mana-mana orang yang dilepaskan atas jaminan, atau atas bonnya sendiri, dia hendaklah memberi Mahkamah atau
282
Undang-Undang Malaysia pegawai yang mengambil jaminan atau bon itu suatu alamat yang padanya penyampaian semua notis dan proses boleh dibuat kepadanya.
(2)
Dalam mana-mana hal jika orang itu tidak dapat dijumpai, atau bagi sebab lain penyampaian kepadanya tidak dapat dilaksanakan, apa-apa notis atau proses yang ditinggalkan untuk orang itu di alamat itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya kepadanya.