Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VII · Jaminan bagi Menjaga Keamanan dan bagi Kelakuan Baik
66A. Jaminan bagi menjaga keamanan oleh pengadu
Feedback & supportJika semasa atau selepas perbicaraan sesuatu kes,
Mahkamah berpendapat bahawa kelakuan seseorang pengadu adalah atau telah sedemikian rupa sehingga menjadi perlu untuk memanggilnya untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut mengikat suatu bon untuk menjaga keamanan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah itu untuk ditetapkan, Mahkamah itu boleh secara terus memanggilnya untuk berbuat demikian.
Keterangan yang berdasarkannya Mahkamah memutuskan untuk memanggil seseorang untuk menunjukkan sebab di bawah seksyen ini hendaklah dibacakan kepada orang yang dipanggil sedemikian, tetapi tidaklah perlu untuk memanggil semula mana-mana saksi melainkan jika orang yang dipanggil itu berhasrat untuk memeriksa balas saksi itu.
Kes untuk menunjukkan sebab di bawah seksyen ini boleh, jika didapati patut oleh Mahkamah itu, diteruskan sama ada sebagai sebahagian daripada kes yang daripadanya ia berbangkit atau sebagai suatu prosiding yang berasingan.
Jika, apabila dipanggil sedemikian, pengadu itu tidak dapat menunjukkan sebab, Mahkamah boleh memerintahkannya untuk menyempurnakan suatu bon untuk menjaga keamanan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah itu.