Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VII · Jaminan bagi Menjaga Keamanan dan bagi Kelakuan Baik
82. Pelepasan penjamin
Feedback & supportMana-mana penjamin bagi kelakuan tenteram atau kelakuan baik seorang lain boleh pada bila-bila masa memohon kepada seseorang Majistret untuk membatalkan mana-mana bon yang disempurnakan di bawah Bab ini di dalam had tempatan bidang kuasanya.
Apabila permohonan sedemikian dibuat Majistret itu hendaklah mengeluarkan suatu saman atau waran, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, yang menghendaki supaya orang yang baginya penjamin itu terikat untuk hadir atau dibawa ke hadapannya.
Apabila orang itu hadir atau dibawa ke hadapan Majistret itu,
Majistret itu hendaklah membatalkan bon itu dan hendaklah memerintahkan supaya orang itu memberikan jaminan baharu yang sama perihalannya dengan jaminan yang asal bagi bahagian tempoh bon itu yang belum habis tempoh.
Tiap-tiap perintah sedemikian hendaklah bagi maksud seksyen 77, 78, 79 dan 80 disifatkan sebagai suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 66 atau 74, mengikut mana-mana yang berkenaan.