Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VII · Jaminan bagi Menjaga Keamanan dan bagi Kelakuan Baik
70. Saman atau waran jika dikehendaki
Feedback & supportApabila difikirkan perlu oleh seseorang Majistret yang bertindak di bawah seksyen 67, 68 atau 69 untuk menghendaki mana-mana orang untuk menunjukkan sebab di bawah seksyen itu, Majistret itu hendaklah, jika orang itu belum ditangkap tanpa waran dan dibawa ke hadapan Mahkamah bagi maksud siasatan yang disebut kemudian daripada ini, mengeluarkan suatu saman yang menghendakinya untuk hadir dan menunjukkan sebab atau, jika orang itu berada dalam jagaan, tetapi tidak hadir di Mahkamah, mengeluarkan suatu waran yang mengarahkan pegawai yang dalam jagaannya orang itu berada supaya membawanya ke hadapan Mahkamah.
Apabila didapati oleh Majistret itu berdasarkan laporan seorang pegawai polis atau maklumat lain, yang isi laporan atau maklumat itu hendaklah direkodkan oleh Majistret itu, bahawa terdapat sebab untuk bimbang akan berlakunya pelakuan pecah keamanan dan bahawa pecah keamanan itu tidak dapat dicegah selain penangkapan orang itu dengan serta-merta, Majistret itu boleh pada bila-bila masa mengeluarkan waran bagi penangkapannya.