Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VII · Jaminan bagi Menjaga Keamanan dan bagi Kelakuan Baik
79. Pemenjaraan jika ingkar memberikan jaminan
Feedback & supportJika mana-mana orang yang diperintahkan untuk memberikan jaminan di bawah seksyen 66, 66A atau 74 tidak memberikan jaminan itu pada atau sebelum tarikh tempoh yang
Kanun Tatacara Jenayah 79
baginya jaminan yang dikehendaki diberikan itu bermula, orang itu hendaklah dikomitkan ke penjara atau, jika dia telah pun berada di dalam penjara, hendaklah ditahan di dalam penjara, sehingga habis tempoh yang diarahkan oleh Mahkamah atau sehingga, dalam tempoh itu, orang itu memberikan jaminan itu kepada Mahkamah yang membuat perintah yang menghendaki jaminan itu atau kepada pegawai yang menjaga penjara yang dia ditahan:
Dengan syarat bahawa tempoh itu, jika ada, yang baginya mana-mana orang dipenjarakan kerana tidak memberikan jaminan tidak boleh melebihi tempoh yang baginya jaminan itu diperintahkan supaya diberikan.
(Ditinggalkan).
(Ditinggalkan).