Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VII · Jaminan bagi Menjaga Keamanan dan bagi Kelakuan Baik
69. Jaminan bagi kelakuan baik daripada pesalah lazim
Feedback & supportApabila didapati oleh seseorang Majistret bahawa mana-mana orang yang berada di dalam had tempatan bidang kuasa Majistret itu―
merupakan seorang kaki rompak, pecah rumah atau curi atau kaki terima harta curi sedangkan dia tahu harta itu telah dicuri;
secara lazimnya melakukan pemerasan atau dengan tujuan untuk melakukan pemerasan secara lazimnya menyebabkan atau cuba menyebabkan orang menjadi takut akan kecederaan;
merupakan seorang pelindung atau penaung lazim pencuri;
merupakan seorang pembantu lazim dalam menyembunyikan atau melupuskan harta curi;
merupakan seorang yang hidupnya terkenal jahat atau seorang yang berperwatakan bahaya; atau
secara lazimnya bergaul dengan perompak, penjenayah pecah rumah, pencuri, pelacur atau orang yang pada zahirnya tidak mempunyai mata pencarian,
Majistret itu boleh, mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini, menghendaki orang itu untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut diperintahkan untuk menyempurnakan suatu
Kanun Tatacara Jenayah 75
bon dengan atau tanpa penjamin bagi kelakuan baiknya bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majistret itu untuk ditetapkan.