Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VII · Jaminan bagi Menjaga Keamanan dan bagi Kelakuan Baik
77. Kandungan bon
Feedback & support(1)
Bon yang hendaklah disempurnakan oleh mana-mana orang hendaklah mengikatnya untuk menjaga keamanan atau untuk berkelakuan baik, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan dalam hal yang terkemudian itu pelakuan atau percubaan untuk melakukan atau persubahatan dalam apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, di mana-mana jua kesalahan itu dilakukan, merupakan suatu pelanggaran bon itu.
(2)
Tiap-tiap bon itu hendaklah berkuat kuasa di seluruh Malaysia.