Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VII · Jaminan bagi Menjaga Keamanan dan bagi Kelakuan Baik
67. Jaminan bagi menjaga keamanan dalam hal lain
Feedback & supportApabila didapati oleh seseorang Majistret bahawa mana-mana orang yang tinggal atau yang berada di dalam had tempatan bidang kuasanya mungkin melakukan suatu pecah keamanan atau melakukan apa-apa perbuatan salah yang barangkali akan menyebabkan pecah keamanan di dalam atau di luar had itu, Majistret itu boleh, mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini, menghendaki orang itu untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut diperintahkan untuk menyempurnakan suatu bon dengan atau tanpa penjamin bagi
Kanun Tatacara Jenayah 73
menjaga keamanan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majistret itu untuk ditetapkan.