Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VII · Jaminan bagi Menjaga Keamanan dan bagi Kelakuan Baik
74. Perintah untuk memberikan jaminan
Feedback & supportJika berdasarkan siasatan itu dibuktikan bahawa adalah perlu bagi menjaga keamanan atau mengekalkan kelakuan baik, mengikut
Kanun Tatacara Jenayah 77
mana-mana yang berkenaan, bahawa orang yang berkenaan dengannya siasatan itu dibuat patut menyempurnakan suatu bon dengan atau tanpa penjamin, Majistret itu hendaklah membuat suatu perintah dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa—
tiada seorang pun boleh diperintahkan untuk memberikan jaminan yang jenisnya berlainan daripada atau bagi suatu amaun yang lebih besar daripada atau bagi suatu tempoh yang lebih lama daripada yang dinyatakan dalam saman atau waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 70, jika ada;
amaun bagi tiap-tiap bon hendaklah ditetapkan dengan mengambil kira dengan sewajarnya hal keadaan kes itu dan tidak boleh berlebihan, tetapi hendaklah sedemikian banyaknya untuk memberikan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat peluang yang adil bagi mematuhinya;
apabila orang yang berkenaan dengannya siasatan itu dibuat tidak kompeten untuk berkontrak, bon itu hendaklah disempurnakan hanya oleh penjaminnya.
Pelepasan bagi orang yang terhadapnya maklumat diberikan