Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.
27. Pembatalan atau penggantungan lesen pengendali
Feedback & supportKetua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, melalui notis bertulis kepada pengendali berlesen dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—
jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen pengendali itu tidak dipatuhi;
jika pengeluaran lesen pengendali itu didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pengendali berlesen itu;
sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi, pengendali berlesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam pengendali berlesen itu; atau
jika ia berpuas hati bahawa kenderaan perkhidmatan awam yang digunakan berkaitan dengan lesen pengendali itu untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dikeluarkan di bawah
Bab ini telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa maksud asal yang baginya lesen pengendali itu dikeluarkan tidak lagi wujud:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat—
dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen pengendali di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
menggantung lesen pengendali itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pengendali berlesen itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen pengendali itu patut dibatalkan atau digantung; atau
dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b), (c) atau (d), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen pengendali itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pengendali berlesen itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen pengendali itu patut dibatalkan atau digantung.
Bagi maksud subseksyen (1), kemungkiran mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan 23(1)(a) atau (b) hendaklah disifatkan sebagai suatu kemungkiran yang merupakan bahaya kepada orang awam.
Jika suatu lesen pengendali—
telah dibatalkan, ia tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pengendali berlesen itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen pengendali itu mengembalikan lesen pengendali itu kepada
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
telah digantung, ia tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.