Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.
30. Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah dizahirkan oleh pemohon
Feedback & supportTanpa menjejaskan seksyen 17 atau 26, mana-mana orang yang memohon bagi suatu lesen pengendali atau bagi pengubahan suatu lesen pengendali atau mana-mana syarat lesen pengendali itu hendaklah menzahirkan atau mengemukakan dalam borang permohonan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat—
mana-mana lesen atau lesen pengendali lain yang telah dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini;
apa jua pun kepentingan kewangan yang dipunyai olehnya dalam perniagaan mana-mana orang lain yang mengadakan perkhidmatan atau kemudahan bagi pengangkutan awam darat di dalam Semenanjung Malaysia; dan
apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaannya dan, dalam hal pemohon yang merupakan suatu syarikat, apa-apa hak yang
Pengangkutan Awam Darat 59
dipunyai oleh orang yang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu.
Jika pemohon bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini tidak menzahirkan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.