Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.
31. Pemindahan lesen pengendali dilarang
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (3), suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini hendaklah menjadi khas kepada pengendali berlesen itu, dan tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.
Seseorang pengendali berlesen yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Walau apa pun perenggan 27(1)(c), Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat boleh, sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi, pengendali berlesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam pengendali berlesen itu atau, jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen pengendali itu.