Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

32. Perizaban lesen pengendali

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini,

Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui perintah,

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat arahan sebagaimana yang dikehendaki bagi perizaban lesen pengendali bagi orang Melayu dan anak negeri mengikut apa-apa perkadaran lesen pengendali yang hendak dikeluarkan kepada pengendali perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam di bawah Bab ini sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat hendaklah mematuhi arahan sedemikian.

(2)

Sesuatu lesen pengendali yang dikeluarkan kepada seorang

Melayu atau anak negeri oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam

Darat menurut arahan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi pengendorsan yang berikut:

“Diberikan menurut arahan yang diberikan di bawah subseksyen 32(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.”.

(3)

Pengendorsan dalam subseksyen (2) itu hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa lesen pengendali itu telah dikeluarkan menurut arahan sedemikian.

(4)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, berkenaan dengan mana-mana lesen pengendali yang dikeluarkan menurut arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1), mengenakan pada lesen pengendali itu apa-apa syarat yang difikirkannya patut sebagai tambahan kepada syarat yang disebut dalam seksyen 22.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “orang Melayu” atau “anak negeri”

termasuklah suatu syarikat, persatuan atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang bahagian majoriti modalnya dipunyai oleh dan pengurusan dan pekerjanya terdiri daripada orang Melayu atau anak negeri.

(6)

Seksyen ini tidak terpakai bagi pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang melibatkan penggunaan mana-mana bas pekerja.

Pengangkutan Awam Darat 61

Report

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules