166. Kesan pelantikan konservator
Feedback & supportPelantikan seorang konservator tidak boleh—
diambil kira sebagai meletakkan konservator, orang terjejas atau mana-mana orang lain yang melanggar atau ingkar di bawah mana-mana kontrak atau dalam pecah kepercayaan;
diambil kira sebagai membangkitkan suatu hak kepada mana-mana orang untuk—
menamatkan, membatalkan atau mengubah suai suatu perjanjian;
menguatkuasakan atau mempercepat pelaksanaan suatu kewajipan; atau 192
Undang-Undang Malaysia
menghendaki pelaksanaan suatu obligasi yang jika tidak kerana itu tidak berbangkit untuk pelaksanaan;
dikira sebagai meletakkan konservator, orang terjejas atau mana-mana orang lain dalam kedudukan melanggar mana-mana undang-undang atau perjanjian yang melarang, menyekat atau mengawal selia penyerahhakan, jualan, pelupusan atau pindah milik apa-apa aset atau pendedahan maklumat;
melepaskan seorang penjamin daripada suatu kewajipan;
menidaksahkan atau melepaskan suatu kontrak atau cagaran;
dikira sebagai menamatkan, membatalkan atau mengubah apa-apa hak, keistimewaan, pengecualian (termasuk apa-apa pengecualian cukai) atau keutamaan berhubung dengan suatu aset; atau
dikira sebagai meletakkan Perbadanan atau konservator dalam kedudukan melanggar mana-mana undang-undang atau apa-apa perintah mahkamah.