/akn/my/act/act/2009/700

*AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2009
Sections
58
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009 is Malaysia Act, cited as Act 700 2009, currently marked in force and first recorded in 2009.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai penubuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan untuk mengadakan peruntukan mengenai fungsi dan kuasanya dan mengenai perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 April 2011, P.U. (B) 148/2011] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

Suggest a correction

(3)

Akta ini terpakai bagi aduan yang dibuat atau dirujukkan kepada Suruhanjaya berkenaan dengan salah laku yang berlaku pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Akta ini hendaklah terpakai bagi agensi penguatkuasaan yang ditetapkan oleh Perdana Menteri dalam Jadual.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

Suggest a correction

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), Akta ini tidak terpakai bagi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang ditubuhkan di bawah

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“agensi penguatkuasaan” ertinya—

(a)

mana-mana Kementerian, Jabatan, Agensi atau badan lain yang dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan, termasuklah suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi

Kementerian, Jabatan, Agensi atau badan itu, yang diberikan fungsi penguatkuasaan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau yang mempunyai kuasa penguatkuasaan;

Suggest a correction

(b)

suatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang

Persekutuan yang diberikan fungsi penguatkuasaan oleh undang-undang Persekutuan itu atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain; atau

Suggest a correction

(c)

suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi sesuatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan yang mempunyai fungsi penguatkuasaan;

“Jawatankuasa

Aduan”

ertinya

Jawatankuasa

Aduan yang ditubuhkan di bawah seksyen 16;

“kesalahan tatatertib” termasuklah apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang membentuk atau boleh membentuk alasan bagi tindakan tatatertib di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

“Pasukan Petugas” ertinya suatu Pasukan Petugas yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 9

“pegawai penguat kuasa” ertinya seorang pegawai—

Suggest a correction

(b)

perkhidmatan bersama yang ditubuhkan di bawah

Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan yang melaksanakan fungsi penguatkuasaan;

“Pesuruhjaya”

ertinya

Pengerusi,

Timbalan

Pengerusi dan

Pesuruhjaya lain yang dilantik di bawah seksyen 5;

“Pihak Berkuasa Tatatertib”, berhubung dengan seseorang pegawai penguat kuasa dalam—

Suggest a correction

(a)

suatu Kementerian Persekutuan, ertinya Pihak Berkuasa

Tatatertib yang berkenaan yang ditubuhkan di bawah

Suggest a correction

Bahagian X

Bahagian X Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak termasuk Majlis Angkatan Tentera yang ditubuhkan di bawah Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan;

(b)

suatu badan berkanun Persekutuan, ertinya Pihak

Berkuasa Tatatertib yang ditubuhkan—

Suggest a correction

(i)

di bawah undang-undang Persekutuan yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatatertib, dan pengenaan surcaj ke atas, pegawai badan berkanun; atau

(ii)

oleh mana-mana undang-undang yang dengannya badan berkanun itu diperbadankan; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

suatu perkhidmatan bersama menurut Perkara 133

Perlembagaan Persekutuan, ertinya Pihak Berkuasa

Tatatertib yang ditubuhkan di bawah Perkara 139

Perlembagaan Persekutuan;

“salah laku” ertinya apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang dinyatakan dalam seksyen 24;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

“Suruhanjaya”

ertinya

Suruhanjaya

Integriti

Agensi

Penguatkuasaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENUBUHAN DAN FUNGSI SURUHANJAYA

Suggest a correction

Penubuhan Suruhanjaya

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya—

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

Suggest a correction

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Suruhanjaya.

Fungsi Suruhanjaya

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap seseorang pegawai penguat kuasa atau terhadap sesuatu agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran mengenai aduan sedemikian;

Suggest a correction

(b)

untuk merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku oleh seseorang pegawai penguat kuasa;

Suggest a correction

(c)

untuk melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah dan menangani salah laku seseorang pegawai penguat kuasa;

Suggest a correction

(d)

untuk mengadakan pengauditan dan pemantauan mengenai aspek tertentu operasi dan tatacara sesuatu agensi penguatkuasaan;

Suggest a correction

(e)

untuk menggalakkan kesedaran tentang, penambahbaikan mengenai, dan pendidikan berhubung dengan, integriti di dalam sesuatu agensi penguatkuasaan dan mengurangkan salah laku dalam kalangan pegawai penguat kuasa;

Suggest a correction

(f)

untuk membantu

Kerajaan dalam merumuskan perundangan, atau mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan atau sesuatu agensi penguatkuasaan, demi menggalakkan integriti dan menghapuskan salah laku dalam kalangan pegawai penguat kuasa;

Suggest a correction

(g)

untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran tatacara penguatkuasaan dan membuat apa-apa syor yang perlu yang berhubungan dengannya;

dan

Suggest a correction

(h)

untuk membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan, termasuk melawat balai polis dan lokap mengikut tatacara di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan membuat apa-apa syor yang perlu yang berhubungan dengannya.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya.

Keanggotaan Suruhanjaya

Suggest a correction

Seksyen 5

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh layak dilantik sebagai Pesuruhjaya jika dia ialah atau pernah menjadi seorang pegawai penguat kuasa.

Suggest a correction

(3)

Pelantikan Pesuruhjaya di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

Saraan

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Seseorang Pesuruhjaya hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Seksyen 7

Tempoh jawatan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang tidak boleh memegang jawatan Pesuruhjaya melebihi dua tempoh yang berturut-turut.

Suggest a correction

(3)

Seseorang Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan

Agong.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 13

Suggest a correction

(4)

Pelantikan seseorang Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 8

Jawatan seseorang Pesuruhjaya hendaklah menjadi kosong jika—

Open as pageSuggest a correction

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan yang berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

Suggest a correction

(e)

dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;

Suggest a correction

(f)

peletakan jawatannya telah diterima oleh Yang di-Pertuan

Agong;

Suggest a correction

(g)

pelantikannya telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan

Agong; atau

Suggest a correction

(h)

tempoh pelantikannya telah tamat.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

Mesyuarat Suruhanjaya

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengerusi Suruhanjaya hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Suruhanjaya.

Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap Pesuruhjaya yang hadir berhak mendapat satu undi dan jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh

Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Suggest a correction

(5)

Suruhanjaya hendaklah menentukan perjalanan prosidingnya sendiri.

Suggest a correction

(6)

Suruhanjaya hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

Suggest a correction

(7)

Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat itu atau hadir semasa sesuatu keputusan dibuat.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun subseksyen 9(2), jika Pengerusi tidak dapat melaksanakan fungsinya kerana apa-apa sebab, atau dalam apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, atau jika dia tidak ada, mana-mana Pesuruhjaya yang dilantik oleh Pesuruhjaya yang lain, hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 15

Seksyen 11

Penzahiran kepentingan

Open as pageSuggest a correction

Seseorang Pesuruhjaya yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Suruhanjaya atau mengenai apa-apa prosiding atau pendengaran di hadapan Suruhanjaya, hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya kepada Suruhanjaya dan penzahiran sedemikian hendaklah direkodkan dalam minit atau nota prosiding atau pendengaran dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh

Pengerusi, Pesuruhjaya itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan, prosiding atau pendengaran, atau semasa

Suruhanjaya membuat apa-apa keputusan yang berhubungan dengan perkara itu.

Seksyen 12

Penjalanan fungsi dan kuasa Suruhanjaya oleh Pesuruhjaya

Open as pageSuggest a correction

Pesuruhjaya melainkan jika Suruhanjaya menentukan selainnya.

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Setiausaha hendaklah dilantik oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Setiausaha hendaklah dilantik atas apa-apa terma dan syarat dan hendaklah mempunyai apa-apa fungsi yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

Pegawai dan kakitangan Suruhanjaya

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh melantik mana-mana pegawai daripada mana-mana agensi penguatkuasaan atas dasar peminjaman sebagai penyiasatnya.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai undang-undang yang perlu yang hendaklah dipinjam dari kalangan pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau dilantik dari kalangan peguam bela dan peguam cara untuk membantu

Suruhanjaya.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pegawai Suruhanjaya yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan mengenai atau kaitan dengan seseorang pegawai penguat kuasa yang sedang disiasat oleh

Suruhanjaya hendaklah menzahirkan kepentingan atau kaitannya dengan serta-merta kepada seorang Pesuruhjaya dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa penyiasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan pegawai penguat kuasa itu.

Suggest a correction

(5)

Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan kakitangannya.

Perunding

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang diambil khidmat di bawah subseksyen (1)

yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan mengenai atau kaitan dengan seseorang pegawai penguat kuasa yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya hendaklah menzahirkan kepentingan atau kaitannya dengan serta-merta kepada seorang Pesuruhjaya dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa penyiasatan yang dijalankan oleh

Suruhanjaya berkenaan dengan pegawai penguat kuasa itu.

Jawatankuasa Aduan

Suggest a correction

Seksyen 16

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jawatankuasa Aduan hendaklah mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang berikut:

(a)

untuk menerima aduan salah laku daripada mana-mana orang kepada Suruhanjaya;

Suggest a correction

(b)

untuk menyimpan dan menyenggarakan suatu daftar mengenai semua aduan yang diterima oleh Suruhanjaya;

Suggest a correction

(e)

untuk menjalankan apa-apa penyiasatan awal mengenai aduan di bawah seksyen 25; dan

Suggest a correction

(f)

untuk memaklumkan pengadu mengenai status aduannya dan tindakan yang telah diambil selepas Suruhanjaya telah membuat dapatannya.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

Pasukan Petugas

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Anggota Pasukan Petugas boleh terdiri daripada pegawai

Suruhanjaya dan perunding yang diambil khidmat di bawah seksyen 15.

Suggest a correction

(3)

Pasukan Petugas hendaklah melaksanakan apa-apa fungsi dan tugas yang diberikan kepada Pasukan Petugas itu di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Anggota Pasukan Petugas hendaklah mempunyai semua kuasa penyiasatan sebagaimana yang terkandung dalam Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593] dan kuasa sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(5)

Suruhanjaya boleh menubuhkan pasukan petugas bersama dengan mana-mana pihak berkuasa lain jika difikirkannya perlu.

Jawatankuasa lain

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa lain sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya.

Seksyen 19

Kad kuasa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pesuruhjaya, ketua pegawai eksekutif, pegawai Suruhanjaya yang lain atau anggota Pasukan Petugas yang bertindak di bawah

Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 19

menunjukkan kad kuasa yang telah dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1) kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau orang yang daripadanya dia meminta apa-apa maklumat.

Penggunaan kakitangan, kemudahan atau perkhidmatan

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana kakitangan atau kemudahan sesuatu jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau berkanun; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana pegawai penguat kuasa untuk bekerjasama dengan, atau membantu, sesuatu Pasukan Petugas dalam menjalankan tugasnya, atau untuk membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau berkanun atau pegawai penguat kuasa yang disebut dalam subseksyen (1)

adalah berkewajipan untuk mematuhi seksyen ini.

Kerjasama dengan agensi lain

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam melaksanakan fungsi lainnya yang berkaitan,

Suruhanjaya boleh bekerjasama dengan institusi pendidikan dan mana-mana orang lain yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh berunding dengan dan menyebarkan risikan dan maklumat kepada mana-mana agensi penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang yang lain dan mana-mana orang lain, termasuk mana-mana pasukan petugas, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

Suggest a correction

(4)

Jika Suruhanjaya menyebarkan risikan atau maklumat kepada mana-mana agensi atau orang di bawah seksyen ini atas fahaman bahawa risikan atau maklumat itu adalah rahsia, agensi atau orang itu adalah tertakluk pada peruntukan kerahsiaan berhubung dengan risikan atau maklumat itu.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PENGURUSAN ADUAN

Suggest a correction

Kuasa am Suruhanjaya mengenai pengurusan aduan

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk merujukkan apa-apa aduan salah laku yang diterimanya atau yang dirujukkan kepadanya di bawah subseksyen (1) yang bersifat tatatertib kepada

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk merujukkan apa-apa aduan salah laku yang diterimanya atau yang dirujukkan kepadanya di bawah subseksyen (1) yang bersifat jenayah kepada

Pendakwa Raya.

Aduan salah laku

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu aduan hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah termasuk yang berikut:

(a)

butir-butir pengadu;

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 21

Suggest a correction

(b)

butir-butir pegawai penguat kuasa, jika boleh dikenal pasti, yang tindakan yang diambil atau tidak diambilnya menjadi asas aduan itu, atau jika tidak boleh dikenal pasti, suatu perihalan atau apa-apa butir lain yang mencukupi bagi membolehkannya dikenal pasti;

Suggest a correction

(c)

butir-butir mengenai salah laku yang diadukan, termasuklah tarikh dan tempat berlakunya salah laku itu;

Suggest a correction

(d)

butir-butir orang yang terjejas oleh tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa itu, jika orang itu bukan pengadu;

Suggest a correction

(e)

butir-butir mana-mana orang lain yang hadir semasa atau terlibat dalam tindakan yang diambil atau tidak diambil yang diadukan itu, jika ada; dan

Suggest a correction

(f)

apa-apa perincian lain, termasuklah gambar foto dan dokumen, yang difikirkan patut atau perlu oleh pengadu untuk dimasukkan dalam aduan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), sesuatu aduan tidak boleh ditolak kerana ketiadaan mana-mana butir atau perincian yang dinyatakan dalam perenggan (2)(a) hingga (f) melainkan jika aduan itu menjadi mustahil atau tidak mungkin dapat dinilaikan tanpa butir-butir atau perincian sedemikian.

Suggest a correction

(4)

Jawatankuasa Aduan hendaklah dengan segera merekodkan semua aduan yang diterima oleh Suruhanjaya dalam Daftar Aduan dan menilai aduan itu tentang sama ada—

(a)

kelakuan yang diadukan itu termasuk dalam ruang lingkup salah laku yang dinyatakan dalam seksyen 24;

Suggest a correction

(b)

aduan itu bersifat remeh, menyusahkan atau tidak dibuat dengan suci hati;

Suggest a correction

(c)

hal perkara aduan itu kecil;

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

Suggest a correction

(d)

salah laku yang diadukan telah berlaku terlalu lama dahulu untuk mewajarkan suatu penyiasatan dijalankan;

Suggest a correction

(e)

terdapat atau telah tersedia ada suatu cara tebus rugi alternatif dan memuaskan bagi pengadu; dan

Suggest a correction

(f)

hal perkara aduan itu telah diputuskan secara muktamad oleh mana-mana mahkamah atau menjadi hal perkara apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa prosiding rayuan.

Ruang lingkup salah laku

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis;

Suggest a correction

(b)

apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang, pada pendapat Suruhanjaya, adalah tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar;

Suggest a correction

(c)

apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang, pada pendapat Suruhanjaya, dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan yang tidak berkaitan atau pertimbangan yang tidak berkaitan;

Suggest a correction

(d)

apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang berdasarkan kesilapan undang-undang atau fakta;

Suggest a correction

(e)

apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang alasan patut diberikan tetapi tidak diberikan;

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 23

Suggest a correction

(f)

kegagalan pegawai penguat kuasa untuk mengikuti kaedah-kaedah dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang atau oleh pihak berkuasa yang berkenaan; dan

Suggest a correction

(g)

perlakuan apa-apa kesalahan jenayah oleh pegawai penguat kuasa.

Suggest a correction

(2)

Salah laku pegawai penguat kuasa boleh disiasat oleh

Suruhanjaya walaupun—

(a)

tindakan yang diambil atau tidak diambil itu turut melibatkan orang yang bukan pegawai penguat kuasa;

atau

Suggest a correction

(b)

tindakan yang diambil atau tidak diambil itu berlaku semasa pegawai penguat kuasa itu tidak bertugas secara rasmi.

Penyiasatan awal

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 25

Sesuatu penyiasatan awal boleh dijalankan oleh Jawatankuasa

Open as pageSuggest a correction

(b)

sama ada

Suruhanjaya patut meneruskan suatu penyiasatan sepenuhnya mengenai aduan itu.

Dapatan Jawatankuasa Aduan

Suggest a correction

Seksyen 26

Aduan bagi maksud mendapatkan maklumat lanjut supaya dapat menentukan—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Bahagian IV Akta Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia 2009 dizahirkan, Jawatankuasa Aduan hendaklah dengan segera membuat suatu laporan kepada Suruhanjaya mengenai aduan itu berserta dengan syor untuk merujukkan aduan itu kepada

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk pertimbangan Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa suatu salah laku yang dinyatakan dalam seksyen 24 dizahirkan dan bahawa terdapat asas bagi Suruhanjaya memulakan suatu penyiasatan sepenuhnya, Jawatankuasa Aduan hendaklah dengan segera membuat suatu laporan kepada Suruhanjaya mengenai aduan itu berserta dengan syor supaya Suruhanjaya memulakan penyiasatan sepenuhnya mengenai salah laku itu untuk pertimbangan Suruhanjaya.

Suggest a correction

(4)

Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa—

(a)

aduan itu tidak termasuk dalam ruang lingkup salah laku yang dinyatakan dalam seksyen 24;

Suggest a correction

(b)

aduan itu bersifat remeh atau menyusahkan, atau bahawa aduan itu tidak dibuat dengan suci hati;

Suggest a correction

(d)

salah laku yang diadukan itu telah berlaku terlalu lama dahulu untuk mewajarkan suatu penyiasatan dijalankan;

Suggest a correction

(e)

terdapat atau telah tersedia ada suatu cara tebus rugi alternatif dan memuaskan bagi pengadu; atau

Suggest a correction

(f)

hal perkara aduan itu telah diputuskan secara muktamad oleh mana-mana mahkamah atau menjadi hal perkara apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa prosiding rayuan, maka Jawatankuasa Aduan hendaklah membuat suatu laporan kepada

Suruhanjaya mengenai aduan itu dan dapatannya, termasuk alasan bagi dapatannya, dan membuat syor supaya Suruhanjaya menolak aduan itu.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 25

Tindakan oleh Suruhanjaya selepas dapatan Jawatankuasa

Aduan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Suruhanjaya, selepas menimbangkan laporan dan syor

Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 26(2), bersetuju dengan syor

Jawatankuasa Aduan itu, Suruhanjaya hendaklah merujukkan aduan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakannya.

Suggest a correction

(3)

Jika Suruhanjaya telah merujukkan suatu aduan kepada Pihak

Berkuasa Tatatertib yang berkenaan di bawah subseksyen (1) atau

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bawah subseksyen (2)

untuk tindakan, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan atau

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjalankan penyiasatannya sendiri dan menyampaikan dapatannya kepada Suruhanjaya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan aduan itu daripada Suruhanjaya.

Suggest a correction

(4)

Jika Suruhanjaya, selepas menimbangkan laporan dan syor

Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 26(3), bersetuju dengan syor Jawatankuasa Aduan itu dan berpendapat bahawa Suruhanjaya patut memulakan penyiasatan sepenuhnya mengenai aduan itu,

Suruhanjaya hendaklah memaklumkan—

(a)

dalam hal jika aduan salah laku itu bersifat tatatertib,

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan; atau

Suggest a correction

(b)

dalam hal jika aduan salah laku itu bersifat jenayah, agensi penguatkuasaan yang berkaitan dan Pendakwa Raya, dan memulakan penyiasatan mengenai aduan itu di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika Suruhanjaya, selepas menimbangkan laporan, dapatan dan syor Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 26(4), bersetuju

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

dengan dapatan dan syor Jawatankuasa Aduan itu dan Suruhanjaya tidak berhasrat untuk menyiasat aduan itu, Suruhanjaya hendaklah menolak aduan itu.

Suggest a correction

(6)

Jika Suruhanjaya tidak berpuas hati dengan laporan dan syor atau dapatan Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 26(1), (2),

Suggest a correction

(3)

atau (4), Suruhanjaya hendaklah mengarahkan Pasukan Petugas untuk membuat penyiasatan lanjut mengenai aduan itu.

Suggest a correction

(7)

Pasukan

Petugas hendaklah melaporkan dapatan penyiasatannya kepada Suruhanjaya dalam masa empat belas hari bagi keputusan muktamad Suruhanjaya.

Suggest a correction

(8)

Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pengadu tentang tindakan yang diambil di bawah seksyen ini.

Suruhanjaya boleh memulakan penyiasatan atas inisiatif sendiri

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Tanpa menjejaskan seksyen 27, Suruhanjaya boleh memulakan sesuatu penyiasatan berkenaan dengan sesuatu salah laku yang diketahuinya atas inisiatifnya sendiri hanya jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkara itu mempunyai kepentingan yang signifikan kepada orang ramai atau bahawa adalah demi kepentingan awam untuk berbuat sedemikian.

Seksyen 29

Larangan mengenai dua penyiasatan

Open as pageSuggest a correction

bahawa Suruhanjaya sedang menyiasat sesuatu aduan salah laku yang bersifat tatatertib atau bersifat jenayah, Pihak Berkuasa Tatatertib itu atau agensi penguatkuasaan yang berkaitan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

tidak boleh menjalankan apa-apa prosiding tatatertib atau penyiasatan berkenaan dengan hal perkara yang sama dengan hal perkara aduan salah laku itu; atau

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 27

Suggest a correction

(b)

jika sesuatu aduan berkenaan dengan hal perkara yang sama telah dibuat atau dirujukkan kepada Pihak

Berkuasa

Tatatertib itu atau kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan oleh mana-mana orang lain dan Pihak Berkuasa Tatatertib atau agensi penguatkuasaan itu sedang menjalankan prosiding tatatertib atau penyiasatan berkenaan dengan aduan itu terhadap pegawai penguat kuasa yang berkenaan, hendaklah dengan segera memberhentikan prosiding tatatertibnya atau penyiasatannya berkenaan dengan aduan itu.

Dapatan Suruhanjaya selepas penyiasatan

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(a)

salah laku yang diadukan itu tidak disahkan, Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatannya dan memaklumkan pengadu;

Suggest a correction

(b)

salah laku itu merupakan suatu kesalahan tatatertib,

Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatannya dan membuat suatu syor tentang hukuman yang patut dikenakan ke atas pegawai penguat kuasa yang berkenaan itu dan merujukkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa

Tatatertib yang berkenaan untuk tindakannya; atau

Suggest a correction

(c)

salah laku itu merupakan suatu kesalahan jenayah,

Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatannya dan mengumpulkan laporan dan kertas penyiasatannya dan merujukkan perkara itu kepada Pendakwa Raya.

Suggest a correction

(2)

Jika Suruhanjaya telah merujukkan sesuatu perkara kepada

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan di bawah perenggan (1)(b),

Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah memaklumkan Suruhanjaya mengenai tindakannya dan alasan mengenai keputusannya dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan dapatan dan syor itu.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

Suggest a correction

(3)

Jika Suruhanjaya telah merujukkan sesuatu perkara kepada

Pendakwa Raya di bawah perenggan (1)(c), Pendakwa Raya hendaklah menyampaikan keputusannya kepada Suruhanjaya dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan dapatan, laporan dan kertas penyiasatan itu.

Suggest a correction

(4)

Jika sesuatu pertuduhan dibuat oleh Pendakwa Raya, apa-apa keterangan yang didapati oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini boleh, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, digunakan bagi maksud prosiding jenayah.

Suggest a correction

(5)

Suruhanjaya hendaklah mengumumkan dapatannya kepada orang ramai dan memaklumkan pengadu mengenai dapatannya dan apa-apa tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tatatertib atau

Pendakwa Raya di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

KUASA PENYIASATAN

Suggest a correction

Kuasa Suruhanjaya yang berhubungan dengan penyiasatan

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk mengadakan pendengaran jika didapati perlu atau wajar oleh Suruhanjaya untuk berbuat demikian;

Suggest a correction

(b)

untuk mendapatkan dan menerima semua keterangan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang didapati perlu atau wajar oleh Suruhanjaya untuk didapatkan atau diperiksa;

Suggest a correction

(c)

untuk menghendaki keterangan mana-mana saksi, sama ada bertulis atau lisan, dibuat atas sumpah atau ikrar (sumpah atau ikrar sedemikian hendaklah seperti sumpah atau ikrar yang boleh dikehendaki daripada saksi itu jika dia memberikan keterangan dalam mahkamah undang-undang)

atau melalui akuan berkanun;

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 29

Suggest a correction

(d)

untuk memanggil mana-mana orang yang bermastautin di

Malaysia untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pendengaran Suruhanjaya untuk memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam milikannya;

Suggest a correction

(e)

untuk mengeluarkan waran penangkapan untuk memaksa kehadiran mana-mana orang yang, selepas dipanggil untuk hadir, tidak berbuat sedemikian dan tidak memberikan alasan bagi ketidakhadiran itu dengan memuaskan

Suruhanjaya, dan memerintahkan orang itu supaya membayar semua kos yang mungkin telah ditanggung semasa memaksa kehadirannya atau oleh sebab keengganannya mematuhi saman itu, dan juga untuk mendenda orang itu suatu jumlah yang tidak melebihi lima ribu ringgit;

Suggest a correction

(f)

untuk mengenakan denda yang jumlahnya tidak melebihi lima ribu ringgit ke atas mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh

Suruhanjaya untuk memberikan keterangan atas ikrar atau untuk mengemukakan sesuatu dokumen atau benda lain, enggan berbuat sedemikian dan tidak memberikan alasan bagi keengganannya dengan memuaskan Suruhanjaya;

Suggest a correction

(g)

untuk menerima, walau apa pun apa-apa peruntukan Akta

Keterangan 1950 [Akta 56], apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah;

Suggest a correction

(h)

untuk mengaward mana-mana orang yang telah menghadiri mana-mana mesyuarat atau pendengaran Suruhanjaya apa-apa jumlah wang yang pada pendapat Suruhanjaya mungkin telah ditanggung oleh orang itu secara munasabah oleh sebab kehadiran sedemikian; dan

Suggest a correction

(i)

untuk membenarkan atau tidak membenarkan orang ramai untuk menghadiri pendengaran itu atau mana-mana bahagiannya.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(d), jika seseorang yang dipanggil itu ialah orang yang sedang ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, saman itu hendaklah dikeluarkan mengikut undang-undang yang terpakai berhubung dengan tempat tahanan itu.

Kuasa untuk mendapatkan dokumen atau benda lain

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk hadir, pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu di hadapan Pesuruhjaya atau anggota

Pasukan Petugas sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan

Suggest a correction

(b)

untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau keterangan, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

Suggest a correction

(2)

Notis itu boleh membuat peruntukan bagi kehendak itu dipenuhi oleh seseorang lain yang bertindak bagi pihak orang yang ke atasnya kehendak itu telah dikenakan.

Suggest a correction

(3)

Seseorang tidak boleh, tanpa alasan yang munasabah, enggan atau tidak mematuhi notis yang disampaikan ke atasnya di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(4)

Seseorang yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Obligasi di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pendengaran

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu pendengaran hendaklah dipengerusikan oleh apa-apa bilangan Pesuruhjaya yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya berdasarkan kes demi kes.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang hadir di sesuatu pendengaran adalah berhak untuk dimaklumkan mengenai ruang lingkup dan maksud am pendengaran itu, melainkan jika Suruhanjaya berpendapat bahawa untuk menzahirkan maklumat sedemikian akan menjejaskan dengan serius penyiasatan yang berkenaan.

Suggest a correction

(4)

Suruhanjaya boleh dibantu oleh seorang pegawai undang-undang yang dilantik di bawah seksyen 14.

Pendengaran awam dan tertutup

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu pendengaran atau sebahagian daripada pendengaran boleh diadakan secara tertutup jika

Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

(a)

maklumat atau dokumen yang boleh diberikan, atau perkara yang mungkin berbangkit semasa pendengaran awam atau sebahagian daripada pendengaran itu bersifat rahsia; atau

Suggest a correction

(b)

pendengaran itu atau sebahagian daripada pendengaran itu mengenai sesuatu perkara atau sebahagian daripada sesuatu perkara tidak sesuai bagi pentadbiran wajar Akta ini jika pendengaran atau sebahagian daripada pendengaran itu dibuka kepada orang ramai.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam membuat keputusan ini, Suruhanjaya mempunyai obligasi untuk mengambil kira apa-apa perkara yang didapatinya berkaitan dengan kepentingan awam.

Suggest a correction

(4)

Suruhanjaya boleh memberikan arahan tentang orang yang boleh hadir di sesuatu pendengaran apabila pendengaran itu diadakan secara tertutup, dan tiada seorang pun boleh hadir di pendengaran itu berlanggaran dengan apa-apa arahan sedemikian.

Hak orang berkepentingan untuk hadir

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

Jika ditunjukkan dengan memuaskan hati Suruhanjaya bahawa mana-mana orang mempunyai kepentingan secara substansial dan secara langsung dalam apa-apa hal perkara sesuatu pendengaran,

Suruhanjaya boleh membenarkan orang itu hadir di pendengaran itu atau di sebahagian pendengaran itu yang tertentu.

Seksyen 37

Wakil undang-undang

Open as pageSuggest a correction

(a)

seseorang yang memberikan keterangan di pendengaran itu; atau

Suggest a correction

(b)

seseorang yang disebut dalam seksyen 36,

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 33

diwakili oleh pengamal undang-undang di pendengaran itu atau di sebahagian pendengaran itu yang tertentu.

Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh dibantu oleh seorang pegawai undang-undang yang dilantik di bawah seksyen 14 sekiranya difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

Pemeriksaan saksi

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pegawai undang-undang yang dilantik oleh Suruhanjaya untuk membantunya boleh memeriksa mana-mana saksi mengenai apa-apa perkara yang didapati berkaitan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Seseorang saksi yang diperiksa di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai perlindungan yang sama dan tertakluk pada liabiliti yang sama seolah-olah diperiksa oleh seorang Pesuruhjaya.

Dokumen, jawapan, dsb., yang terlindung

Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

(b)

untuk menjawab apa-apa soalan yang berkaitan dengan sesuatu penyiasatan yang ditanyakan kepada saksi itu oleh

Pesuruhjaya di pendengaran itu; atau

Suggest a correction

(c)

untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang berada dalam jagaan atau kawalan saksi itu yang dikehendaki oleh saman itu atau oleh Pesuruhjaya supaya dikemukakan oleh saksi itu.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

Suggest a correction

(2)

Seseorang saksi yang dipanggil hadir atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya di sesuatu pendengaran tidak dikecualikan daripada menjawab apa-apa soalan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain atas alasan bahawa jawapan, dokumen atau benda lain itu boleh menunjukkan kesalahan saksi itu atau cenderung untuk menunjukkan kesalahan saksi itu, atau atas apa-apa alasan terlindung yang lain, kewajipan simpan rahsia atau sekatan lain mengenai penzahiran, atau atas apa-apa alasan lain.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu jawapan yang dibuat, atau dokumen atau benda lain yang dikemukakan, oleh seseorang saksi di sesuatu pendengaran di hadapan Suruhanjaya tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadap mana-mana orang dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, tetapi boleh digunakan untuk memutuskan sama ada untuk membuat sesuatu perintah bagi maksud apa-apa prosiding tatatertib yang diadakan oleh

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa-apa dalam seksyen ini menjadikan tidak boleh diterima—

(a)

apa-apa jawapan, dokumen atau benda lain dalam prosiding bagi suatu kesalahan terhadap Akta ini atau dalam prosiding untuk penghinaan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

apa-apa jawapan, dokumen atau benda lain dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah jika saksi itu tidak membantah memberikan jawapan atau mengemukakan dokumen atau benda lain walau apa pun peruntukan subseksyen (2); atau

Suggest a correction

(c)

apa-apa dokumen dalam apa-apa prosiding sivil bagi atau berkenaan dengan apa-apa hak atau liabiliti yang diberikan atau dikenakan oleh dokumen atau benda lain itu.

Kuasa untuk menggeledah dengan waran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(b)

di dalam mana-mana premis, terdapat keterangan yang perlu untuk menyiasat, salah laku itu, Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa Pesuruhjaya atau anggota Pasukan Petugas yang dinamakan dalamnya, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, masuk ke dalam premis itu dan jika perlu, dengan kekerasan.

Suggest a correction

(2)

Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada Pesuruhjaya atau anggota Pasukan Petugas untuk—

(a)

menggeledah premis itu dan menyita atau mengalihkan dari premis itu apa-apa kenderaan, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai salah laku itu;

Suggest a correction

(b)

mengambil sampel apa-apa benda yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui pengujian atau selainnya, sama ada salah laku itu telah dilakukan; dan

Suggest a correction

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dijumpai di dalam premis itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pesuruhjaya atau anggota Pasukan Petugas yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang lain dan kelengkapan yang didapatinya perlu.

Suggest a correction

(4)

Pesuruhjaya atau anggota Pasukan Petugas boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu berbuat demikian—

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

(a)

memecah buka apa-apa pintu luar atau dalam premis itu atau apa-apa pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, supaya dapat masuk ke dalam premis itu;

Suggest a correction

(b)

mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melakukannya di bawah seksyen ini; dan

Suggest a correction

(c)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 41

Bilamana

Open as pageSuggest a correction

Pesuruhjaya atau anggota

Pasukan

Petugas mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa kenderaan, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan tentang salah laku berkemungkinan dijumpai di dalam atau pada mana-mana tempat, premis, orang atau kenderaan dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran di bawah seksyen 40 matlamat penggeledahan itu mungkin terkecewa, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan yang perlu—

(a)

memasuki dan menggeledah tempat atau premis itu;

Suggest a correction

(b)

memberhentikan dan memeriksa orang atau kenderaan itu; dan

Suggest a correction

(c)

menyita apa-apa kenderaan, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dijumpai dan boleh menjadi keterangan bagi salah laku itu.

Senarai benda yang disita

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

(2)

Senarai itu hendaklah diberikan kepada—

(a)

penghuni tempat atau premis di mana kenderaan, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita itu dijumpai; dan

Suggest a correction

(b)

orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu, jika penyitaan dibuat berkenaan dengan kenderaan atau apa-apa jua yang terdapat di dalam kenderaan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika penyitaan dibuat dalam atau dari mana-mana tempat atau premis yang tidak dihuni, Pesuruhjaya atau anggota Pasukan

Petugas itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan suatu senarai benda yang disita secara yang mudah dilihat di tempat atau premis itu.

Pelepasan kenderaan, dsb., yang disita

Suggest a correction

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

Pesuruhjaya atau anggota Pasukan Petugas yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa kenderaan, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita di bawah Akta ini dilepaskan kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya kenderaan, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu disita.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang mengugut, mengeji atau mencederakan mana-mana orang kerana telah memberikan keterangan, atau kerana keterangan yang telah diberikan oleh orang itu di hadapan

Suruhanjaya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Penghinaan

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, suatu “perbuatan menghina”

ertinya—

(a)

apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa kejian atau ugutan terhadap seseorang Pesuruhjaya semasa dia bersidang dalam sesuatu pendengaran; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa kejian atau ugutan terhadap seseorang Pesuruhjaya pada bila-bila

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 39

masa dan di mana-mana tempat lain kerana dia menjalankan sifatnya sebagai seorang Pesuruhjaya.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

Kerajaan hendaklah membuat peruntukan dana yang mencukupi secara tahunan bagi maksud Suruhanjaya untuk membolehkan

Suruhanjaya menunaikan fungsinya secara berkesan di bawah Akta ini.

Seksyen 47

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Open as pageSuggest a correction

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya.

Seksyen 48

Laporan tahunan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Laporan itu hendaklah mengandungi suatu senarai semua perkara yang dirujukkan kepada Suruhanjaya dan tindakan yang telah diambil berkenaan dengannya.

Perlindungan Pesuruhjaya, pegawai dan kakitangan Suruhanjaya

Suggest a correction

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding boleh dimulakan dalam mana-mana mahkamah terhadap Pesuruhjaya, ketua pegawai eksekutif, pegawai dan kakitangan lain Suruhanjaya dan mana-mana anggota Pasukan Petugas berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau benda yang dilakukan atau dibuat olehnya atas sifat

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

sedemikian dengan syarat bahawa pada masa itu dia telah menjalankan fungsinya dengan suci hati.

Seksyen 50

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap

Suruhanjaya atau terhadap mana-mana

Pesuruhjaya, pegawai Suruhanjaya atau anggota Pasukan Petugas berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau benda yang dilakukan atau dibuat olehnya atas sifat sedemikian.

Seksyen 51

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Pasukan

Petugas, semasa menunaikan kewajipannya sebagai

Pesuruhjaya, pegawai Suruhanjaya atau anggota Pasukan Petugas hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian

Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 52

Obligasi kerahsiaan

Open as pageSuggest a correction

(a)

tiada Pesuruhjaya, pegawai dan kakitangan Suruhanjaya dan anggota Pasukan Petugas, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa menjalankan tugasnya; dan

Suggest a correction

(b)

tiada orang lain yang dengan apa jua cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 41

Suggest a correction

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Permulaan dan penjalanan pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Seksyen 54

Peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

Perdana Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan atau melaksanakan peruntukan Akta ini.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Subseksyen 1(4)]

AGENSI PENGUATKUASAAN YANG AKTA INI TERPAKAI BAGINYA

Agensi Antidadah Kebangsaan

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Jabatan Alam Sekitar

Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

Jabatan Pendaftaran Negara

Jabatan Pengangkutan Jalan

Jabatan Perhubungan Perusahaan

Jabatan Perikanan

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Jabatan Tenaga Kerja

Kementerian Kesihatan (Bahagian Penguatkuasaan)

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Bahagian Pelesenan Pelancongan)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Bahagian

Penguatkuasaan)

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (Bahagian Penguatkuasaan)

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Sabah)

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Sarawak)

Pendaftar Perniagaan

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

43

Akta 700

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 295/2021

Perintah

Suruhanjaya

Integriti

Agensi Penguatkuasaan (Pindaan

Jadual) 2021

06-07-2021

P.U. (A) 270/2023

Perintah

Suruhanjaya

Integriti

Agensi Penguatkuasaan (Pindaan

Jadual) 2023

subperenggan 2(a) dan (b)—

08-09-2023;

subperenggan 2(c)

—01-07-2023

44

Akta 700

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Jadual

Suggest a correction

Jadual

P.U. (A) 270/2023

subperenggan 2(a) dan (b)—

08-09-2023;

subperenggan 2(c)

—01-07-2023

Common questions

What is AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009?
*AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009 is Malaysia Act, cited as Act 700 2009, currently marked in force and first recorded in 2009.
Is AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009 still in force?
Yes — AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009 is currently in force.
When did AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009 take effect?
AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009 was first recorded in 2009.
How many sections does AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009 have?
AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009 contains 55 sections.
Where can I read the official version of AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009?
The official text of AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009 (No. 700)