PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2010/708
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK 2010 is Malaysia Act, cited as Act 708 2010, currently marked in force and first recorded in 2010.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan
Akta ini.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agen biologi” ertinya apa-apa mikrobial, organisma mikro, virus atau bahan berjangkit yang diterbitkan daripadanya secara semula jadi atau buatan, serta komponennya dan walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya;
“aktiviti terhad” ertinya—
apa-apa aktiviti yang menyokong pemajuan, penghasilan, pengendalian, penggunaan, penyenggaraan, penyimpanan, inventori atau percambahan apa-apa senjata pemusnah besar-besaran dan sistem penghantarannya; atau
penyertaan dalam transaksi dengan orang yang terlibat dalam aktiviti sedemikian;
“bantuan teknikal” termasuklah arahan, kemahiran, latihan, pemberian pengetahuan kerja dan perkhidmatan perunding dan boleh melibatkan pemindahan data teknikal;
“barang” termasuklah barangan dan teknologi;
“barang strategik” ertinya apa-apa barang yang ditetapkan sebagai barang strategik di bawah seksyen 7;
“barang tidak tersenarai” ertinya barang yang boleh digunakan dalam aktiviti terhad tetapi yang tidak ditetapkan sebagai barang strategik di bawah seksyen 7;
“data teknikal” termasuklah rangka tindakan, pelan, diagram, model, formula, jadual, reka bentuk dan spesifikasi kejuruteraan, manual dan arahan dalam format cetakan atau elektronik;
Perdagangan Strategik 9
“eksport” ertinya—
untuk membawa atau menyebabkan dibawa keluar dari
Malaysia apa-apa barang melalui darat, laut atau udara, atau untuk meletakkan apa-apa barang dalam sesuatu pengangkutan bagi maksud barang sedemikian dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut atau udara; atau
untuk menghantar teknologi melalui apa-apa cara ke suatu destinasi di luar Malaysia, dan termasuklah apa-apa penghantaran teknologi secara lisan atau visual menerusi suatu peranti komunikasi jika teknologi itu terkandung dalam suatu dokumen yang bahagian relevannya dibacakan, diperihalkan atau selainnya dipaparkan menerusi peranti komunikasi itu mengikut cara yang mencapai kesan yang serupa;
“membawa dalam transit” ertinya membawa barang dari mana-mana negara ke dalam Malaysia melalui darat, laut atau udara, di mana barang itu akan dibawa keluar dari Malaysia atas pengangkutan yang sama dengan pengangkutan yang membawa barang itu ke dalam
Malaysia atau apa-apa pengangkutan lain dan sama ada atau tidak barang itu didaratkan atau dipindahkan di Malaysia, tetapi tidak termasuk perjalanan pengangkutan asing yang membawa apa-apa barang menerusi Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa;
“memindahkan” ertinya untuk mengalihkan barang dari pengangkutan yang membawa masuk barang itu ke Malaysia dan untuk meletakkan barang itu atas pengangkutan yang sama atau yang lain bagi maksud membawanya keluar dari Malaysia yang perbuatan ini dijalankan berdasarkan bil muatan kapal langsung, bil muatan pesawat udara langsung atau manifes langsung;
“menghantar”, berhubung dengan teknologi strategik, ertinya—
menyediakan teknologi itu di Malaysia atas suatu peranti,
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
supaya teknologi strategik itu boleh dicapai oleh mana-mana orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang dinyatakan dalam seksyen 25A;
“pembrokeran” ertinya aktiviti seseorang yang, sama ada bagi pihaknya sendiri atau dengan bertindak sebagai ejen bagi pihak orang yang lain—
merundingkan atau mengaturkan pembelian, penjualan atau pembekalan barang dari satu negara asing ke negara asing yang lain; atau
membeli, menjual atau membekalkan barang sedemikian dari satu negara asing ke negara asing yang lain;
“pemunya”, berhubung dengan—
barang strategik atau barang tidak tersenarai, termasuklah mana-mana orang yang merupakan atau yang mengemukakan dirinya sebagai pemunya, pengimport, pengeksport, penerima konsain, ejen atau orang yang memiliki, atau yang mempunyai kepentingan benefisial mengenai, atau yang mempunyai kawalan ke atas, atau kuasa pelupusan atas, barang strategik atau barang tidak tersenarai itu; dan
sesuatu pengangkutan, termasuklah tiap-tiap orang yang bertindak sebagai ejen bagi pemunya atau yang menerima tambang muatan atau caj lain yang kena dibayar berkenaan dengan pengangkutan itu;
“pengangkutan” termasuklah apa-apa kapal, kereta api, kenderaan, pesawat udara dan apa-apa cara pembawaan lain yang dengannya orang atau barang boleh dibawa;
Perdagangan Strategik 11
“Pengawal” ertinya Pengawal Perdagangan Strategik yang dilantik di bawah seksyen 5, dan termasuklah Timbalan Pengawal Perdagangan
Strategik;
“peranti” ertinya apa-apa medium yang dalamnya maklumat, imej visual, bunyi atau data lain direkodkan, disimpan atau dikandungkan dalam apa-apa bentuk supaya dapat (dengan atau tanpa bantuan kelengkapan lain) didapatkan semula atau dihasilkan daripadanya;
“perisian” ertinya koleksi satu program atau program mikro atau lebih yang direkodkan, disimpan atau dikandungkan dalam apa-apa peranti;
“permit” ertinya permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini, dan termasuklah suatu permit khas;
“Pihak Berkuasa yang berkenaan” ertinya Pihak Berkuasa yang ditetapkan di bawah undang-undang yang berkaitan bagi pengawalseliaan barang strategik, barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad, dan termasuklah Pengawal;
“senjata biologi” ertinya apa-apa mikrobial atau agen biologi lain atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, daripada jenis dan dalam kuantiti yang tidak dapat dijustifikasikan bagi maksud profilaktik, perlindungan atau keamanan yang lain, dan senjata, kelengkapan atau cara penghantaran yang direka untuk menggunakan agen biologi atau toksin bagi maksud permusuhan atau dalam konflik bersenjata;
“senjata kimia” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 [Akta 641];
“senjata nuklear”
ertinya apa-apa peranti yang berupaya membebaskan tenaga nuklear dengan cara yang tidak terkawal dan yang mempunyai kelompok ciri yang sesuai untuk penggunaan bagi maksud perang, tetapi tidak termasuk sistem penghantaran jika sistem penghantaran itu boleh diasingkan daripada peranti itu;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
“senjata pemusnah besar-besaran” ertinya apa-apa senjata yang direka bentuk untuk membunuh, mencederakan atau menjangkiti orang, haiwan atau tumbuh-tumbuhan menerusi kesan letupan atau penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat berjangkit atau toksik senjata biologi, dan termasuklah sistem penghantaran yang direka bentuk, disesuaikan atau diniatkan untuk penggunaan senjata sedemikian;
“teknologi” ertinya maklumat dan data dalam apa-apa bentuk bagi perekaan bentuk, pemajuan, penghasilan atau penggunaan barang yang lain dan termasuklah data teknikal, bantuan teknikal dan perisian;
“teknologi strategik” ertinya teknologi yang ditetapkan sebagai barang strategik di bawah seksyen 7;
“toksin” ertinya apa-apa bahan beracun, walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, yang dihasilkan oleh suatu organisma hidup atau yang disintesiskan secara buatan yang boleh menyebabkan penyakit, kecederaan atau kematian;
“undang-undang yang berkaitan” ertinya undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual.
Undang-undang yang terpakai
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, termasuk undang-undang yang berkaitan, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai dan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu, disifatkan digantikan.
Perdagangan Strategik 13
Pemakaian luar wilayah
Bagi maksud subseksyen (1) dan berhubung dengan penghantaran teknologi strategik, Akta ini hendaklah terpakai jika, bagi kesalahan yang berkenaan, penghantaran teknologi strategik itu menggunakan apa-apa kelengkapan atau peranti yang terletak di Malaysia atau disalurkan menerusi apa-apa kelengkapan atau peranti yang terletak di Malaysia.
Bahagian II
STRATEGIK
Pelantikan Pengawal, dsb.
Pengawal hendaklah melaksanakan fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah
Akta ini.
Timbalan
Pengawal
Perdagangan
Strategik boleh melaksanakan segala fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Pengawal di bawah
Akta ini.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Pengawal boleh melantik mana-mana pegawai awam dan mana-mana pegawai lain yang perlu untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
Pengawal hendaklah mempunyai arahan dan kawalan am ke atas Timbalan Pengawal Perdagangan Strategik dan pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (4).
Fungsi dan kuasa Pengawal
menguruskan barang strategik, barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad di bawah Akta ini, termasuk mengeluarkan permit dan mendaftarkan broker setakat yang ia tidak selainnya diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkaitan;
mengeluarkan garis panduan untuk menguruskan permohonan bagi permit dan pendaftaran;
mengeluarkan garis panduan untuk menguruskan permohonan bagi mengeksport barang tidak tersenarai;
mengeluarkan arahan atau garis panduan mengenai pelaksanaan proses penapisan eksport;
mengeluarkan senarai yang menyatakan orang yang tidak boleh dikeluarkan permit dan orang yang tidak boleh didaftarkan sebagai broker;
mendapatkan bantuan daripada mana-mana kerajaan, organisasi antarabangsa atau orang dalam melaksanakan
Akta ini;
Perdagangan Strategik 15
membuat apa-apa yang bersampingan atau bersesuaian dengan pelaksanaan mana-mana fungsi yang disebut dalam perenggan (a) hingga (f).
Pengawal hendaklah mempunyai segala kuasa yang diperlukan bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang dengan munasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Pengawal hendaklah mempunyai arahan dan kawalan am ke atas pegawai diberi kuasa bagi maksud mengawal selia barang strategik, barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad di bawah Akta ini.
Bahagian III
DAN AKTIVITI TERHAD
Barang strategik
Jika apa-apa persoalan berbangkit tentang sama ada apa-apa barang adalah atau tidak termasuk dalam kelas barang yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), persoalan itu hendaklah diputuskan oleh Pengawal.
Pengguna akhir terhad dan terlarang
Menteri boleh menetapkan seseorang pengguna akhir sebagai pengguna akhir terlarang yang kepadanya segala eksport, pemindahan
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
atau transit barang strategik atau barang tidak tersenarai di bawah Akta ini adalah dilarang.
Senarai pengguna akhir terhad dan pengguna akhir terlarang hendaklah disiarkan melalui perintah dalam Warta, dan Menteri boleh meminda senarai itu dari semasa ke semasa.
Eksport, pemindahan dan transit barang strategik dan barang tidak tersenarai
Tiada seorang pun boleh mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang strategik atau barang tidak tersenarai kepada pengguna akhir terhad yang dinyatakan dalam subseksyen 8(1) melainkan jika orang itu mendapatkan permit khas yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Tiada seorang pun boleh mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang strategik atau barang tidak tersenarai kepada pengguna akhir terlarang yang dinyatakan dalam subseksyen 8(2).
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—
berhubung dengan barang strategik yang merupakan senjata atau bahan yang berkaitan—
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang strategik itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau dengan pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang strategik itu tanpa permit menyalahi undang-undang—
Perdagangan Strategik 17
jika kematian adalah hasil perbuatan itu, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak tiga puluh juta ringgit; atau
dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit;
atau
jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang strategik itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang strategik itu tanpa permit menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; dan
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang strategik itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau dengan pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
atau pembawaan dalam transit barang strategik itu tanpa permit menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit;
atau
jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang strategik itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang strategik itu tanpa permit menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—
berhubung dengan barang strategik atau barang tidak tersenarai yang merupakan senjata atau bahan yang berkaitan—
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang itu tanpa permit khas dengan menyalahi undang-undang atau dengan pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang itu tanpa permit khas menyalahi undang-undang—
jika kematian adalah hasil perbuatan itu, dihukum dengan hukuman mati atau
Perdagangan Strategik 19
pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak tiga puluh juta ringgit; atau
dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit; atau
jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang itu tanpa permit khas dengan menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang itu tanpa permit khas menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; dan
berhubung dengan barang strategik dan barang tidak tersenarai selain senjata atau bahan yang berkaitan—
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang itu tanpa permit khas dengan menyalahi undang-undang atau dengan pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang itu tanpa permit khas menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit;
atau
jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang itu tanpa permit khas dengan menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang itu tanpa permit khas menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.
Seseorang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—
berhubung dengan barang strategik atau barang tidak tersenarai yang merupakan senjata atau bahan yang berkaitan—
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang itu dengan menyalahi undang-undang atau dengan pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang itu menyalahi undang-undang—
jika kematian adalah hasil perbuatan itu, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum
Perdagangan Strategik 21
dengan denda minimum sebanyak tiga puluh juta ringgit; atau
dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit;
atau
jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang itu dengan menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang itu menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; dan
berhubung dengan barang strategik dan barang tidak tersenarai selain senjata atau bahan yang berkaitan—
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang itu dengan menyalahi undang-undang atau dengan pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang itu menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit; atau 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang itu dengan menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang itu menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.
Seksyen ini tidak terpakai bagi pengeksportan mana-mana dokumen yang di dalamnya apa-apa teknologi strategik direkodkan, disimpan atau dikandungkan, atau bagi penghantaran teknologi strategik sedemikian, setakat yang pengeksportan atau penghantaran itu perlu untuk memudahkan—
pemasangan, pengendalian, penyenggaraan atau pembaikan apa-apa barang yang telah dieksport;
penyelidikan dalam teknologi strategik sedemikian, yang hasilnya tidak mempunyai penggunaan yang praktik.
Pemberian bantuan teknikal
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—
jika kematian adalah hasil perbuatan itu, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang
Perdagangan Strategik 23
daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak tiga puluh juta ringgit; atau
dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit.
Pembrokeran barang strategik
orang itu telah diberitahu oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan itu atau pegawai diberi kuasa bahawa barang strategik sedemikian mungkin diniatkan atau berkemungkinan akan digunakan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, bagi atau berkaitan dengan suatu aktiviti terhad;
orang itu tahu bahawa barang strategik sedemikian diniatkan untuk digunakan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, bagi atau berkaitan dengan suatu aktiviti terhad; atau
orang itu mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa barang strategik sedemikian diniatkan atau berkemungkinan akan digunakan, suatu keseluruhan atau sebahagiannya, bagi atau berkaitan dengan suatu aktiviti terhad.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—
berhubung dengan barang strategik yang merupakan senjata atau bahan yang berkaitan—
jika kematian adalah hasil perbuatan itu, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak tiga puluh juta ringgit;
atau
dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit; atau
berhubung dengan barang strategik selain senjata atau bahan yang berkaitan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.
Dalam apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan yang berkenaan dengan mana-mana barang strategik yang disebut dalam perenggan (1)(c), hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi tertuduh untuk membuktikan bahawa dia telah membuat segala siasatan yang munasabah tentang kegunaan atau kegunaan yang dicadangkan bagi barang itu dan berpuas hati daripada siasatan sedemikian bahawa barang itu tidak akan digunakan bagi atau berkaitan dengan suatu aktiviti terhad.
Perdagangan Strategik 25
Berhubung dengan barang strategik, subseksyen (1) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang terlibat semata-mata dalam penyediaan perkhidmatan sampingan yang berikut:
apa-apa perkhidmatan sampingan lain yang ditentukan oleh Pengawal.
Transaksi yang melibatkan barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad
Apabila diberitahu sedemikian, Pihak Berkuasa yang berkenaan hendaklah memutuskan sama ada untuk membenarkan pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit itu diteruskan atau tidak.
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh memutuskan untuk membenarkan pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit itu diteruskan tertakluk pada pemberian suatu permit di bawah
Akta ini.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—
berhubung dengan barang tidak tersenarai yang merupakan senjata atau bahan yang berkaitan—
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau dengan pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit menyalahi undang-undang—
jika kematian adalah hasil perbuatan itu, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak tiga puluh juta ringgit; atau
dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit; atau
jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit
Perdagangan Strategik 27
menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; dan
berhubung dengan barang tidak tersenarai selain senjata atau bahan yang berkaitan—
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau dengan pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit; atau
jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Anggapan tentang eksport
telah dilepaskan oleh pegawai kastam yang hak di stesen kastam terakhir dalam laluannya keluar dari Malaysia;
telah dimuatkan ke dalam suatu pengangkutan yang hampir berlepas dari suatu pelabuhan atau tempat di
Malaysia; atau
telah dilepaskan oleh pegawai kastam yang hak di depoh pelepasan dalam negeri atau di stesen kastam dalam negeri dalam laluannya keluar dari Malaysia melalui suatu pelabuhan atau lapangan terbang kastam.
Dalam seksyen ini,
“lapangan terbang kastam”,
“pelabuhan kastam”, “depoh pelepasan dalam negeri” dan
“pegawai kastam yang hak” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Kastam 1967 [Akta 235].
Bahagian IV
Pemakaian Akta bagi permit dan pendaftaran
Tanpa menjejaskan pemakaian am undang-undang yang berkaitan, bagi maksud barang strategik, barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad yang dikawal selia di bawah Akta ini, Pihak Berkuasa yang berkenaan hendaklah menguruskan permit dan pendaftaran yang dikehendaki bagi barang strategik, barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad sedemikian mengikut peruntukan Akta ini.
Perdagangan Strategik 29
Permohonan bagi permit
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh menghendaki pemohon yang membuat permohonan di bawah subseksyen (1) untuk mengemukakan pernyataan kegunaan akhir.
Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia dibenarkan atau ditolak.
Dokumen atau maklumat tambahan
Jika dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak dikemukakan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan itu, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan selanjutnya, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu.
Pemberian atau penolakan permit
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh mengenakan apa-apa syarat yang didapatinya patut semasa memberikan permit itu.
Tiap-tiap permit yang diberikan di bawah subseksyen (1)
hendaklah menyatakan tempoh permit itu.
Syarat-syarat yang dikenakan di bawah permit itu boleh pada bila-bila masa diubah atau dipinda oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan dengan syarat bahawa pemegang permit itu diberi peluang yang munasabah untuk didengar.
Keputusan Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu kepada pemohon melalui notis bertulis secepat yang dapat dilaksanakan.
Notis bertulis oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah subseksyen (5) hendaklah menyatakan—
dalam hal jika permit diberikan, hakikat pemberian itu dan syarat-syarat, jika ada, yang dikenakan di bawah subseksyen (2); dan
dalam hal keengganan untuk memberikan permit, hakikat penolakan itu dan sebab bagi penolakan itu.
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh membaharui semula mana-mana permit atas permohonan.
Penggantungan dan pembatalan permit
pemegang permit tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini;
Perdagangan Strategik 31
pemegang permit telah mendapatkan permit itu secara salah atau secara haram; atau
adalah perlu bagi kepentingan negara, keselamatan negara atau maksud ketidakcambahan, dan hendaklah memberitahu pemegang permit itu dalam tempoh tiga puluh hari melalui notis bertulis bahawa permit itu telah digantung atau dibatalkan.
Suatu penggantungan atau pembatalan di bawah subseksyen (1) hendaklah terus berkuat kuasa sehingga pemegang permit itu mengambil langkah-langkah untuk menyingkirkan sebab-sebab bagi penggantungan atau pembatalan itu dengan memuaskan Pihak Berkuasa yang berkenaan.
Bagi maksud perenggan (1)(d), penentuan tentang maksud kepentingan negara dan keselamatan negara hendaklah dibuat oleh
Menteri dan penentuan sedemikian hendaklah muktamad dan mengikat semua orang dan tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Penggunaan permit tanpa kebenaran
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau dengan denda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Pendaftaran broker
Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah seksyen ini dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui notis bertulis, menghendaki pemohon untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
Jika dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak dikemukakan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan itu, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan selanjutnya, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu.
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan permohonan bagi pendaftaran itu dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) dan setelah berpuas hati bahawa segala kehendak telah dipenuhi, mendaftarkan pemohon atau menolak pendaftaran itu.
Pendaftaran di bawah seksyen ini adalah sah selama tempoh satu tahun dan boleh dibaharui semula atas permohonan.
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh mengenakan apa-apa syarat yang didapatinya patut semasa memberikan pendaftaran itu.
Syarat-syarat yang dikenakan atas pendaftaran itu boleh pada bila-bila masa diubah atau dipinda oleh Pihak Berkuasa yang
Perdagangan Strategik 33
berkenaan dengan syarat bahawa broker berdaftar itu diberi peluang yang munasabah untuk didengar.
Keputusan Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu kepada pemohon melalui notis bertulis secepat yang dapat dilaksanakan.
Notis bertulis oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah subseksyen (9) hendaklah menyatakan—
dalam hal jika pendaftaran diberikan, hakikat pendaftaran itu dan syarat-syarat, jika ada, yang dikenakan di bawah subseksyen (7); dan
dalam hal penolakan pendaftaran, hakikat penolakan itu dan sebab bagi penolakan itu.
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, pada bila-bila masa, menggantung atau membatalkan suatu pendaftaran jika—
broker berdaftar itu tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan atas pendaftaran;
broker berdaftar itu telah mendapatkan pendaftaran itu secara salah atau secara haram; atau
adalah perlu bagi kepentingan negara, keselamatan negara atau maksud ketidakcambahan, dan hendaklah memberitahu broker berdaftar itu dalam tempoh tiga puluh hari melalui notis bertulis bahawa pendaftaran itu telah digantung atau dibatalkan.
Suatu penggantungan atau pembatalan di bawah subseksyen (11) hendaklah terus berkuat kuasa sehingga broker berdaftar itu telah mengambil langkah-langkah untuk
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
menyingkirkan sebab-sebab bagi penggantungan atau pembatalan itu dengan memuaskan Pihak Berkuasa yang berkenaan.
Bagi maksud perenggan (11)(d), penentuan tentang maksud kepentingan negara dan keselamatan negara hendaklah dibuat oleh
Menteri dan penentuan sedemikian hendaklah muktamad dan mengikat atas semua orang dan tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Hilang kelayakan kerana kesalahan
Mana-mana mahkamah yang di hadapannya seseorang disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini berkaitan dengan pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang strategik atau barang tidak tersenarai atau pembrokeran barang strategik boleh memerintahkan supaya—
orang itu dihilangkan kelayakannya daripada memegang atau mendapatkan suatu permit di bawah Akta ini atau daripada didaftarkan sebagai seorang broker di bawah
Akta ini bagi seumur hidup atau selama tempoh yang didapati patut oleh mahkamah; dan
butir-butir mengenai sabitan itu dan apa-apa hilang kelayakan yang baginya orang yang disabitkan itu tertakluk hendaklah diberitahu kepada Pengawal dan hendaklah diendorskan pada mana-mana permit atau pendaftaran yang dipegang oleh pesalah itu:
Dengan syarat bahawa, jika didapati patut oleh mahkamah, apa-apa hilang kelayakan yang dikenakan di bawah seksyen ini boleh dihadkan kepada pengeksportan, pemindahan, pembawaan dalam transit atau pembrokeran barang strategik atau barang tidak tersenarai, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang sama kelas atau perihalannya seperti barang strategik atau barang tidak tersenarai yang berkenaan dengannya kesalahan itu dilakukan.
Perdagangan Strategik 35
Penggantungan permit atau pendaftaran apabila hilang kelayakan
Sesuatu permit atau pendaftaran yang digantung menurut kuasa seksyen ini tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.
Jika mana-mana orang yang hilang kelayakan di bawah seksyen ini daripada memegang atau mendapatkan permit memohon atau mendapatkan suatu permit semasa dia hilang kelayakan sedemikian, atau jika mana-mana orang itu semasa dia hilang kelayakan sedemikian mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai, atau jika kehilangan kelayakan itu dihadkan kepada pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit kelas atau perihalan tertentu barang strategik atau barang tidak tersenarai, mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai daripada kelas atau perihalan itu, maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit.
Jika mana-mana orang yang hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu pendaftaran sebagai broker di bawah seksyen ini memohon atau mendapatkan suatu pendaftaran semasa dia hilang kelayakan sedemikian, atau jika mana-mana orang itu semasa dia hilang kelayakan sedemikian menjalankan apa-apa perbuatan pembrokeran apa-apa barang strategik, atau jika kehilangan kelayakan itu dihadkan kepada pembrokeran kelas atau perihalan barang strategik yang tertentu, menjalankan perbuatan pembrokeran
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
apa-apa barang strategik daripada kelas atau perihalan itu, maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit.
Sesuatu permit atau pendaftaran yang didapatkan oleh orang yang hilang kelayakan seperti yang tersebut dahulu hendaklah tidak mempunyai kuat kuasa.
Permohonan untuk menghapuskan hilang kelayakan
Apabila suatu permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat, mahkamah boleh, setelah mengambil kira watak pemohon, kelakuannya berikutan daripada sabitan atau perintah itu, jenis kesalahan dan apa-apa hal keadaan lain, sama ada dengan perintah menghapuskan hilang kelayakan itu dari tarikh yang dinyatakan oleh mahkamah dalam perintah itu atau menolak permohonan itu.
Apabila suatu permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat, mahkamah hendaklah mengambil kira apa-apa representasi yang dibuat oleh Pengawal atau mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan.
Perdagangan Strategik 37
Pengendorsan pada permit
Jika mana-mana orang yang permit atau pendaftarannya telah diperintahkan supaya diendorskan memohon bagi suatu permit atau pendaftaran tanpa memberikan butir-butir mengenai perintah itu, maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua juta ringgit, dan apa-apa permit atau pendaftaran yang didapatkan sedemikian hendaklah tidak mempunyai kuat kuasa.
Jika sesuatu mahkamah memerintahkan supaya butir-butir diendorskan pada permit atau pendaftaran yang dipegang oleh mana-mana orang, atau jika, melalui suatu sabitan atau perintah mahkamah, seseorang itu dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu permit atau pendaftaran, mahkamah hendaklah menghantar notis mengenai sabitan atau perintah itu kepada Pengawal dan memerintahkan orang itu untuk menyerahkan permit atau pendaftaran itu kepada Pengawal bagi pengendorsan yang sewajarnya.
Jika menurut suatu notis mahkamah yang disebut dalam subseksyen (3), butir-butir yang dikehendaki diendorskan pada permit atau pendaftaran itu dimasukkan dalam daftar yang disenggarakan oleh
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Pengawal di bawah Akta ini, pengendorsan itu hendaklah disifatkan telah dilaksanakan.
Penyenggaraan dokumen dan daftar
Daftar itu hendaklah—
disimpan semata-mata bagi maksud mencatatkan rekod dan maklumat yang ditetapkan;
sentiasa dikemaskinikan dan disimpan secara teratur dan dalam keadaan baik; dan
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyediakan daftar untuk pemeriksaan sebagaimana dan apabila dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua juta ringgit.
Perdagangan Strategik 39
Daftar
Daftar itu hendaklah tersedia bagi pemeriksaan oleh orang awam tertakluk pada apa-apa syarat yang didapati patut oleh
Pengawal.
Suatu salinan atau cabutan mana-mana catatan dalam daftar yang diperakui dengan sewajarnya oleh Pengawal hendaklah diberikan kepada mana-mana orang yang menghendaki salinan atau cabutan itu atas bayaran fi yang ditetapkan.
Daftar hendaklah menjadi keterangan muktamad jika apa-apa persoalan berbangkit tentang sama ada mana-mana orang memegang permit sah atau didaftarkan sebagai broker di bawah
Akta ini.
Pegawai diberi kuasa
Pegawai yang berikut hendaklah menjadi pegawai diberi kuasa bagi maksud Akta ini dan boleh menjalankan semua kuasa penguatkuasaan:
mana-mana pegawai Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan;
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Bahagian V
Pemakaian Akta bagi penguatkuasaan
Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 3 dan pemakaian undang-undang yang berkaitan, bagi maksud barang strategik, barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad yang dikawal selia di bawah Akta ini, kuasa penguatkuasaan yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini hendaklah tersedia bagi pegawai diberi kuasa.
Pengemukaan kad kuasa
Tiap-tiap pegawai diberi kuasa hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan apabila diminta mengemukakan kad kuasanya kepada orang yang terhadapnya dia bertindak.
Kuasa pegawai diberi kuasa
menerima dan menimbangkan apa-apa laporan tentang berlakunya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;
Perdagangan Strategik 41
memberhentikan, memasuki, menaiki, memeriksa dan menggeledah mana-mana tempat, premis, struktur atau pengangkutan dan untuk menahan mana-mana pengangkutan;
memanggil kembali mana-mana pengangkutan yang telah meninggalkan mana-mana pelabuhan atau tempat di
Malaysia dan menahan pengangkutan itu;
menuntut pengemukaan apa-apa permit, rekod, perakuan atau dokumen lain dan memeriksa, membuat salinan atau mengambil cabutan daripada permit, rekod, perakuan atau dokumen lain itu;
memeriksa dan menyita apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang di dalamnya barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang berhubungan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;
menangkap mana-mana orang yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk mempercayai telah melakukan atau sedang mencuba untuk melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; dan
menyingkirkan mana-mana pengangkutan yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam aktiviti terhad atau bertindak bertentangan dengan kepentingan negara atau keselamatan negara.
Walau apa pun subseksyen (1), tiada pengangkutan boleh diberhentikan, dimasuki, dinaiki, digeledah, diperiksa atau
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
ditahan di dalam kawasan laut wilayah jika laluan pengangkutan itu di dalam laut wilayah merupakan laluan ikhlas.
Bagi maksud subseksyen (2), laluan sesuatu pengangkutan merupakan laluan ikhlas jika dan selagi laluan pengangkutan itu tidak memudaratkan keamanan, ketenteraman atau keselamatan negara Malaysia.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, bagi maksud subseksyen (3), aktiviti yang berikut hendaklah dianggap memudaratkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara:
apa-apa ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap kedaulatan, keutuhan wilayah atau kebebasan politik
Malaysia atau apa-apa perbuatan yang dengan apa-apa cara merupakan pelanggaran prinsip undang-undang antarabangsa;
apa-apa perbuatan yang bertujuan untuk mengumpul maklumat yang memudaratkan keselamatan negara atau pertahanan Malaysia;
apa-apa perbuatan propaganda yang bertujuan untuk menjejaskan keamanan, keselamatan negara atau pertahanan Malaysia;
pemuatan atau pemunggahan apa-apa komoditi, mata wang atau orang yang bertentangan dengan undang-undang kastam, kewangan, imigresen atau kesihatan Malaysia;
Perdagangan Strategik 43
apa-apa perbuatan yang bertujuan untuk mengganggu apa-apa sistem komunikasi atau apa-apa kemudahan atau pemasangan lain di Malaysia; dan
apa-apa aktiviti lain yang tiada kaitan secara langsung dengan laluan.
Kuasa penyiasatan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), bagi maksud penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang boleh dijalankan oleh pegawai diberi kuasa itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan Kanun Tatacara
Jenayah [Akta 593].
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Bagi maksud Akta ini, jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu mungkin diganggu, dialihkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai diberi kuasa itu boleh, tanpa waran, memasuki mana-mana tempat, premis atau pengangkutan dan menyita apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai, atau apa-apa bekas,
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang di dalamnya barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer.
Akses ke tempat atau premis
Jika mana-mana pegawai diberi kuasa memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut peruntukan seksyen ini, maka—
dia boleh menghendaki mana-mana orang di dalamnya untuk mengemukakan apa-apa buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, atau rekod lain, sama ada dalam format cetakan atau elektronik, atau barang yang dikehendaki disimpan oleh orang itu di bawah peruntukan
Akta ini;
dia boleh memeriksa apa-apa buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, atau rekod lain, sama ada dalam format cetakan atau elektronik, kemudahan, peralatan, kelengkapan, peranti atau barang dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, akaun, dokumen atau rekod itu;
dia boleh menyita dan menahan apa-apa buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, atau rekod lain, sama ada dalam format cetakan atau elektronik, kemudahan, peralatan, kelengkapan, peranti atau barang yang mengandungi atau yang dengan munasabahnya disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Akta ini;
dia boleh menghendaki mana-mana orang di dalamnya atau pekerjanya untuk menjawab soalan yang berhubungan dengan—
Perdagangan Strategik 45
apa-apa buku, data, dokumen atau rekod lain, atau barang;
dia boleh menghendaki mana-mana bekas, sampul surat atau wadah lain di dalam mana-mana tempat atau premis itu dibuka;
dia boleh pada risiko dan perbelanjaan mana-mana orang di dalamnya membuka dan memeriksa apa-apa bungkusan, atau apa-apa barang atau bahan, di dalam mana-mana tempat atau premis itu.
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa barang, buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, atau rekod lain, sama ada dalam format cetakan atau elektronik, yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak barang, buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, atau rekod lain itu di dalam tempat atau premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
Jika pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah peruntukan
Akta ini tidak mendapat akses bebas ke dalam mana-mana tempat atau premis atau bagi apa-apa bekas di dalam tempat atau premis itu, dia boleh, pada bila-bila masa, memasuki tempat atau premis itu dan membuka bekas itu mengikut apa-apa cara, jika perlu dengan kekerasan, sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Jika, apabila kemasukan ke dalam mana-mana tempat atau premis di bawah peruntukan Akta ini dibuat, apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai dijumpai berhubung dengan apa-apa kesalahan telah dilakukan, maka barang strategik atau barang tidak tersenarai itu boleh dilucuthakkan.
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Capaian kepada data berkomputer
Dalam seksyen ini, “capaian” termasuklah diberikan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan pemahaman data berkomputer itu.
Kuasa menggeledah pengangkutan
menghendaki nakhoda kapal, juruterbang pesawat udara atau orang yang mengawal mana-mana pengangkutan lain untuk memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengangkutan, kargo, stor, anak kapal, penumpang atau perjalanan itu yang didapatinya perlu;
memeriksa segala barang atas pengangkutan itu dan segala barang yang sedang dimuatkan atau diturunkan;
menghendaki segala atau apa-apa dokumen sedemikian dibawa kepadanya untuk diperiksa, dan nakhoda kapal, juruterbang pesawat udara atau orang yang mengawal mana-mana pengangkutan lain yang enggan membenarkan pegawai diberi kuasa itu menaiki atau menggeledah pengangkutan itu,
Perdagangan Strategik 47
atau enggan memberikan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen apabila diminta melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan kedua-duanya.
Jika mana-mana tempat, kotak atau peti di atas pengangkutan itu dikunci dan kuncinya tidak diserahkan, pegawai diberi kuasa boleh memecahkan mana-mana tempat, kotak atau peti itu.
Jika apa-apa barang dijumpai tersembunyi di atas mana-mana pengangkutan, barang itu hendaklah disifatkan sebagai barang strategik.
Penggunaan kekerasan
Jika kekerasan dikehendaki untuk masuk ke mana-mana tempat, premis atau pengangkutan, pegawai diberi kuasa yang melaksanakan kuasa di bawah Akta ini boleh menggunakan apa-apa kekerasan yang munasabah mengikut hal keadaan.
Senarai barang yang disita
Jika apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai, dan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang di dalamnya barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer disita, pegawai diberi kuasa yang menyita barang itu hendaklah menyediakan senarai barang yang disita dan dengan serta-merta menghantarserahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatanganinya kepada pemunya atau orang yang menjaga tempat, premis atau pengangkutan yang digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmat pemunya atau orang itu, di tempat, premis atau pengangkutan itu.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Kuasa penangkapan
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah melakukan atau sedang mencuba untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Pemintasan komunikasi
untuk memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos yang dalam penghantaran melalui pos; atau
untuk memintas, mendengar dan merekodkan apa-apa komunikasi yang dihantar atau diterima melalui mana-mana komunikasi.
Apabila mana-mana orang didakwa atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang berhubungan dengan barang strategik, barang tidak tersenarai atau aktiviti terhad, apa-apa maklumat yang diperoleh oleh seorang pegawai diberi kuasa menurut subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu didakwa, boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.
Pemberikuasaan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1)
boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis; tetapi jika suatu pemberikuasaan lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah pemberikuasaan itu ke dalam bentuk bertulis.
Perdagangan Strategik 49
Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh seorang pegawai diberi kuasa menurut subseksyen (1) telah diberi kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa tindakan itu telah diberi kuasa sedemikian dan perakuan itu boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan Pendakwa Raya.
Tiada seorang pun boleh tertakluk pada apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiliti, atau dengan apa-apa cara dipaksa untuk mendedahkan dalam mana-mana prosiding tatacara, kaedah, aturan atau cara, atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya, mengenai apa-apa jua yang dilakukan di bawah subseksyen (1).
Bagi maksud seksyen ini, “barang pos” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam *Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465].
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui mengenai kes
Jika orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu.
Pemeriksaan orang yang mengetahui mengenai kes
Orang itu hendaklah semasa pemeriksaan itu, menzahirkan segala maklumat yang dalam pengetahuannya, atau yang ada padanya, berkenaan dengan perkara berhubung dengan dia diperiksa, dan menjawab apa-apa soalan yang diajukan kepadanya dengan sebenar dan setakat pengetahuan dan kepercayaannya yang terbaik, dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa ia berkecenderungan membabitkannya.
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang pernyataan itu dibuat olehnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.
Kesalahan berkenaan dengan maklumat
Seseorang yang—
memberikan atau menyebabkan diberikan kepada pegawai diberi kuasa apa-apa butiran, maklumat atau pernyataan palsu atau mengelirukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang pegawai itu menghendaki diberikan di bawah Akta ini atau undang-undang yang berkaitan;
enggan menjawab atau memberikan jawapan palsu kepada mana-mana soalan yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa bagi maksud mendapatkan apa-apa butiran,
Perdagangan Strategik 51
maklumat atau pernyataan yang dikehendaki untuk diberikan di bawah Akta ini atau undang-undang yang berkaitan; atau
tidak atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua juta ringgit.
Pelupusan barang strategik dan barang tidak tersenarai yang disita
Pengawal hendaklah setelah berunding dengan Pendakwa Raya, pada bila-bila masa yang didapatinya patut, memerintahkan pelupusan barang, barang strategik atau barang tidak tersenarai berserta apa-apa bekas, bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang di dalamnya barang, barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer disita tertakluk pada pematuhan tatacara yang berikut:
suatu inventori yang menyatakan perihalan, tanda-tanda dan butiran lain yang dengan jelas mengenal pasti barang yang disita telah disediakan oleh pegawai diberi kuasa;
gambar barang yang disita telah diambil dengan kehadiran pegawai diberi kuasa, dan pegawai diberi kuasa itu telah memperakui bahawa gambar itu adalah benar; dan
salinan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita diperakui dengan sewajarnya oleh pegawai diberi kuasa.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Kebolehterimaan keterangan
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, pelupusan apa-apa barang di bawah seksyen 41 tidak boleh menjejaskan perbicaraan mana-mana orang di bawah Akta ini dengan syarat bahawa pelupusan barang itu telah dilakukan mengikut seksyen itu dan mahkamah hendaklah menerima inventori, gambar dan salinan barang yang disita yang dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai mewakili barang yang disita.
Pelucuthakan barang strategik dan barang tidak tersenarai apabila tiada pendakwaan
Seseorang yang menegaskan bahawa dialah pemunya mana-mana barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah Akta ini dan bahawa barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya, memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu mengenai tuntutannya.
Apabila suatu notis di bawah subsekyen (2) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah
Sesyen untuk diputuskan.
Perdagangan Strategik 53
Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu dan orang yang daripadanya ia disita untuk hadir di hadapan mahkamah dan apabila mereka hadir atau tidak hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan, mahkamah hendaklah terus memeriksa perkara itu, dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu kepada orang yang berhak kepadanya.
Kos memegang barang strategik dan barang tidak tersenarai yang disita
Jika apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai, atau apa-apa bekas, bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang di dalamnya barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan
Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, kos untuk memegang barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan boleh didapatkan semula dengan sewajarnya.
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Tiada seorang pun boleh, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana barang, barang strategik atau barang tidak tersenarai, atau apa-apa bekas, bungkusan, pengangkutan, atau benda lain yang di dalamnya barang, barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding sedemikian atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab munasabah.
Halangan pegawai diberi kuasa
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan kedua-duanya.
Bahagian VI
Pengecualian
Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, mengecualikan—
mana-mana aktiviti berkenaan dengan mana-mana barang daripada jenis atau perihalan yang dinyatakan, daripada mana-mana peruntukan Akta ini, tertakluk pada apa-apa syarat yang ditetapkan.
Pemulaan pendakwaan
Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini yang berhubungan dengan barang strategik, barang tidak tersenarai atau aktiviti terhad boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Jika suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal-ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian, hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang dia patut jalankan, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.
Kesalahan oleh pekerja atau ejen
Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan,
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu, atau oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.
Pengkompaunan kesalahan
mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang boleh dikompaun;
Pegawai diberi kuasa boleh, dengan keizinan bertulis
Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai satu kesalahan boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada pegawai diberi kuasa suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Perdagangan Strategik 57
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana barang, barang strategik dan barang tidak tersenarai berserta apa-apa bekas, bungkusan, pengangkutan dan benda lain yang di dalamnya barang, barang strategik dan barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen dan data berkomputer yang disita berkaitan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilupuskan oleh
Pegawal mengikut seksyen 41, tertakluk pada apa-apa terma yang difikirkan patut olehnya.
Semua jumlah wang yang diterima oleh pegawai diberi kuasa di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Notis bagi penzahiran maklumat
Seseorang yang menerima suatu notis yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta kepada Pengawal atau Pihak Berkuasa yang berkenaan dalam bentuk yang ditetapkan dan dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu.
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan kedua-duanya.
Maklumat dilindungi dan sulit
Walau apa pun subseksyen (1), maklumat dan dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) tidak dilindungi atau sulit jika maklumat dan dokumen itu dikehendaki untuk dizahirkan atau diberitahu bagi maksud kepentingan negara, keselamatan negara atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Tiada seorang pun yang memegang maklumat atau dokumen dilindungi atau sulit boleh dengan pengetahuan, tanpa persetujuan secara bertulis orang yang daripadanya maklumat atau dokumen itu diperoleh, memberitahunya atau membenarkannya diberitahu kepada mana-mana orang, atau membenarkan mana-mana orang mempunyai akses kepadanya, kecuali bagi maksud penguatkuasaan Akta ini.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun boleh dikehendaki, berkaitan dengan mana-mana prosiding undang-undang, untuk mengemukakan apa-apa pernyataan atau rekod lain yang mengandungi maklumat atau dokumen yang dilindungi atau sulit, atau untuk memberikan keterangan berhubungan dengannya, melainkan jika prosiding itu berhubung dengan penguatkuasaan Akta ini.
Perlindungan pegawai
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap Pengawal,
Perdagangan Strategik 59
Pihak Berkuasa yang berkenaan atau pegawai diberi kuasa bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan mana-mana tindakan yang diarahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan munasabah bahawa ia perlu bagi tujuan yang dimaksudkan yang hendak dicapai olehnya.
Perlindungan Kerajaan, dsb. daripada liabiliti
Tiada seorang pun pegawai diberi kuasa boleh dikehendaki menanggung apa-apa kerugian yang ditanggung berkenaan dengan apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai disebabkan kebakaran, kecurian, kerosakan atau apa-apa sebab lain semasa barang strategik atau barang tidak tersenarai itu berada dalam mana-mana gudang kastam atau dalam jagaan atau kawalan sah pegawai diberi kuasa itu melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh keabaian yang disengajakan, atau kegagalan pegawai diberi kuasa itu.
Peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
untuk menetapkan apa-apa borang bagi maksud Akta ini;
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
untuk menetapkan tatacara bagi pengeluaran permit di bawah Akta ini, termasuk pewujudan kelas permit berlainan bagi kelas barang strategik berlainan;
untuk menetapkan tatacara bagi pendaftaran broker di bawah Akta ini, termasuk pewujudan kelas broker berlainan bagi kelas barang strategik berlainan;
untuk menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara untuk memungut dan menguruskan fi tersebut;
untuk menetapkan bentuk daftar yang dikehendaki disimpan dan disenggarakan oleh pemegang permit dan broker berdaftar, termasuk butir-butir yang dikehendaki direkodkan dalam daftar;
untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara, termasuk perkara penguatkuasaan, yang di bawah Akta ini dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini atau mana-mana perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berlanggaran dengan peraturan-peraturan atau perundangan subsidiari menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan kedua-duanya.
Pindaan Jadual
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.
Perdagangan Strategik 61
Kecualian dan peralihan
Sementara menunggu keputusan Pengawal atau Pihak Berkuasa.
yang berkenaan atas permohonan di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah disifatkan sebagai diberi kuasa secara sementara untuk meneruskan aktivitinya di bawah Akta ini bagi tempoh tiga bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan tiada tindakan boleh diambil terhadapnya kerana terlibat dalam aktiviti tersebut tanpa permit atau pendaftaran semasa tempoh tersebut
Walau apa pun subseksyen (2), seseorang yang diberi kuasa di bawah seksyen ini hendaklah bagi maksud Akta ini mematuhi kehendak, kewajipan dan obligasi seseorang pemegang permit atau broker berdaftar.
Jika suatu permit dikeluarkan di bawah seksyen 16 atau pendaftaran diberikan di bawah seksyen 19 oleh Pengawal atau
Pihak Berkuasa yang berkenaan, pemohon hendaklah dengan segera mengambil tindakan yang perlu untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan atas permit atau pendaftaran itu, mengikut mana-mana yang dikehendaki.
Jika permit atau pendaftaran ditolak oleh Pengawal atau
Pihak Berkuasa yang berkenaan, pemohon hendaklah terhenti sebagai disifatkan diberi kuasa di bawah subseksyen (2) dari tarikh dia dimaklumkan mengenai keputusan Pengawal atau
Pihak Berkuasa yang berkenaan.
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
*CATATAN—lihat seksyen 60 Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023
[Akta 846] b.m.p 4 Julai 2023 yang memberikan peruntukan seperti yang berikut:
“Peralihan
Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, jika seseorang disabitkan oleh mana-mana mahkamah kerana melakukan suatu kesalahan di bawah subsubperenggan 9(4)(a)(i)(A), subsubperenggan 9(5)(a)(i)(A), subsubperenggan 9(6)(a)(i)(A), perenggan 10(2)(a), subperenggan 11(2)(a)(i) atau subsubperenggan 12(4)(a)(i)(A)
Akta ibu, orang itu, sama ada dalam suatu perbicaraan atau rayuan, hendaklah dihukum mengikut peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini walaupun kesalahan itu dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.”.
JADUAL
[Seksyen 2]
UNDANG-UNDANG BERKAITAN
Undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengawalseliaan barang strategik, barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad adalah seperti yang berikut:
1.
Akta Binatang 1953 [Akta 647]
2.
Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304]
3.
Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 [Akta 641]
4.
Akta Kastam 1967 [Akta 235]
5.
Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Akta 149]
6.
Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 [Akta 167]
7.
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]
8.
Akta Perlindungan Varieti Tumbuhan Baru 2004 [Akta 634]
9.
Akta Racun 1952 [Akta 366]
10. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589]
Perdagangan Strategik 63
11. Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613]
12. Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]
13. Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701]
14. Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]
15. Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]
16. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]
17. Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441]
18. Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704]
19. Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545]
20. Akta Yayasan Labuan 2010 [Akta 706]
21. Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705]
22. Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad 2010 [Akta 707]
23. Akta Amanah Labuan 1996 [Akta 554]
24. Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731]
25. Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498]
26. Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 [Akta 453]
64
Akta 708
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. (A) 483/2010
Perintah Perdagangan Strategik
(Pindaan Jadual) 2010 01-01-2011
Akta A1537
Akta Perdagangan Strategik
(Pindaan) 2017
08-09-2017
P.U. (A) 13/2019
Perintah Perdagangan Strategik
(Pindaan Jadual) 2019 15-01-2019
Akta 846
Akta Pemansuhan Hukuman Mati
Mandatori 2023
04-07-2023
65
Akta 708
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A1537 08-09-2017
9
Akta A1537
Akta 846
08-09-2017 04-07-2023
10
Akta A1537
Akta 846
08-09-2017 04-07-2023
11
Akta A1537
Akta 846
08-09-2017 04-07-2023
12
Akta A1537
Akta 846
08-09-2017 04-07-2023
12A
Akta A1537 08-09-2017
14
Akta A1537 08-09-2017
18
Akta A1537 08-09-2017
21
Akta A1537 08-09-2017
23
Akta A1537 08-09-2017
24
Akta A1537 08-09-2017
25A
Akta A1537 08-09-2017
33
Akta A1537 08-09-2017
40
Akta A1537 08-09-2017
41
Akta A1537
08-09-2017
66
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
45
Akta A1537 08-09-2017
50A
Akta A1537 08-09-2017
55
Akta A1537 08-09-2017
Jadual
P.U. (A) 483/2010
P.U. (A) 13/2019 01-01-2011 15-01-2019