PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2018/806
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA CUKAI JUALAN 2018 is Malaysia Act, cited as Act 806 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa
Bahagian yang berlainan atau peruntukan yang berlainan Akta ini.
Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan cukai jualan di bawah Akta ini.
Tafsiran
Bagi maksud Akta ini—
barang hendaklah disifatkan berada di bawah kawalan kastam semasa barang itu didepositkan atau dipegang di dalam mana-mana gudang kastam atau gudang berlesen, pejabat pos, atau di dalam mana-mana pengangkut, saluran paip atau tempat yang daripadanya barang itu tidak boleh dipindahkan kecuali dengan kebenaran pegawai cukai jualan yang hak; dan
barang hendaklah disifatkan berada di bawah kawalan eksais semasa barang itu didepositkan atau dipegang di dalam mana-mana kilang penyulingan, kilang bir atau tempat pengilangan lain, atau di dalam mana-mana gudang eksais awam, gudang berlesen, pejabat pos, atau di dalam mana-mana pengangkut, saluran paip atau tempat yang daripadanya barang itu tidak boleh dipindahkan kecuali dengan kebenaran pegawai cukai jualan yang hak.
Maksud “mengilang”
berhubung dengan barang selain petroleum, penukaran secara manual atau mekanikal bahan-bahan organik atau bukan organik kepada suatu produk baharu dengan mengubah saiz, bentuk, komposisi, sifat atau kualiti bahan-bahan itu dan termasuklah pemasangan bahagian-bahagian ke dalam suatu jentera atau produk lain,
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
tetapi tidak termasuk pemasangan jentera atau kelengkapan bagi maksud pembinaan; dan
berhubung dengan petroleum, proses penapisan yang termasuk pemisahan, penukaran, penulenan dan pengadunan aliran penapisan atau aliran petrokimia.
Jika apa-apa persoalan timbul tentang erti “mengilang” di bawah subseksyen (1), persoalan itu hendaklah diputuskan oleh
Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Bahagian II
Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah dan pegawai lain
Tertakluk pada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah, seorang pegawai kanan cukai jualan hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini, selain yang diberikan di bawah seksyen 7, 41, 42 dan 105.
Mana-mana orang, selain seorang pegawai cukai jualan, boleh dilantik oleh, atau diambil kerja dengan persetujuan, Ketua Pengarah untuk apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan cukai jualan dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai pegawai cukai jualan bagi kewajipan atau perkhidmatan itu.
Ketua Pengarah boleh, melalui pemberian kuasa secara bertulis, memberi mana-mana pegawai cukai jualan yang bukan pegawai kanan cukai jualan kesemua atau mana-mana kuasa seorang pegawai kanan cukai jualan bagi tempoh tidak melebihi sembilan puluh hari berkenaan dengan mana-mana satu pemberian kuasa.
Cukai Jualan 17
Mana-mana pegawai cukai jualan hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan sewajarnya peruntukan Akta ini.
Orang yang dilantik atau diambil kerja hendaklah menjadi pekhidmat awam
Tiap-tiap orang yang dilantik atau diambil kerja di bawah subseksyen 4(3) bagi apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan cukai jualan hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Pengiktirafan jawatan
Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai cukai jualan yang bertindak atau yang berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasa atau lencananya apabila diminta oleh orang itu.
Mana-mana orang, yang bukan seorang pegawai cukai jualan, yang memakai, menggunakan, memiliki atau mempamerkan dengan cara yang menyalahi undang-undang, selain semasa suatu pertunjukan pentas atau persembahan teater yang lain—
apa-apa pakaian seragam yang ditetapkan di bawah seksyen 8A Akta Kastam 1967 atau apa-apa pakaian yang kelihatan seperti, atau yang mengandungi tanda tersendiri yang terdapat pada, pakaian seragam itu; atau 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
apa-apa kad kuasa atau lencana yang ditetapkan, atau kad kuasa sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, yang disebut dalam subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kerahsiaan maklumat
Tertakluk pada subseksyen (4), tiap-tiap orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau salinannya berhubung dengan perniagaan atau nilai jualan barang mana-mana orang kena cukai atau nilai jualan barang yang diimport, yang pada bila-bila masa, selainnya bagi maksud Akta ini atau dengan kuasa nyata Ketua Pengarah—
menyampaikan atau cuba untuk menyampaikan maklumat itu atau apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinannya kepada mana-mana orang; atau
membiarkan atau membenarkan mana-mana orang untuk mempunyai akses kepada apa-apa maklumat itu atau kepada apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinannya, melakukan suatu kesalahan.
Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini atau yang disebut dalam subseksyen
boleh dikehendaki untuk
Cukai Jualan 19
mengemukakan dalam apa-apa perkara atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau untuk mendedahkan atau menyampaikan dalam perkara atau prosiding itu apa-apa perkara atau benda, yang dibawa kepada pengetahuannya dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini atau bagi memulakan suatu pendakwaan atau dalam penjalanan suatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (1) atau apa-apa jua yang terkandung dalamnya, kepada
Ketua Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia yang boleh dikehendaki dalam melaksanakan kewajipan rasminya.
Walau apa pun subseksyen (4), Menteri boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, membenarkan Ketua Pengarah untuk menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (1) atau apa-apa jua yang terkandung dalamnya kepada mana-mana orang lain.
Bahagian III
yang dikilangkan di Malaysia oleh pengilang berdaftar dan dijual, digunakan atau dilupuskan olehnya; atau
Cukai jualan ke atas apa-apa pengimportan barang bercukai ke dalam Malaysia hendaklah dilevikan dan kena dibayar seolah-olah
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
ia suatu duti kastam atau duti eksais dan seolah-olah barang bercukai yang diimport itu adalah berduti dan boleh dikenakan duti kastam atau duti eksais.
Akta ini hendaklah ditafsirkan bersekali dengan
Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 [Akta 176] berkenaan dengan pengimportan atau pengeksportan barang termasuk barang dalam transit dan pergerakan barang di bawah kawalan kastam atau kawalan eksais.
Jika terdapat apa-apa ketidakselarasan antara peruntukan
Akta Kastam 1967 atau Akta Eksais 1976 dengan peruntukan Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.
Penentuan nilai jualan barang bercukai
digunakan olehnya selain sebagai bahan bagi mengilang barang bercukai; atau
dilupuskan olehnya selain dengan cara jualan, nilai jualan barang bercukai itu hendaklah ditentukan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Dalam hal barang bercukai yang diimport ke dalam Malaysia, nilai barang bercukai itu hendaklah jumlah amaun yang berikut:
nilai barang bercukai itu bagi maksud duti kastam sebagaimana yang ditentukan mengikut Akta Kastam 1967;
amaun duti kastam, jika ada, yang telah dibayar atau kena dibayar ke atas barang bercukai itu; dan
Cukai Jualan 21
amaun duti eksais, jika ada, yang telah dibayar atau kena dibayar ke atas barang bercukai itu.
Jika mana-mana pengilang menerima barang bercukai daripada mana-mana orang untuk dikilangkan dan kemudiannya memulangkan barang yang telah dikilangkan sedemikian kepada orang itu, nilai jualan barang yang dikilangkan sedemikian hendaklah, tertakluk pada kelulusan Ketua Pengarah, merupakan amaun yang dikenakan oleh pengilang itu bagi kerja yang telah dilakukan olehnya.
Kadar cukai jualan
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—
menetapkan kadar cukai jualan yang hendak dikenakan dan dilevikan di bawah Akta ini; dan
mengubah atau meminda kadar cukai jualan yang ditetapkan di bawah perenggan (a).
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)
hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
(Dipotong oleh Akta 851).
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Cukai jualan yang genap masa
Walau apa pun subseksyen (1)—
Menteri boleh menentukan masa yang berlainan bagi cukai jualan menjadi genap masa berkenaan dengan petroleum tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri; dan
jika apa-apa jualan barang bercukai dibuat oleh mana-mana orang, yang merupakan orang bercukai di bawah Akta ini, dalam tempoh bermula dari 1 Jun 2018 dan berakhir sebaik sebelum tarikh efektif, dan barang bercukai itu dihantar pada atau selepas tarikh efektif—
jualan barang bercukai itu hendaklah disifatkan telah dibuat pada tarikh barang bercukai itu dihantar walaupun apa-apa pembayaran, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, diterima atau invois dikeluarkan, bagi barang bercukai itu dalam tempoh itu;
apa-apa pembayaran yang diterima dalam tempoh itu atau pada atau selepas tarikh efektif, atau invois dikeluarkan dalam tempoh itu, hendaklah disifatkan telah diterima atau dikeluarkan pada tarikh barang bercukai itu dihantar; dan
cukai jualan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas barang bercukai itu dan hendaklah menjadi genap masa pada tarikh barang bercukai itu dihantar.
Jika barang bercukai yang disebut dalam subperenggan (2)(b)
ialah petroleum, cukai jualan berkenaan dengan petroleum itu
Cukai Jualan 23
hendaklah menjadi genap masa pada masa yang ditentukan di bawah subperenggan (2)(a).
Jika mana-mana pengilang berdaftar yang berhenti menjalankan perniagaan sebagai pengilang digantikan dalam perniagaan itu oleh orang lain yang—
membeli daripada pengilang berdaftar itu apa-apa stok barang bercukai yang ada dalam tangan pada tarikh pemberhentian itu; atau
memperoleh apa-apa stok barang bercukai sebagai seorang pemegang amanah, penerima, pelikuidasi, penerima derma, atau benefisiari bagi pengilang berdaftar itu, tiada cukai jualan boleh menjadi genap masa ke atas pembelian atau pemerolehan itu.
BAHAGIAN IIIA
PENGENAAN CUKAI JUALAN KE ATAS BARANG BERNILAI
RENDAH
Tafsiran
Bagi maksud Bahagian ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini berhubung dengan Bahagian ini—
“barang bernilai rendah” ertinya apa-apa barang atau kelas barang di luar Malaysia yang ditetapkan yang dijual pada harga tidak lebih daripada amaun yang ditetapkan dan dibawa masuk ke Malaysia mengikut cara yang ditetapkan;
“penjual” ertinya seseorang, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia, yang menjual barang bernilai rendah di platform dalam talian atau mengendalikan suatu pasaran dalam talian untuk penjualan dan pembelian barang bernilai rendah;
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
“penjual berdaftar” ertinya mana-mana penjual yang berdaftar di bawah seksyen 13.
Pemakaian
Bahagian VIII, IX, IXA, dan XIII, dan seksyen 3, 14, 15, 16, 32,
36, 37, 40, 41A, 43, 44, 45, 46, 47, 57A, 76 dan 96 tidak terpakai kepada barang bernilai rendah.
Pemakaian dalam wilayah dan luar wilayah
Walau apa pun subseksyen (1), Bahagian ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, melepasi had geografi Malaysia dan perairan wilayah Malaysia, jika orang itu—
berdaftar di bawah seksyen 13 sebagai penjual berdaftar.
Paparan maklumat pada bungkusan
Tiap-tiap penjual berdaftar hendaklah mengemukakan kepada
Ketua Pengarah butir-butir yang ditetapkan yang hendaklah dipaparkan pada bungkusan barang bernilai rendah mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Cukai Jualan 25
Cukai jualan ke atas pengimportan tidak terpakai ke atas barang bernilai rendah
Walau apa pun perenggan 8(1)(b), tiada cukai jualan boleh dilevikan ke atas barang bernilai rendah jika dapat dibuktikan kepada pegawai cukai jualan yang hak bahawa cukai jualan telah dikenakan oleh penjual berdaftar dan dibayar ke atas barang bernilai rendah itu.
Bahagian IV
Tanggungan untuk berdaftar
Tertakluk pada subseksyen (3), mana-mana pengilang barang bercukai bertanggungan untuk berdaftar pada masa yang berikut, mana-mana yang lebih awal:
pada akhir mana-mana bulan, jika jumlah nilai jualan semua barang bercukainya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu telah melebihi jumlah nilai jualan barang bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen (1); atau
pada akhir mana-mana bulan, jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai jualan semua barang bercukainya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah nilai jualan barang bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen (1).
Jumlah nilai jualan semua barang bercukai seorang pengilang dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu yang disebut dalam perenggan (2)(a) tidak boleh diambil kira jika—
pendaftaran pengilang itu dibatalkan, selain di bawah subseksyen 19(3), dalam tempoh itu; dan 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa sebelum pendaftaran pengilang itu dibatalkan, dia telah memberikan semua maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi menentukan sama ada untuk membatalkan pendaftaran itu atau tidak.
Jika mana-mana orang menggantikan apa-apa perniagaan pengilang berdaftar sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 11(4), orang itu hendaklah disifatkan sebagai pengilang yang bertanggungan untuk berdaftar pada tarikh dia menggantikan perniagaan itu.
Permohonan bagi pendaftaran
Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima,
Ketua Pengarah boleh meluluskan pendaftaran itu, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya.
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan pengilang di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bagi bulan selepas bulan yang permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat atau dari tarikh yang lebih awal sebagaimana yang dipersetujui antara Ketua
Pengarah dengan pengilang itu tetapi tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh pengilang itu menjadi bertanggungan untuk berdaftar.
Jika mana-mana pengilang tidak mematuhi subseksyen (1),
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan pengilang itu pada tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tetapi tidak boleh lebih awal daripada tarikh pengilang itu bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12.
Cukai Jualan 27
Mana-mana pengilang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.
Pendaftaran sukarela
Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima,
Ketua Pengarah boleh meluluskan pendaftaran itu dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukannya tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya.
Arahan untuk menganggap orang sebagai orang kena cukai tunggal
orang yang dinamakan dalam arahan itu dianggap sebagai orang kena cukai tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan yang diperihalkan dalam arahan itu berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu; dan
orang kena cukai tunggal yang disebut dalam perenggan (a)
didaftarkan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu.
Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan sama ada apa-apa pengasingan aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat, hendaklah diambil kira setakat yang orang yang berlainan yang menjalankan aktiviti perniagaan itu berkait rapat antara satu sama lain melalui hubungan kewangan, ekonomi dan organisasi.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Ketua Pengarah boleh membuat arahan di bawah subseksyen (1)
dengan menamakan mana-mana orang jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa—
aktiviti yang dalam penjalanannya orang itu mengilang atau telah mengilang barang bercukai itu menjadi hanya sebahagian daripada aktiviti tertentu dalam perniagaan itu dan bahawa aktiviti lain dalam perniagaan itu, sama ada atau tidak aktiviti lain itu serupa dengan aktiviti yang dijalankan oleh orang itu, sedang dijalankan serentak atau dijalankan sebelum itu, atau kedua-duanya, oleh seorang yang lain atau lebih daripada seorang yang lain; dan
jika semua barang bercukai yang dikilangkan dalam perniagaan itu diambil kira, orang yang menjalankan perniagaan itu akan, pada masa arahan itu dibuat, dikehendaki untuk berdaftar menurut kuasa seksyen 12.
Apa-apa arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada setiap orang yang dinamakan dalam arahan itu.
Jika, selepas suatu arahan dibuat di bawah subseksyen (1),
Ketua Pengarah mendapati bahawa mana-mana orang yang tidak dinamakan dalam arahan itu mengilang barang bercukai dalam penjalanan aktiviti yang sepatutnya dianggap sebagai sebahagian daripada aktiviti perniagaan itu, Ketua Pengarah boleh membuat dan menyampaikan kepada orang itu suatu arahan tambahan dengan menambah nama orang itu kepada nama orang yang dinamakan dalam arahan di bawah subseksyen (1).
Apabila nama orang itu ditambah dalam arahan di bawah subseksyen (5), orang itu hendaklah dianggap sebagai orang kena cukai tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan yang diperihalkan dalam arahan di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu.
Jika, sebaik sebelum apa-apa arahan termasuk suatu arahan tambahan dibuat, mana-mana orang yang dinamakan dalam arahan
Cukai Jualan 29
itu telah didaftarkan berkenaan dengan barang bercukai yang dikilangkan olehnya sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (3) atau (5), pendaftarannya hendaklah dibatalkan oleh
Ketua Pengarah berkuat kuasa dari tarikh orang kena cukai tunggal itu didaftarkan di bawah subseksyen (1).
Apabila pendaftaran dibatalkan di bawah subseksyen (7), orang yang pendaftarannya telah dibatalkan bersama dengan semua orang lain yang dinamakan dalam arahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dianggap sebagai orang kena cukai tunggal.
Berhubung dengan suatu perniagaan yang dinyatakan dalam suatu arahan, orang yang dinamakan dalam arahan itu bersama dengan mana-mana orang yang dinamakan dalam suatu arahan tambahan yang berhubungan dengan perniagaan itu, sebagai orang yang bersama-sama dianggap sebagai orang kena cukai tunggal, disebut sebagai
“anggota konstituen” dalam subseksyen (10) dan (11).
Jika apa-apa arahan dibuat di bawah subseksyen (1)—
orang kena cukai tunggal yang menjalankan perniagaan yang dinyatakan dalam arahan itu hendaklah didaftarkan atas apa-apa nama sebagaimana yang dicadangkan oleh orang yang dinamakan dalam arahan itu secara bersama melalui notis secara bertulis yang diberikan kepada Ketua Pengarah tidak lewat daripada empat belas hari selepas tarikh arahan itu disampaikan kepada orang yang terakhir daripada orang yang dinamakan dalam arahan itu atau, jika tiada apa-apa cadangan, atas apa-apa nama yang dinyatakan dalam arahan itu;
apa-apa barang bercukai yang dikilangkan oleh salah seorang anggota konstituen dalam penjalanan aktiviti orang kena cukai tunggal itu hendaklah dianggap sebagai barang bercukai yang dikilangkan oleh orang kena cukai tunggal itu;
setiap anggota konstituen hendaklah secara bersesama dan berasingan bertanggungan bagi apa-apa cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar oleh orang kena cukai tunggal itu;
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
tanpa menjejaskan perenggan (c), apa-apa kegagalan oleh orang kena cukai tunggal untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah dianggap sebagai kegagalan oleh setiap anggota konstituen secara berasingan; dan
tertakluk pada perenggan (a) hingga (d), anggota konstituen hendaklah dianggap sebagai suatu perkongsian yang menjalankan perniagaan orang kena cukai tunggal itu dan apa-apa persoalan mengenai skop aktiviti perniagaan itu pada bila-bila masa hendaklah ditentukan dengan sewajarnya.
Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa mana-mana orang yang merupakan salah seorang daripada anggota konstituen tidak boleh lagi dianggap sedemikian bagi maksud perenggan (10)(c) dan
dan Ketua Pengarah memberikan notis secara bertulis bagi maksud sedemikian, orang itu—
tidak lagi mempunyai apa-apa tanggungan menurut kuasa perenggan (10)(c) dan (d) bagi apa-apa jua yang dilakukan selepas tarikh yang dinyatakan dalam notis itu; dan
pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, hendaklah dianggap sebagai telah terhenti menjadi anggota perkongsian yang disebut dalam perenggan (10)(e).
Pendaftaran perkongsian
orang yang menjalankan perniagaan dalam suatu perkongsian sebagai pengilang berdaftar hendaklah atas nama firma itu; dan
orang yang sama yang menjalankan perniagaan yang berasingan dalam suatu perkongsian sebagai pengilang berdaftar hendaklah atas nama yang berasingan bagi firma-firma itu masing-masing.
Cukai Jualan 31
Dalam menentukan sama ada barang bercukai dikilangkan oleh orang yang disebut dalam subseksyen (1), tiada apa-apa perubahan dalam perkongsian itu boleh diambil kira.
Mana-mana orang yang terhenti menjadi pekongsi dalam suatu perkongsian hendaklah—
memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis mengenai tarikh pemberhentian itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberhentian itu; dan
membayar perkadaran tanggungan perkongsian itu ke atas apa-apa cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar ke atas apa-apa barang bercukai yang dikilangkan oleh perkongsian itu sehingga tarikh pemberhentian itu.
Jika mana-mana orang terhenti menjadi pekongsi dalam suatu perkongsian di bawah subseksyen (3) dalam apa-apa tempoh bercukai, apa-apa notis, sama ada mengenai taksiran atau selainnya, yang disampaikan kepada perkongsian itu dan yang berhubungan dengan tempoh bercukai itu atau dengan apa-apa tempoh bercukai yang lain yang semasa keseluruhan atau sebahagian daripada tempoh bercukai itu dia ialah pekongsi dalam perkongsian itu, hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan juga kepadanya.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa notis, sama ada mengenai taksiran atau selainnya, yang dialamatkan kepada suatu perkongsian mengikut nama yang dengannya perkongsian itu didaftarkan di bawah Akta ini, dan disampaikan mengikut Akta ini hendaklah disifatkan—
jika subseksyen (4) terpakai, sebagai telah disampaikan dengan sewajarnya kepada mana-mana pekongsi yang terdahulu.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Subseksyen (1) dan (3) tidaklah menjejaskan takat yang seorang pekongsi bertanggungan bagi cukai jualan yang terhutang oleh firma itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Jika seseorang itu merupakan pekongsi dalam suatu firma dalam sebahagian daripada suatu tempoh bercukai sahaja, tanggungannya bagi cukai jualan ke atas jualan barang bercukai oleh firma itu dalam tempoh bercukai itu hendaklah mengikut perkadaran tanggungan firma itu sebagaimana yang patut.
Jika apa-apa notis dikehendaki supaya diberikan oleh suatu perkongsian di bawah Akta ini, hendaklah menjadi tanggungan bersesama dan berasingan semua pekongsi untuk memberikan notis itu, kecuali jika suatu notis diberikan oleh mana-mana pekongsi, ia hendaklah dianggap sebagai pematuhan yang mencukupi bagi kehendak itu.
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (3)(a) atau (b)
melakukan suatu kesalahan.
Bagi maksud seksyen ini, suatu perkongsian tidak termasuk suatu perkongsian liabiliti terhad.
Pemberhentian tanggungan untuk berdaftar
Seorang pengilang berdaftar tidak terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar menurut kuasa subseksyen (1) jika
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa sebab bagi jumlah nilai jualan semua barang bercukainya tidak melebihi jumlah nilai jualan barang bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen 12(1) adalah dalam
Cukai Jualan 33
tempoh dua belas bulan yang disebut dalam subseksyen (1) dia berhenti mengilangkan barang bercukai itu secara sementara, atau menggantung pengilangan barang bercukai itu untuk tempoh tiga puluh hari atau lebih.
Pemberitahuan pemberhentian tanggungan
yang terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 17, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberitahu
Ketua Pengarah secara bertulis mengenai hakikat itu dan tarikh pemberhentian itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberhentian itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Pembatalan pendaftaran
Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah seksyen 18 dan
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pengilang berdaftar telah berhenti mengilang barang bercukai atau telah terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 17, Ketua Pengarah boleh
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
membatalkan pendaftarannya dari tarikh pengilang berdaftar itu berhenti mengilang barang bercukai atau terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 17, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pada hari pengilang didaftarkan—
dalam hal seorang pengilang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 13, pengilang itu telah tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12 atau telah berhenti mengilang barang bercukai; atau
dalam hal seorang pengilang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 14, pengilang itu telah tidak mengilang barang bercukai atau telah berhenti mengilang barang bercukai,
Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pengilang itu berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam pemberitahuan secara bertulis kepada pengilang itu.
Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran seorang pengilang berdaftar di bawah subseksyen 14(2) jika pengilang berdaftar itu memungkiri apa-apa syarat yang dikenakan berhubung dengan pendaftaran itu berkuat kuasa dari tarikh kemungkiran itu atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh, atas permohonan oleh pengilang berdaftar, membatalkan pendaftaran pengilang berdaftar itu jika pengilang berdaftar itu telah dikecualikan daripada pendaftaran menurut subseksyen 20(1).
Pengecualian daripada pendaftaran
Walaupun mana-mana orang dikecualikan menurut kuasa subseksyen (1), orang itu boleh memohon untuk didaftarkan sebagai pengilang berdaftar dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi orang itu.
Bahagian V
BALIK, DSB.
Invois
Tiada invois yang menunjukkan suatu amaun yang berupa sebagai cukai jualan boleh dikeluarkan ke atas penjualan apa-apa barang—
Amaun cukai jualan yang kena dibayar hendaklah dipungut oleh pengilang berdaftar daripada pembeli sebagai tambahan kepada harga dan apa-apa amaun lain yang terhutang dan kena dibayar oleh pembeli itu berkenaan dengan barang bercukai itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)
melakukan suatu kesalahan.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Pengeluaran invois oleh komputer
Bagi maksud mana-mana peruntukan di bawah Akta ini yang berhubungan dengan suatu invois, pengilang berdaftar hendaklah dianggap sebagai telah mengeluarkan suatu invois kepada pembeli walaupun tiada penyerahan apa-apa dokumen yang setara dengannya dalam bentuk kertas kepada pembeli itu jika butir-butir yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen 21(1) direkodkan dalam komputer dan—
dikeluarkan atas apa-apa bahan selain kertas dan diserahkan kepada pembeli itu.
Nota kredit dan nota debit
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, atas permintaan secara bertulis oleh pengilang berdaftar dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan olehnya patut dikenakan, meluluskan mana-mana satu atau lebih butir-butir yang ditetapkan untuk tidak dikandung dalam suatu nota kredit atau nota debit.
Kewajipan untuk menyimpan rekod
semua rekod jualan barang bercukai oleh atau kepada orang kena cukai itu termasuk invois, resit, nota debit dan nota kredit;
Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah—
dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu;
disimpan di Malaysia, kecuali jika diluluskan selainnya oleh
Ketua Pengarah dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya.
Jika rekod itu adalah dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkan rekod itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan.
Jika rekod itu pada asalnya dalam bentuk manual dan kemudiannya ditukar ke dalam bentuk elektronik, rekod itu hendaklah dikekalkan dalam bentuk asalnya sebelum penukaran itu.
Suatu salinan rekod itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding setakat yang sama sebagaimana rekod itu sendiri.
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Tempoh bercukai
Cukai Jualan 37
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh menentukan tempoh bercukai yang berbeza berkenaan dengan petroleum tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah.
Orang kena cukai boleh memohon secara bertulis kepada
Ketua Pengarah untuk suatu tempoh bercukai selain tempoh sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).
Ketua Pengarah boleh, apabila apa-apa permohonan di bawah subseksyen (3) diterima—
membenarkan permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah tempoh sebagaimana yang dipohon;
menolak permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah kekal sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1);
atau
mengubah tempoh bagi tempoh bercukai atau tarikh tempoh bercukai bermula atau berakhir.
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menetapkan semula orang kena cukai kepada mana-mana tempoh bercukai selain tempoh yang telah ditentukan kepadanya sebelum itu di bawah subseksyen (1), (2) atau (4).
Cukai Jualan 39
Pengemukaan penyata dan pembayaran cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar
Jika tempoh bercukai telah diubah di bawah perenggan 25(4)(c)
dan walau apa pun subseksyen (1), penyata itu hendaklah dikemukakan dalam masa tiga puluh hari dari berakhirnya tempoh bercukai yang diubah itu.
Mana-mana pengilang berdaftar yang terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 17 atau berhenti mengilang barang bercukai di bawah seksyen 18 hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas pemberhentian sedemikian, atau apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang dibenarkan oleh
Ketua Pengarah, mengemukakan suatu penyata yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh bercukai yang terakhir itu yang dalamnya pengilang itu didaftarkan.
Jika mana-mana pengilang berdaftar yang berhenti menjalankan perniagaan sebagai pengilang mempunyai stok apa-apa barang bercukai yang baginya cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar belum dibayar dan jika subseksyen 11(4) tidak terpakai, pengilang berdaftar itu hendaklah memasukkan butir-butir barang itu dalam penyata yang hendaklah dikemukakan olehnya bagi tempoh bercukai terakhirnya seolah-olah barang itu telah dijual olehnya semasa tempoh bercukai itu, dan dia hendaklah membayar cukai jualan dengan sewajarnya.
Mana-mana orang kena cukai yang dikehendaki untuk mengemukakan penyata di bawah seksyen ini hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar olehnya berkenaan dengan tempoh bercukai yang
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
berhubungan dengan penyata itu tidak lewat daripada hari terakhir yang dia dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu.
Penyata yang disebut dalam subseksyen (1), (2), (3) dan (4)
hendaklah dikemukakan sama ada terdapat cukai jualan yang kena dibayar atau tidak.
Mana-mana orang kena cukai yang—
mengemukakan suatu penyata yang tidak betul, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Jika apa-apa cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang kena cukai selepas hari terakhir cukai jualan itu telah genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (5) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang kena cukai itu hendaklah membayar—
untuk tempoh tiga puluh hari pertama yang cukai jualan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (5), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai jualan itu yang masih belum dibayar;
untuk tempoh tiga puluh hari kedua yang cukai jualan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (5), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai jualan itu yang masih belum dibayar; dan
untuk tempoh tiga puluh hari ketiga yang cukai jualan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (5), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas
Cukai Jualan 41
peratus daripada amaun cukai jualan itu yang masih belum dibayar.
Mana-mana orang kena cukai yang tidak membayar kepada
Ketua Pengarah amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tertakluk pada subseksyen (12), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (9) boleh dimulakan selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan 8(c).
Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subseksyen (9), mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang kena cukai yang disabitkan dengan kesalahan di bawah subseksyen (9) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (8).
Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (9)
boleh dimulakan terhadap mana-mana orang kena cukai yang telah membayar amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen (8) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (8).
Kuasa untuk menaksir
mengemukakan suatu penyata yang didapati oleh
Ketua Pengarah sebagai tidak lengkap atau tidak betul,
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Ketua Pengarah boleh menaksir mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar di bawah subseksyen 26(8), jika ada, oleh orang kena cukai itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang kena cukai itu tentang taksiran itu secara bertulis.
Jika suatu amaun telah dibayar kepada mana-mana orang sebagai pembayaran balik cukai jualan di bawah Akta ini yang sepatutnya tidak dibayar kepadanya, Ketua Pengarah boleh menaksir amaun pembayaran balik itu sebagai cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar olehnya dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu tentang taksiran itu secara bertulis.
Taksiran di bawah subseksyen (1) dan (2) tidak boleh dibuat lebih daripada enam tahun dari tarikh cukai jualan itu telah genap masa dan kena dibayar atau dari tarikh pembayaran balik cukai jualan itu telah dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali jika pada pendapat Ketua Pengarah apa-apa bentuk fraud atau keingkaran sengaja telah dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang berhubung dengan cukai jualan atau pembayaran balik itu,
Ketua Pengarah boleh, bagi maksud menampung apa-apa kehilangan cukai jualan atau pembayaran bayaran balik cukai jualan yang boleh dikaitkan dengan fraud atau keingkaran sengaja itu, membuat suatu taksiran pada bila-bila masa.
Pegawai cukai jualan yang hak boleh menaksir cukai jualan yang kena dibayar ke atas apa-apa barang bercukai yang diimport oleh mana-mana orang.
Jika mana-mana orang kena cukai telah mendapat kawalan ke atas mana-mana barang bercukai atau telah mengimport mana-mana barang bercukai, Ketua Pengarah boleh menghendaki orang kena cukai itu untuk mengakaunkan barang bercukai itu.
Jika orang kena cukai tidak mengakaunkan barang bercukai di bawah subseksyen (5) oleh sebab—
barang bercukai itu telah hilang atau musnah,
Ketua Pengarah boleh menaksir mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai jualan yang sepatutnya boleh dikenakan berkenaan dengan barang bercukai itu jika barang itu telah dijual olehnya dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang kena cukai itu tentang taksiran itu secara bertulis.
Jika—
Ketua Pengarah telah membuat suatu taksiran cukai jualan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan perenggan (1)(a)
atau (b);
cukai jualan yang ditaksir di bawah perenggan (a) telah dibayar tetapi tiada penyata dikemukakan bagi tempoh bercukai yang berhubungan dengan taksiran itu; dan
orang kena cukai tidak mengemukakan suatu penyata bagi apa-apa tempoh bercukai yang berikutnya,
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menaksir suatu amaun cukai jualan yang lebih tinggi daripada amaun yang selainnya patut dipertimbangkannya sebagai wajar.
Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa amaun yang sepatutnya telah ditaksir dalam suatu taksiran di bawah subseksyen (1), (2), (4), (6) atau (7) melebihi amaun yang ditaksir sedemikian, dia boleh—
dalam hal orang kena cukai, dalam tempoh bercukai yang dalamnya taksiran itu sepatutnya telah dibuat,
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
membuat suatu taksiran tambahan bagi amaun yang terlebih itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis dengan sewajarnya.
Jika amaun cukai jualan dan penalti, jika ada, telah ditaksir dan diberitahu menurut subseksyen (1), (2), (6) atau (8), ia hendaklah disifatkan sebagai suatu amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar, oleh orang itu dan boleh didapatkan balik dengan sewajarnya dan amaun cukai jualan dan penalti itu, jika ada, hendaklah dibayar oleh orang itu, sama ada atau tidak orang itu merayu terhadap taksiran itu, kepada Ketua Pengarah melainkan jika atau kecuali setakat taksiran itu ditarik balik atau dikurangkan oleh Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa pengubahan atau pertambahan kepada taksiran yang dibuat di bawah seksyen ini sebagaimana yang difikirkan patut olehnya untuk memastikan taksiran itu betul dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis.
Mengimbangi cukai belum bayar terhadap pembayaran balik atau pulang balik
Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika mana-mana orang tidak membayar, secara keseluruhannya atau sebahagiannya—
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini;
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah
*Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64];
*CATATAN—Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64] telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2014 dan 1 April 2015—lihat seksyen 178 Akta 762. Akta 762 telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan
(Pemansuhan) 2018 [Akta 805]. Seterusnya, Akta 805 telah dimansuhkan.
Cukai Jualan 45
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah
*Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151];
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah
Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807];
apa-apa amaun cukai barang dan perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah
**Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762];
apa-apa amaun duti kastam, atau apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah
Akta Kastam 1967; atau
apa-apa amaun duti eksais, atau apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah
Akta Eksais 1976,
Ketua Pengarah boleh mengimbangkan, terhadap amaun yang masih belum dibayar yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (e), (f)
dan (g), apa-apa amaun atau mana-mana bahagian daripada apa-apa amaun pembayaran balik atau pulang balik yang kena dibayar kepada orang itu dan Ketua Pengarah hendaklah menganggap amaun yang diimbangkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada orang itu.
*CATATAN—Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151] telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2014 dan 1 April 2015—lihat seksyen 181 Akta 762. Akta 762 telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan
(Pemansuhan) 2018 [Akta 805]. Seterusnya, Akta 805 telah dimansuhkan.
**CATATAN—Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] telah dimansuhkan oleh
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 [Akta 805] yang berkuat kuasa pada 1 September 2018—lihat seksyen 3 Akta 805. Seterusnya, Akta 805 telah dimansuhkan.
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Mendapatkan balik cukai jualan, dsb., sebagai hutang sivil
Jika suatu invois menunjukkan jualan barang bercukai sebagai telah berlaku dengan cukai jualan yang boleh dikenakan ke atas barang itu, maka hendaklah boleh didapatkan balik daripada orang yang mengeluarkan invois itu suatu amaun yang bersamaan dengan—
sekian banyak daripada jumlah amaun yang ditunjukkan sebagai kena dibayar yang akan dianggap sebagai merupakan cukai jualan, jika cukai jualan itu tidak ditunjukkan secara berasingan dalam invois itu, bagi penjualan barang bercukai itu.
Subseksyen (2) hendaklah terpakai sama ada atau tidak—
penjualan barang bercukai yang ditunjukkan pada invois itu sebenarnya berlaku atau telah berlaku atau amaun yang ditunjukkan sebagai cukai jualan atau apa-apa amaun cukai jualan boleh dikenakan atau telah boleh dikenakan ke atas penjualan barang bercukai itu; atau
orang yang mengeluarkan invois itu ialah seorang pengilang berdaftar,
Cukai Jualan 47
dan apa-apa amaun yang boleh didapatkan balik daripada orang itu di bawah subseksyen (2) hendaklah boleh didapatkan balik sedemikian dan hendaklah selainnya boleh didapatkan balik sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan.
Dalam apa-apa prosiding untuk mendapatkan balik cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua
Pengarah—
yang menyatakan bahawa apa-apa cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun yang ditunjukkan dalam perakuan itu sebagai yang terhutang dan kena dibayar, terakru atau kena dibayar, dalam apa-apa penyata, taksiran atau notis yang dibuat di bawah Akta ini daripada orang yang dinamakan dalam perakuan itu; dan
yang memberikan alamat orang itu dan yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa notis taksiran, hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun itu sebagai yang terhutang dan kena dibayar, terakru atau kena dibayar, dalam apa-apa penyata, taksiran atau notis dan hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi untuk mahkamah memberikan penghakiman bagi amaun itu.
Apa-apa penalti yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah, bagi maksud Akta ini dan Akta Had Masa 1953 [Akta 254],
Ordinan
Had
Masa
Sabah
[Sabah
Ordinan Had Masa Sarawak [Sarawak Bab 49], mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh didapatkan balik seolah-olah penalti itu ialah cukai jualan yang terhutang dan kena dibayar di bawah Akta ini dan dengan demikian subseksyen 6(4) Akta Had Masa 1953, seksyen 3
Ordinan Had Masa Sabah atau seksyen 3 Ordinan Had Masa Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak terpakai bagi penalti itu.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Kuasa untuk memungut cukai jualan, dsb., daripada orang yang terhutang wang kepada orang kena cukai
mana-mana orang yang olehnya apa-apa wang terhutang atau terakru atau boleh menjadi terhutang dan kena dibayar kepada orang kena cukai itu;
mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau untuk orang kena cukai itu;
mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau untuk mana-mana orang lain untuk pembayaran kepada orang kena cukai itu; atau
mana-mana orang yang mempunyai kuasa daripada mana-mana orang lain untuk membayar wang kepada orang kena cukai itu, supaya membayar kepada Ketua Pengarah dengan serta-merta, atau dalam masa yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, wang itu, yang bukan gaji atau upah yang terhutang atau terakru kepada orang kena cukai itu, atau sekian banyak daripada wang itu yang cukup untuk membayar jumlah wang yang terhutang dan kena dibayar, terakru atau kena dibayar, oleh orang kena cukai itu sebagaimana yang disebut terdahulu.
Suatu salinan notis di bawah subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada orang kena cukai di alamatnya yang terakhir diketahui.
Semua bayaran yang dibuat menurut suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat bagi pihak
Cukai Jualan 49
orang kena cukai itu dan dengan kuasa daripada orang kena cukai itu dan daripada semua orang lain yang berkenaan.
Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberikan kepadanya maklumat—
mengenai apa-apa wang, dana atau aset yang boleh dipegang oleh orang itu bagi pihak mana-mana orang lain; atau
mengenai apa-apa wang yang terhutang dan kena dibayar olehnya kepada mana-mana orang lain.
Mendapatkan balik cukai jualan sebelum kena dibayar daripada orang yang hendak meninggalkan Malaysia
Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang hendak atau berkemungkinan akan meninggalkan Malaysia sebelum apa-apa cukai jualan yang genap masa olehnya menjadi kena dibayar mengikut peruntukan Akta ini, cukai jualan itu hendaklah, jika difikirkan patut oleh Ketua Pengarah, kena dibayar pada apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan orang itu hendaklah diberitahu dengan sewajarnya.
Mendapatkan balik cukai jualan, dsb., daripada orang yang hendak meninggalkan Malaysia tanpa membayar cukai jualan, dsb.
apa-apa cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar olehnya di bawah subseksyen 26(5);
apa-apa penalti yang kena dibayar olehnya di bawah subseksyen 26(8);
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
apa-apa wang lain yang boleh didapatkan balik daripadanya di bawah Akta ini,
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan kepada Ketua Pengarah
Imigresen suatu notis yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan kesalahan yang dilakukan dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dia membayar cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayarannya.
Tertakluk pada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan imigresen, Ketua Pengarah Imigresen yang menerima permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan seseorang hendaklah menjalankan segala langkah yang boleh termasuk mengambil dan menahan apa-apa perakuan pengenalan, pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain berhubung dengan orang itu sebagaimana yang perlu untuk menguatkuasakan permintaan itu.
Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan notis di bawah subseksyen (1) disampaikan secara ke diri atau melalui pos berdaftar kepada orang yang berhubungan dengan notis itu.
Ketidakterimaan notis di bawah subseksyen (1) oleh orang yang disebut dalam subseksyen
Jika orang yang berkenaan dengannya suatu notis telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan, pada atau selepas tarikh notis itu, suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa semua cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang dinyatakan dalam notis itu telah dibayar, atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi
Cukai Jualan 51
pembayarannya, pernyataan itu hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi untuk membenarkan orang itu meninggalkan Malaysia.
Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau dibuat terhadap Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai awam lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan dengan sah di bawah seksyen ini.
Pembayaran secara ansuran
Jika cukai jualan dibenarkan untuk dibayar secara ansuran, penalti di bawah subseksyen 26(8) hendaklah terhenti dikira dari tarikh
Ketua Pengarah membenarkan pembayaran secara ansuran itu.
Jika berlaku keingkaran dalam pembayaran apa-apa ansuran di bawah subseksyen (1) pada tarikh genap masanya bagi pembayaran baki amaun yang genap masa dan kena dibayar, keseluruhan baki belum jelas itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh itu dan hendaklah, tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan kepada orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang terhutang itu, tertakluk pada suatu surcaj yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada baki itu dan surcaj itu hendaklah boleh didapatkan balik seolah-olah surcaj itu adalah terhutang dan kena dibayar di bawah Akta ini.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) dan (3) boleh menjejaskan penjalanan hak dan kuasa di bawah seksyen ini oleh
Ketua Pengarah untuk menyita atau menjual apa-apa barang kepunyaan orang yang bertanggungan untuk membayar apa-apa cukai jualan, penalti atau surcaj untuk mendapatkan balik amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan (3) atau apa-apa baki belum jelas daripada cukai jualan, penalti atau surcaj.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Barang yang tertakluk pada kawalan kastam atau eksais tidak boleh diserahkan sehingga cukai jualan dibayar sebagaimana yang dituntut
Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana orang boleh mendapatkan serahan petroleum bercukai yang diimport daripada kawalan kastam atau kawalan eksais sama ada atau tidak apa-apa bahagian atau kesemua cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar ke atas petroleum bercukai itu telah dibayar.
Tanggungan pengarah, dsb.
pegawai pematuhan yang dilantik dalam kalangan pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu atau jika tiada pegawai pematuhan dilantik sedemikian, mana-mana pekongsi atau semua pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu;
orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan kumpulan orang itu,
Cukai Jualan 53
Opening note
Berhubung dengan suatu syarikat yang sedang digulung, pengarah syarikat itu hendaklah hanya bertanggungan jika aset syarikat itu tidak mencukupi untuk menjelaskan amaun yang terhutang, selepas membayar apa-apa jumlah wang yang mempunyai keutamaan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] berhubung dengan penggunaan aset syarikat itu dalam penggulungan itu berbanding dengan cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain itu.
Bahagian VI
PEREMITAN DAN PEMOTONGAN
Kuasa Menteri untuk mengecualikan dan membayar balik
apa-apa barang atau kelas barang daripada keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai jualan; atau
mana-mana orang atau golongan orang daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai jualan yang boleh dikenakan dan dilevikan ke atas apa-apa barang bercukai yang dikilang atau diimport.
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
Menteri boleh, dalam apa-apa hal tertentu dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya—
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai jualan yang boleh dikenakan dan dilevikan ke atas apa-apa barang bercukai yang dikilang atau diimport;
mengecualikan mana-mana pengilang berdaftar atau kelas pengilang berdaftar daripada mengenakan dan memungut cukai jualan ke atas barang bercukai; atau
mengarahkan Ketua Pengarah supaya membuat bayaran balik kepada mana-mana orang atau golongan orang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai jualan atau penalti yang telah dibayar oleh orang atau golongan orang itu.
Jika pengilang berdaftar menjual apa-apa barang bercukai kepada seseorang atau golongan orang yang dikecualikan di bawah perenggan (1)(b) atau (3)(a), pengilang berdaftar itu hendaklah dikecualikan daripada mengenakan dan memungut cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar ke atas barang bercukai itu.
Jika mana-mana orang yang dikecualikan di bawah perenggan (1)(b) atau (3)(a) tidak mematuhi apa-apa syarat yang berhubungan dengan pengecualian itu, apa-apa cukai jualan yang menjadi perkara kepada pengecualian itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar oleh orang itu pada tarikh mana-mana syarat itu tidak dipatuhi.
Jika seseorang yang telah diberikan pengecualian di bawah perenggan (1)(b) atau (3)(a) telah membayar apa-apa cukai jualan yang berhubungan dengan pengecualian itu dan yang telah diberikan kelulusan oleh Menteri untuk pembayaran balik amaun cukai jualan yang telah dibayar, orang itu berhak bagi pembayaran balik itu.
Pembayaran balik melalui pemotongan cukai jualan
Jika selepas pemotongan dibuat di bawah subseksyen (1), terdapat apa-apa baki dalam amaun pembayaran balik, baki itu hendaklah dibayar balik kepada pengilang berdaftar oleh
Ketua Pengarah.
Walau apa pun subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh memegang keseluruhan atau mana-mana bahagian amaun yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (2) untuk dikreditkan kepada apa-apa tempoh bercukai berikutnya atau seterusnya dan
Ketua Pengarah hendaklah menganggap amaun yang dikreditkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada pengilang berdaftar.
Tuntutan bagi pembayaran balik cukai jualan berhubung dengan hutang lapuk
keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai jualan yang kena dibayar kepada orang itu telah dihapus kira dalam akaunnya sebagai hutang lapuk; dan
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa segala usaha yang munasabah telah dibuat oleh orang itu untuk mendapatkan balik cukai jualan itu.
Jika orang yang membuat tuntutan bagi pembayaran balik di bawah subseksyen (1) berhubung dengan hutang lapuk—
tidak menerima apa-apa bayaran berkenaan dengan jualan barang bercukai itu, orang itu boleh membuat tuntutan bagi
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
pembayaran balik bagi keseluruhan cukai jualan yang telah dibayar itu; atau
telah menerima apa-apa bayaran berkenaan dengan barang bercukai itu, orang itu boleh membuat tuntutan bagi perbezaan antara cukai jualan yang telah dibayar dengan amaun yang dikira mengikut formula yang berikut:
A x C
B iaitu
A ialah bayaran yang diterima berkenaan dengan jualan barang bercukai itu;
B ialah nilai jualan barang bercukai itu ditambah dengan cukai jualan yang kena dibayar ke atas barang bercukai itu; dan
C ialah cukai jualan yang kena dibayar ke atas barang bercukai itu.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh membuat tuntutan bagi pembayaran balik keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa cukai jualan berhubung dengan hutang lapuk dalam masa enam tahun dari tarikh cukai jualan dibayar olehnya dan
Ketua Pengarah boleh membayar balik keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai jualan itu selepas berpuas hati bahawa orang itu telah membuktikan tuntutan itu dengan sewajarnya.
Bagi maksud seksyen ini, “hutang lapuk” ertinya amaun belum jelas bagi bayaran berkenaan dengan jualan barang bercukai termasuk cukai jualan yang terhutang kepada seseorang yang merupakan, atau terhenti menjadi, pengilang berdaftar tetapi tidak dibayar kepada, dan tidak boleh didapatkan balik oleh, orang itu.
Cukai Jualan 57
Pembayaran semula cukai jualan berhubung dengan hutang lapuk
Jika pembayaran balik cukai jualan telah dibuat di bawah seksyen 36 oleh Ketua Pengarah kepada orang yang disebut dalam subseksyen 36(1) dan apa-apa bayaran berkenaan dengan jualan barang bercukai yang baginya cukai jualan itu kena dibayar kemudiannya diterima oleh orang itu, orang itu hendaklah membayar semula kepada Ketua Pengarah suatu amaun yang dikira mengikut formula yang berikut:
A x C
B iaitu
A ialah bayaran yang diterima berkenaan dengan jualan barang bercukai itu;
B ialah nilai jualan barang bercukai itu ditambah dengan cukai jualan yang kena dibayar ke atas barang bercukai itu; dan
C ialah cukai jualan yang kena dibayar ke atas barang bercukai itu.
Pembayaran cukai jualan, dsb., yang terkurang dibayar atau dibayar balik secara silap
keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, surcaj yang terakru, atau penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar, di bawah Akta ini tidak dibayar oleh seseorang; atau
keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, surcaj yang terakru, atau
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar, selepas bayaran dibuat, telah dibayar balik secara silap kepada seseorang,
Ketua Pengarah hendaklah menuntut daripada orang itu untuk membayar cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang terkurang itu, atau untuk membayar semula bayaran balik yang dibayar kepadanya secara silap.
Tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam masa enam tahun dari tarikh—
cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu telah kena dibayar, atau cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang terkurang itu telah dibayar; atau
Apabila tuntutan di bawah subseksyen (1) diterima, orang itu hendaklah—
membayar cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang terkurang itu; atau
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), apa-apa barang kepunyaan orang yang disebut dalam subseksyen (1), yang mungkin berada dalam kawalan kastam atau kawalan eksais atau berada di suatu tempat yang dinyatakan dalam pendaftaran di bawah seksyen 13, boleh disita sehingga cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang terkurang itu, dibayar, atau bayaran balik yang telah dibayar secara silap kepadanya dibayar semula.
Jika cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu atau cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang terkurang itu, atau bayaran balik yang perlu dibayar semula masih tidak dibayar,
Cukai Jualan 59
Opening note
selepas memberikan notis secara bertulis tidak kurang daripada tiga puluh hari kepada orang itu atau ejennya jika nama dan alamat orang atau ejen itu diketahui oleh
Ketua Pengarah; atau
selepas memberikan notis yang sewajarnya dalam Warta jika nama dan alamat orang itu atau ejennya tidak diketahui oleh
Ketua Pengarah.
Hasil penjualan mana-mana barang yang disita di bawah subseksyen (4) hendaklah digunakan bagi pembayaran—
mendapatkan balik amaun yang terhutang atau caj-caj lain yang mungkin terhutang berkenaan dengan penjualan barang itu, dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar kepada orang itu, dan jika orang itu tidak dapat dikesan dalam masa satu bulan dari penjualan itu, lebihan itu hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Jika semasa penjualan mana-mana barang yang disita di bawah subseksyen (4) tiada tawaran yang mencukupi didapatkan untuk membayar cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar atau cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang terkurang yang kena dibayar atau bayaran balik yang dibayar secara silap, mengikut mana-mana yang berkenaan, barang itu hendaklah dilucuthakkan kepada Kerajaan dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Tiap-tiap penjualan secara lelong apa-apa barang yang disita di bawah subseksyen (4) hendaklah dijalankan oleh atau di hadapan seorang pegawai kanan cukai jualan.
Pembayaran balik cukai jualan, dsb., yang terlebih bayar atau dibayar secara silap
telah terlebih bayar atau membayar secara silap apa-apa cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain; atau
berhak untuk mendapatkan bayaran balik di bawah subseksyen 35(6) atau 41(3), boleh membuat tuntutan bagi pembayaran balik dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Suatu tuntutan bagi pembayaran balik di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari masa—
berlakunya kelayakan terhadap pembayaran balik di bawah subseksyen 35(6) atau 41(3).
Ketua Pengarah boleh membuat pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen (1) selepas berpuas hati bahawa orang itu telah membuktikan tuntutan itu dengan sewajarnya.
Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau tidak membenarkan apa-apa pembayaran balik yang terhutang berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen (1) setakat yang pembayaran balik itu akan dengan tidak patut memperkaya orang yang disebut dalam subseksyen (1).
Cukai Jualan 61
Suatu tuntutan bagi pembayaran balik di bawah seksyen ini hendaklah disokong oleh apa-apa keterangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
Pulang balik
Ketua
Pengarah boleh meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian surcaj yang terakru, atau penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar, di bawah Akta ini jika difikirkan patut olehnya.
Jika seseorang yang telah diberikan peremitan di bawah subseksyen (1) atau (2) telah membayar apa-apa cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang berhubungan dengan peremitan itu, dia berhak kepada suatu pembayaran balik amaun cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang telah diremitkan itu.
Permohonan untuk pemotongan cukai jualan oleh pengilang berdaftar
apa-apa peratusan cukai jualan untuk dipotong berkenaan dengan barang bercukai yang dibeli oleh mana-mana pengilang berdaftar;
Pemotongan cukai jualan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat ke atas barang bercukai yang merupakan bahan mentah, komponen, atau bahan bungkusan dan pembungkusan yang digunakan semata-mata dalam pengilangan barang bercukai.
Seorang pengilang berdaftar boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah untuk suatu pemotongan amaun cukai jualan yang telah dibayar dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen (1).
Jika
Ketua
Pengarah meluluskan permohonan untuk pemotongan cukai jualan di bawah subseksyen (2A), pemotongan itu hendaklah mengikut peratusan dan syarat yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah subseksyen (1).
Jika mana-mana pengilang berdaftar yang telah membuat pemotongan di bawah subseksyen (1) tidak mematuhi apa-apa syarat yang berhubungan dengan pemotongan itu, apa-apa cukai jualan yang menjadi perkara kepada pemotongan itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar oleh pengilang berdaftar itu pada tarikh yang mana-mana syarat itu tidak dipatuhi.
Bahagian VII
Ketetapan umum
Ketua Pengarah boleh menarik balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, apa-apa ketetapan umum yang dibuat di bawah seksyen ini.
Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika suatu ketetapan umum di bawah subseksyen (1) terpakai bagi mana-mana orang berhubung dengan suatu aktiviti perniagaan dan orang itu mengguna pakai peruntukan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam ketetapan itu, Ketua Pengarah hendaklah mengguna pakai peruntukan itu berhubung dengan orang dan aktiviti perniagaan itu mengikut ketetapan itu.
Ketetapan kastam
prinsip-prinsip yang boleh diterima pakai bagi maksud penentuan nilai jualan barang bercukai; atau
Suatu permohonan bagi ketetapan kastam di bawah subseksyen (1) boleh dibuat—
pada bila-bila masa sebelum barang itu, yang merupakan hal perkara permohonan itu, diimport atau diniatkan untuk diimport ke dalam Malaysia; atau
pada bila-bila masa sebelum barang itu, yang merupakan hal perkara permohonan itu, dikilangkan;
atau
Seorang pemohon boleh menarik balik permohonannya pada bila-bila masa sebelum suatu ketetapan kastam dibuat dan apa-apa pembayaran yang telah dibuat berhubung dengan permohonan bagi ketetapan kastam itu hendaklah dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah.
Membuat ketetapan kastam
Mana-mana ketetapan kastam yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh menolak untuk membuat ketetapan kastam jika, pada pendapatnya—
maklumat yang diberikan oleh pemohon adalah tidak mencukupi untuk berbuat demikian;
apa-apa rayuan yang belum selesai di bawah seksyen 96
melibatkan hal perkara yang disebut dalam permohonan itu.
Pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan ketetapan kastam
ketetapan kastam itu adalah berdasarkan suatu kesilapan fakta atau undang-undang;
terdapat perubahan dalam undang-undang yang berhubungan dengan cukai jualan; atau
terdapat perubahan dalam fakta material atau hal keadaan yang menjadi asas kepada ketetapan kastam itu.
Ketua Pengarah hendaklah, sebaik selepas membuat pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu, memberikan notis secara bertulis kepada pemohon yang disebut dalam seksyen 43 mengenai pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu dan, tertakluk pada subseksyen (3), ketetapan kastam yang dipinda, diubah suai atau dibatalkan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
Walau apa pun subseksyen (2), jika suatu ketetapan kastam mempunyai kesan dalam menyebabkan atau meningkatkan apa-apa tanggungan cukai jualan berkenaan dengan apa-apa barang bercukai, dan—
barang bercukai itu diimport dalam masa tiga bulan dari tarikh notis mengenai pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan diberikan menurut suatu kontrak yang mengikat yang dibuat sebelum tarikh itu;
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
barang bercukai itu telah dikeluarkan daripada tempat pengilangan atau gudang dalam negara yang darinya barang itu dieksport untuk penghantaran terus ke Malaysia pada tarikh notis mengenai pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan ketetapan kastam diberikan; atau
barang bercukai itu diimport pada atau sebelum tarikh notis mengenai pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu diberikan tetapi belum dilepaskan untuk kegunaan tempatan, ketetapan kastam yang telah dibuat sebelum pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan di bawah seksyen ini hendaklah diguna pakai bagi barang bercukai itu.
Walau apa pun subseksyen (2) dan tertakluk pada seksyen 39, jika pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan ketetapan kastam mempunyai kesan dalam mengurangkan apa-apa tanggungan cukai jualan berkenaan dengan apa-apa barang bercukai, apa-apa cukai jualan yang lebih tinggi yang telah dibayar hendaklah dianggap seolah-olah cukai jualan yang lebih tinggi itu telah tersilap bayar.
Ketua Pengarah hendaklah mengisytiharkan ketetapan kastam adalah terbatal, dsb.
Ketua Pengarah hendaklah, melalui suatu notis, mengisytiharkan suatu ketetapan kastam yang dibuat di bawah seksyen 44 adalah terbatal, tidak sah dan tidak mempunyai kesan jika ketetapan itu telah didapatkan oleh pemohon yang disebut dalam seksyen 43 melalui fraud, salah nyataan atau pemalsuan fakta.
Ketetapan kastam yang berbeza mengenai hal perkara yang sama
Jika pemohon yang disebut dalam seksyen 43 menerima dua atau lebih ketetapan kastam yang berbeza mengenai hal perkara yang sama, ketetapan-ketetapan itu hendaklah dianggap sebagai terbatal dan tidak sah, dan pemohon itu hendaklah dengan segera
Cukai Jualan 67
memberitahu Ketua Pengarah yang hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan itu, membuat suatu ketetapan kastam yang baharu.
Bahagian VIII
Tafsiran
Dalam Bahagian ini, “Malaysia” tidak termasuk kawasan ditetapkan dan kawasan khas.
Pemakaian
Bagi maksud Bahagian ini, Akta ini tidak terpakai bagi apa-apa barang bercukai yang dikilangkan di dalam kawasan ditetapkan selain petroleum.
Cukai jualan yang berhubungan dengan barang bercukai yang diimport ke dalam atau diangkut ke atau dari kawasan ditetapkan
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini—
tiada cukai jualan boleh dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa barang bercukai—
yang diimport ke dalam kawasan ditetapkan atau diangkut ke kawasan ditetapkan dari Malaysia;
yang diangkut dari kawasan ditetapkan ke kawasan khas,
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
selain apa-apa barang bercukai yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta;
cukai jualan hendaklah dilevikan dan kena dibayar ke atas semua barang bercukai yang diangkut ke Malaysia dari kawasan ditetapkan seolah-olah pengangkutan ke Malaysia itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; dan
nilai jualan barang bercukai yang boleh dikenakan cukai jualan mengikut perenggan (b) hendaklah ditentukan mengikut subseksyen 9(2).
Pengangkutan barang bercukai dari atau ke kawasan ditetapkan ke atau dari Malaysia
dari Malaysia ke kawasan ditetapkan, peruntukan Akta ini hendaklah, dengan apa-apa pengubahsuaian dan penyesuaian yang perlu, terpakai seolah-olah barang itu telah diimport ke dalam, atau dieksport dari, Malaysia dari atau ke suatu tempat di luar Malaysia.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Bahagian X hendaklah terpakai bagi—
barang bercukai yang diangkut ke atau dari kawasan ditetapkan dari atau ke Malaysia; dan
orang, dan kenderaan, kapal dan pesawat udara, yang mengangkut barang itu.
Cukai Jualan 69
Perisytiharan barang bercukai yang diangkut dari kawasan ditetapkan ke Malaysia
Orang yang menjaga mana-mana kenderaan, kapal atau pesawat udara yang di dalamnya barang bercukai diangkut dari kawasan ditetapkan ke Malaysia hendaklah membuat suatu perisytiharan yang secara substansialnya dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Kastam 1967 yang memberikan butir-butir mengenai barang bercukai yang diangkut di dalam kenderaan, kapal atau pesawat udara itu.
Pemungutan cukai jualan di dalam kawasan ditetapkan
bagi pemungutan di dalam kawasan ditetapkan cukai jualan yang kena dibayar berkenaan dengan barang bercukai yang diangkut atau yang hendak diangkut dari atau ke kawasan ditetapkan ke atau dari Malaysia;
bagi had atau sekatan kenderaan, kapal dan pesawat udara yang boleh digunakan untuk mengangkut barang bercukai;
dan
bagi pelesenan atau pengawalan orang, atau kenderaan, kapal atau pesawat udara, yang mengangkut barang bercukai.
Pemakaian seksyen 40 bagi barang bercukai yang diangkut ke kawasan ditetapkan
Menteri boleh mengadakan peruntukan—
Seksyen 40 hendaklah terpakai bagi barang bercukai, selain apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 50(a) sebagai kena cukai apabila diimport ke dalam kawasan ditetapkan, diangkut dari Malaysia ke kawasan ditetapkan seolah-olah barang itu telah dieksport atau dieksport semula, mengikut mana-mana yang berkenaan.
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Bahagian IX
Tafsiran
Dalam Bahagian ini, “Malaysia” tidak termasuk kawasan khas dan kawasan ditetapkan.
Pemakaian
Bagi maksud Bahagian ini, Akta ini tidak terpakai bagi apa-apa barang bercukai yang dikilangkan di dalam kawasan khas.
Cukai jualan yang berhubungan dengan barang bercukai yang diimport ke dalam atau diangkut ke atau dari kawasan khas
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini—
tiada cukai jualan boleh dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa barang bercukai—
yang diimport ke dalam kawasan khas atau diangkut ke kawasan khas dari Malaysia;
yang diangkut dari kawasan khas ke kawasan ditetapkan, selain apa-apa barang bercukai yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta;
cukai jualan hendaklah dilevikan dan kena dibayar ke atas semua barang bercukai yang diangkut ke Malaysia dari
Cukai Jualan 71
kawasan khas seolah-olah pengangkutan ke Malaysia itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; dan
nilai jualan barang bercukai yang boleh dikenakan cukai jualan mengikut perenggan (b) hendaklah ditentukan mengikut subseksyen 9(2).
Kekurangan kuantiti barang bercukai dalam kawasan khas
jika tiada bukti sebaliknya, dianggap sebagai telah mengangkut barang itu ke Malaysia secara menyalahi undang-undang; dan
bertanggungan untuk membayar cukai jualan yang boleh dilevi pada tarikh kuantiti barang itu didapati kurang seolah-olah barang itu diimport ke dalam Malaysia.
Walau apa pun subseksyen (1), jika dibuktikan kepada
Ketua Pengarah dengan memuaskan hatinya bahawa kekurangan itu telah disebabkan oleh kebocoran, kepecahan atau kemalangan lain yang tidak dapat dielakkan, Ketua Pengarah boleh meremit kesemua atau sebahagian daripada cukai jualan yang boleh dilevi atas barang yang didapati kurang itu.
Pengangkutan barang bercukai dari atau ke kawasan khas ke atau dari Malaysia
dari Malaysia ke kawasan khas, peruntukan Akta ini hendaklah, dengan apa-apa pengubahsuaian dan penyesuaian yang perlu, terpakai seolah-olah barang itu telah diimport ke dalam, atau dieksport dari, Malaysia dari atau ke suatu tempat di luar Malaysia.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Bahagian X hendaklah terpakai bagi—
barang bercukai yang diangkut ke atau dari kawasan khas dari atau ke Malaysia; dan
orang, dan kenderaan, kapal dan pesawat udara, yang mengangkut barang itu.
Perisytiharan barang bercukai yang diangkut dari kawasan khas ke Malaysia
Orang yang menjaga mana-mana kenderaan, kapal atau pesawat udara yang di dalamnya barang bercukai diangkut dari kawasan khas ke Malaysia hendaklah membuat suatu perisytiharan yang secara substansialnya dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan di bawah
Akta Kastam 1967 yang memberikan butir-butir mengenai barang bercukai yang diangkut di dalam kenderaan, kapal atau pesawat udara itu.
Pemungutan cukai jualan di dalam kawasan khas
bagi pemungutan di dalam kawasan khas cukai jualan yang kena dibayar berkenaan dengan barang bercukai yang diangkut atau yang hendak diangkut dari atau ke kawasan khas ke atau dari Malaysia;
Cukai Jualan 73
bagi had atau sekatan kenderaan, kapal atau pesawat udara yang boleh digunakan untuk mengangkut barang bercukai;
dan
bagi pelesenan atau pengawalan orang, atau kenderaan, kapal atau pesawat udara, yang mengangkut barang bercukai.
Pemakaian seksyen 40 bagi barang bercukai yang diangkut ke kawasan khas
Menteri boleh mengadakan peruntukan—
Seksyen 40 hendaklah terpakai bagi barang bercukai, selain apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 57(a) sebagai kena cukai apabila diimport ke dalam kawasan khas, diangkut dari Malaysia ke kawasan khas seolah-olah barang itu telah dieksport atau dieksport semula, mengikut mana-mana yang berkenaan.
BAHAGIAN IXA
SKIM KHAS
Skim Pengeksport Utama Diluluskan
barang bercukai itu hendaklah dieksport, atau diangkut ke kawasan ditetapkan atau kawasan khas; atau
barang bercukai itu digunakan sebagai bahan mentah, bahan bungkusan dan pembungkusan atau komponen untuk dikilangkan, yang kemudiannya hendaklah dieksport, atau diangkut ke kawasan ditetapkan atau kawasan khas sebagai
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
barang yang dikecualikan daripada cukai jualan menurut suatu perintah yang dibuat di bawah Akta ini.
Mana-mana orang yang telah diberikan suatu kelulusan di bawah Skim Pengeksport Utama Diluluskan hendaklah merekodkan cukai yang dikecualikan ke atas pengimportan, pengangkutan atau pembelian barang bercukai itu mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Jika mana-mana orang yang telah diberikan suatu kelulusan di bawah Skim Pengeksport Utama Diluluskan tidak mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan, apa-apa cukai jualan yang telah dikecualikan hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar oleh orang itu dari tarikh ketidakpatuhan syarat itu dan cukai jualan itu hendaklah dibayar mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
Bahagian X
Orang terikat untuk memberikan maklumat
Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh pegawai cukai jualan yang hak untuk mengemukakan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang dalam kuasa orang itu untuk mengemukakannya, dan yang merupakan—
barang, dokumen, artikel atau benda yang digunakan dalam mana-mana transaksi atau perkara lain yang berhubungan dengan cukai jualan; atau
Cukai Jualan 75
barang, dokumen, artikel atau benda yang menjadi kewajipan pegawai cukai jualan yang hak untuk menyiasatnya di bawah
Akta ini, hendaklah mengemukakan barang, dokumen, artikel atau benda itu.
Jika apa-apa maklumat, barang, dokumen, artikel atau benda bukan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, mana-mana pegawai cukai jualan yang hak boleh melalui notis secara bertulis menghendaki pembekal atau, atas kegagalan pembekal berbuat demikian, mana-mana orang lain, untuk mengemukakan dalam tempoh yang munasabah suatu terjemahan bagi maklumat, barang, dokumen, artikel atau benda itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai cukai jualan yang hak itu.
Mana-mana orang—
yang tidak mengemukakan suatu terjemahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan.
Kuasa untuk mengambil sampel
untuk menentukan sama ada sampel itu ialah barang daripada perihalan yang boleh dikenakan cukai jualan;
bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang difikirkannya perlu,
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
dan sampel itu boleh dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diarahkannya.
Tiada apa-apa pembayaran boleh dibuat bagi apa-apa sampel yang diambil di bawah subseksyen (1), tetapi pegawai cukai jualan yang hak hendaklah memberikan suatu resit untuk sampel itu.
Akses kepada tempat atau premis
Jika mana-mana pegawai kanan cukai jualan menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), orang yang menjalankan perniagaannya atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau di premis pada masa ia dimasuki hendaklah memberikan kepada pegawai itu segala kemudahan dan bantuan yang munasabah untuk menjalankan kewajipannya di bawah seksyen ini.
Jika mana-mana pegawai kanan cukai jualan memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut seksyen ini, dia boleh—
menghendaki pengilang atau pengimport itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengemukakan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda, yang pengilang atau pengimport itu dikehendaki untuk menyimpannya di bawah peruntukan Akta ini, atau yang berhubungan dengan mana-mana barang bercukai;
memeriksa apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda dan mengambil salinan apa-apa dokumen;
menyita dan menahan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang, pada pendapatnya, ia boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini;
Cukai Jualan 77
menghendaki mana-mana pengilang atau pengimport, atau mana-mana orang yang diambil kerja oleh pengilang atau pengimport itu, untuk menjawab soalan yang berhubungan dengan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda, atau apa-apa catatan dalam mana-mana dokumen, atau mana-mana barang bercukai;
menghendaki apa-apa bekas, sampul atau bekas muatan lain di tempat atau di premis itu dibuka;
atas risiko dan perbelanjaan pengilang atau pengimport itu, membuka dan memeriksa apa-apa bungkusan, atau apa-apa barang atau bahan, di tempat atau di premis itu; atau
Jika pegawai kanan cukai jualan yang bertindak di bawah seksyen ini tidak mendapat akses kepada mana-mana tempat atau premis di mana seseorang pengilang atau pengimport menjalankan perniagaannya, atau kepada mana-mana bekas muatan yang terdapat di dalam tempat atau premis itu, dia boleh, pada bila-bila masa, memasuki tempat atau premis itu, dan membuka bekas muatan itu mengikut apa-apa cara, jika perlu dengan kekerasan, sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya.
Jika, apabila memasuki mana-mana tempat atau premis di bawah peruntukan seksyen ini, apa-apa barang bercukai dijumpai yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan di bawah peruntukan
Akta ini telah dilakukan, barang bercukai itu boleh dilucuthakkan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.
Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer
Sebagai tambahan, seseorang pegawai kanan cukai jualan yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 64, 66, 67 dan 68—
boleh memeriksa pengendalian mana-mana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan
orang yang olehnya atau bagi pihaknya pegawai kanan cukai jualan mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki komputer itu digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu;
atau
orang yang menjaga, atau selainnya terlibat dalam, pengendalian komputer, perkakas atau bahan itu berkaitan dengan maklumat atau data itu, untuk memberi pegawai itu apa-apa bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.
Bagi maksud subseksyen (1), “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan maklumat berekod atau data berkomputer itu difahami.
Majistret boleh mengeluarkan waran geledah
untuk memasuki tempat, premis atau pengangkut itu dan untuk menggeledah dan menyita barang, dokumen, artikel atau benda; dan
untuk menangkap mana-mana orang yang berada di dalam tempat, premis atau pengangkut itu yang dalam milikannya barang, dokumen, artikel atau benda itu dijumpai atau yang disyaki dengan munasabah sebagai telah menyembunyikan atau menyimpan barang, dokumen, artikel atau benda itu.
Pegawai kanan cukai jualan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu untuk berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam tempat, premis atau pengangkut itu dan memasuki tiap-tiap bahagiannya, jika perlu dengan kekerasan;
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan untuk menggeledah atau menyita sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukannya; dan
menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di dalam tempat, premis atau pengangkut itu sehingga penggeledahan itu selesai.
Penggeledahan boleh dilakukan tanpa waran
Apabila pegawai kanan cukai jualan mendapati bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana tempat, premis atau pengangkut ada disembunyikan atau disimpan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah barang, dokumen, artikel atau
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
benda itu mungkin akan dipindahkan, dia boleh menjalankan di dalam, ke atas dan berkenaan dengan tempat, premis atau pengangkut itu, semua kuasa di bawah seksyen 66 mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat sedemikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Kuasa untuk memberhentikan dan memeriksa pengangkut
Jika dikehendaki oleh pegawai cukai jualan yang hak itu untuk berbuat demikian, orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu—
hendaklah memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai cukai jualan yang hak itu untuk memeriksanya;
tidak boleh meneruskan perjalanan sehingga kebenaran untuk berbuat demikian diberikan oleh pegawai cukai jualan yang hak itu.
Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut yang diperiksa di bawah seksyen ini hendaklah, atas permintaan pegawai cukai jualan yang hak, membuka semua bahagian pengangkut itu untuk diperiksa oleh pegawai cukai jualan yang hak itu dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan pemeriksaan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai cukai jualan yang hak itu dibuat.
Cukai Jualan 81
Penyitaan barang, dsb., yang menjadi perkara kesalahan
semua barang, dokumen, artikel atau benda yang berkenaan dengannya pegawai cukai jualan yang hak itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini, atau apa-apa kemungkiran mana-mana syarat yang tertakluk padanya suatu pendaftaran telah diluluskan di bawah seksyen 13
dan 14;
apa-apa bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang di dalamnya barang, dokumen, artikel atau benda itu mungkin telah dijumpai atau yang telah digunakan berkaitan dengan kesalahan, pelanggaran atau kemungkiran yang disebut dalam perenggan (a); dan
apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai mempunyai kaitan dengan kesalahan, pelanggaran atau kemungkiran yang disebut dalam perenggan (a).
Bagi maksud perenggan (1)(b)—
jika pengangkut itu ialah suatu kapal, kapal itu tidak boleh melebihi dua ratus tan bersih daripada tanan berdaftarnya;
atau
jika pengangkut itu ialah pesawat udara, pesawat udara itu ialah selain pesawat udara yang terlibat dalam pengangkutan antarabangsa.
Bilamana apa-apa barang, dokumen, artikel, benda, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut disita di bawah Akta ini, pegawai cukai jualan yang hak hendaklah dengan serta-merta memberikan notis secara bertulis tentang penyitaan itu dan alasan penyitaan itu kepada
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
pemunya barang, dokumen, artikel, benda, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut itu, jika diketahui, sama ada dengan menyampaikan notis itu kepadanya secara ke diri atau melalui pos ke tempat kediamannya.
Peruntukan seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan—
apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda hendaklah terpakai bagi semua kandungan apa-apa bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang di dalamnya barang, dokumen, artikel, atau benda itu dijumpai, dan apa-apa artikel yang digunakan untuk menyembunyikan barang, dokumen, artikel atau benda itu; dan
apa-apa pengangkut hendaklah terpakai bagi takal, kelengkapan dan peralatan pengangkut itu dan jika pengangkut itu ialah kenderaan haiwan, bagi mana-mana haiwan yang dengannya pengangkut itu ditarik.
Kuasa untuk mengelak
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (1) atau memindahkan barang, dokumen, artikel, benda, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Cukai Jualan 83
Pemeriksaan atau ujian berkadar barang yang disita
Jika apa-apa barang yang disita di bawah Akta ini perlu diuji, memadai untuk menguji hanya suatu sampel yang tidak melebihi lima peratus daripada isi padu atau berat barang yang diperiksa di bawah subseksyen (1).
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa barang yang terkandung di dalam bungkusan atau bekas muatan yang tidak dibuka itu adalah sama jenis, kuantiti dan kualitinya dengan barang yang dijumpai di dalam bungkusan atau bekas muatan yang seumpamanya yang telah dibuka.
Pemulangan atau pelupusan barang, dsb.
memulangkan barang itu secara sementara kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripadanya milikan, jagaan atau kawalan barang itu disita, atau kepada mana-mana orang sebagaimana yang dipertimbangkan oleh pegawai kanan cukai jualan itu sebagai berhak kepada barang itu, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh pegawai kanan cukai jualan itu dan jaminan yang mencukupi dikemukakan sehingga memuaskan hati pegawai kanan cukai jualan itu bahawa barang itu hendaklah diserahkan balik kepada pegawai kanan cukai jualan itu atas permintaan yang dibuat oleh pegawai kanan cukai jualan itu dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, hendaklah dipatuhi;
84 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
memulangkan barang itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripadanya milikan, jagaan atau kawalan barang itu disita, atau kepada mana-mana orang sebagaimana yang dipertimbangkan oleh pegawai kanan cukai jualan itu sebagai berhak kepada barang itu, dengan kebebasan bagi orang yang kepadanya barang itu dipulangkan sedemikian untuk melupuskan barang itu; atau
menjual atau memusnahkan barang itu, sebagaimana yang wajar dalam hal keadaan itu, jika barang itu ialah makhluk hidup atau jika, pada pendapat pegawai kanan cukai jualan itu, barang itu bersifat mudah rosak atau berbahaya atau mungkin merosot dengan cepat dari segi kualiti atau nilai, dan jika barang itu dijual, pegawai kanan cukai jualan itu hendaklah memegang hasil jualan untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan.
Pemulangan barang di bawah perenggan (1)(b) hendaklah tertakluk pada jaminan yang dikemukakan sehingga memuaskan hati pegawai kanan cukai jualan dalam suatu amaun yang tidak kurang daripada amaun yang, pada pendapat pegawai kanan cukai jualan itu, mewakili—
cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan barang itu, jika ada, bagi pembayaran amaun yang dijamin kepada Ketua Pengarah sekiranya mahkamah membuat suatu perintah bagi pelucuthakan di bawah seksyen 81.
Apabila mana-mana barang dipulangkan atau dilupuskan di bawah subseksyen (1), suatu dokumen yang berupa suatu perakuan mengikut subseksyen 74(2) hendaklah dikeluarkan oleh pegawai kanan cukai jualan.
Mana-mana orang yang—
Cukai Jualan 85
tidak menyerahkan balik apabila diminta kepada pegawai kanan cukai jualan barang yang dipulangkan secara sementara kepadanya di bawah perenggan (1)(a); atau
tidak mematuhi atau melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Liabiliti jenayah mana-mana orang di bawah subseksyen (4)
adalah sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain yang orang itu atau mana-mana orang lain boleh dikenakan di bawah terma dan syarat yang berhubungan dengan pemulangan barang di bawah perenggan (1)(a).
Peruntukan subseksyen (4) tidak terpakai bagi seseorang yang menjadi penggerenti atau penjamin orang yang kepadanya barang dipulangkan di bawah perenggan (1)(a).
Menteri boleh, sama ada secara am atau dalam mana-mana kes atau kelas kes tertentu, memberi apa-apa arahan kepada
Ketua Pengarah sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya atau suai manfaat berkenaan dengan penjalanan kuasa yang diberikan kepada pegawai kanan cukai jualan di bawah subseksyen (1).
Kuasa menangkap
mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba untuk melakukan, atau mengambil kerja atau menolong mana-mana orang untuk melakukan, atau bersubahat dalam pelakuan, suatu kesalahan di bawah Akta ini;
86 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah ada dalam milikannya apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang boleh disita di bawah Akta ini; atau
mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Pegawai cukai jualan yang hak boleh memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen (1) dengan syarat bahawa—
mana-mana orang yang meminta supaya dirinya diperiksa dengan kehadiran seorang pegawai kanan cukai jualan tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadiran dan di bawah penyeliaan pegawai kanan cukai jualan itu, tetapi orang itu boleh ditahan sehingga ketibaan pegawai kanan cukai jualan itu, atau dibawa ke mana-mana pejabat atau balai polis di mana pegawai kanan cukai jualan itu boleh ditemui;
barang dan bagasi orang yang meminta dirinya hadir semasa barang dan bagasi itu diperiksa dan dia menghadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadirannya; dan
tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang yang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan memberikan perhatian teliti kepada kesopanan.
Mana-mana pegawai cukai jualan yang hak yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.
Jika mana-mana orang yang boleh ditangkap di bawah Akta ini tidak ditangkap pada masa pelakuan kesalahan itu yang baginya dia boleh ditangkap sedemikian, atau selepas ditangkap dia melepaskan dirinya, dia boleh pada bila-bila masa selepas itu ditangkap dan
Cukai Jualan 87
diperlakukan seolah-olah dia telah ditangkap pada masa dia melakukan kesalahan itu.
Mana-mana pegawai cukai jualan yang hak boleh menyebabkan diambil gambar, kesan jari dan ibu jari dan apa-apa bentuk pengenalan lain yang mungkin dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian boleh dilepaskan daripada jagaan—
apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai jualan yang hak;
apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan mana-mana penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai jualan yang hak; atau
apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai jualan yang hak dan dia menyempurnakan suatu bon, dengan mana-mana penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai jualan yang hak.
Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di bawah subseksyen (6) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai cukai jualan yang hak—
jika pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat yang tertakluk padanya orang itu dilepaskan atau selainnya dibenarkan untuk dijamin telah atau berkemungkinan akan dimungkiri;
atau
apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu bahawa orang itu berkemungkinan akan memungkiri mana-mana syarat yang tertakluk padanya orang itu dilepaskan dan
88 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
bahawa penjamin itu berhasrat untuk dilepaskan daripada obligasinya sebagai penjamin.
Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan
Bagi maksud Akta ini, seorang pegawai kanan cukai jualan hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Kanun
Tatacara
Jenayah
[Akta 593]
berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.
Kuasa tambahan
Bagi maksud Akta ini—
jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan cukai jualan, dan bagi maksud itu, tempat perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai
Daerah Polis di bawah jagaannya; dan
seseorang pegawai cukai jualan yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana
Cukai Jualan 89
undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis.
Bahagian XI
Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman di bawah Akta ini bagi mana-mana kesalahan itu.
Keterangan melalui perakuan, dsb.
seorang pengilang adalah atau tidak, pada mana-mana tarikh, didaftarkan di bawah Akta ini;
apa-apa penyata tidak dikemukakan atau telah tidak dikemukakan pada mana-mana tarikh;
apa-apa cukai jualan yang ditunjukkan sebagai genap masa dan kena dibayar dalam apa-apa penyata atau taksiran telah tidak dibayar;
apa-apa penalti dan amaun penalti yang ditunjukkan sebagai terhutang daripada seseorang yang dinamakan dalam perakuan itu; atau
apa-apa ketetapan umum dibuat di bawah seksyen 42 atau ketetapan kastam dibuat di bawah seksyen 43,
90 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu tanpa dibuktikan tandatangan pada perakuan itu.
Dalam apa-apa prosiding berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang dalamnya kewujudan, perihalan, klasifikasi, komposisi, kuantiti, kualiti atau nilai, atau apa-apa perkara lain berhubung dengan, apa-apa barang yang dipulangkan, dijual atau dimusnahkan di bawah seksyen 71 menjadi persoalan, apa-apa dokumen yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya yang berupa suatu perakuan berkenaan dengan apa-apa perkara yang diberikan dan ditandatangani oleh—
mana-mana orang, tanpa mengambil kira sama ada atau tidak dia seorang pegawai awam, yang diberi kuasa oleh atau bagi pihak Menteri sama ada secara am atau dalam apa-apa hal tertentu, bagi maksud seksyen ini, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dan kemuktamadannya tidak boleh dicabar atas alasan bahawa barang yang berkenaan dengannya perakuan itu diberikan tidak dikemukakan di hadapan mahkamah sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya, dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan bagi kandungannya, termasuk fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu, tanpa dibuktikan tandatangan pada perakuan itu.
Keterangan ejen provokasi boleh diterima
Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan ejen provokasi itu ialah seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya atau seorang pegawai cukai jualan, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.
Pengemukaan perakuan analisis
Jika Pendakwa Raya berhasrat untuk memberikan sebagai keterangan apa-apa perakuan analisis, dia hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum perbicaraan bermula.
Juruanalisis adalah terikat untuk menyatakan yang benar dalam perakuan analisis yang ditandatangani sendiri oleh mereka.
Bagi maksud seksyen ini, “juruanalisis” ertinya—
seorang ahli kimia berdaftar di bawah Akta Ahli Kimia 1975
[Akta 158] atau seorang yang diberi kuasa di bawah seksyen 23A Akta itu, atau pekerjanya yang bekerja di bawah penyeliaannya;
92 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
seorang ahli farmasi berdaftar di bawah
Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 [Akta 371] atau pekerjanya yang bekerja di bawah penyeliaannya;
seorang jurutera berdaftar di bawah
Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138]; atau
Jika seorang juruanalisis dipanggil sebagai saksi oleh tertuduh di bawah subseksyen (1), juruanalisis itu hendaklah dipanggil atas perbelanjaan tertuduh itu melainkan jika mahkamah mengarahkan selainnya.
Menteri boleh melantik mana-mana orang yang layak atau golongan orang yang layak, melalui pemberitahuan dalam Warta, sebagai juruanalisis bagi maksud seksyen ini.
Bukti mengenai pendaftaran atau pelesenan pengangkut di Malaysia atau Singapura
Jika dalam mana-mana pendakwaan di bawah Akta ini adalah relevan untuk menentukan butir-butir mengenai pendaftaran atau pelesenan apa-apa pengangkut yang didaftarkan atau dilesenkan di mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia atau Singapura, suatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia atau di Singapura bagi pendaftaran atau pelesenan pengangkut itu hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai semua butir-butir berkenaan dengan pendaftaran atau pelesenan yang terkandung dalam perakuan itu, dan beban untuk membuktikan ketidaktepatan apa-apa butir yang dinyatakan dalam perakuan itu hendaklah terletak pada orang yang menafikannya.
Cukai Jualan 93
Cara penyitaan tidak boleh diperiksa dalam perbicaraan di hadapan mahkamah atau rayuan
Dalam mana-mana perbicaraan di hadapan mana-mana mahkamah atau dalam apa-apa prosiding rayuan yang berhubungan dengan penyitaan barang yang tertakluk pada pelucuthakan di bawah
Akta ini, mahkamah hendaklah meneruskan perbicaraan atau mendengar rayuan atas merit kes sahaja, tanpa memeriksa cara atau bentuk apa-apa penyitaan dibuat, kecuali setakat yang cara dan bentuk penyitaan itu boleh menjadi keterangan atas merit itu.
Obligasi kerahsiaan
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui
Jika mana-mana dokumen yang dikemukakan sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu bagi melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini mahkamah, selepas siasatan penuh ke atas kes itu, mempercayai bahawa pemberi maklumat membuat dengan sengaja dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
Barang yang boleh disita boleh dilucuthakkan
Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 71, 81, 82, 83 dan 85, perkataan “barang” hendaklah disifatkan sebagai termasuk bekas muatan dan pengangkut.
Semua barang yang dilucut hak hendaklah diserahkan kepada pegawai cukai jualan yang hak dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Ketua Pengarah.
Cukai Jualan 95
Mahkamah hendaklah memerintahkan pelupusan barang yang disita
barang itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah
Akta ini.
Amaun yang dijamin di bawah perenggan 71(1)(a) atau subseksyen 71(2) atau amaun yang diperoleh melalui jualan di bawah perenggan 71(1)(c) hendaklah dilucuthakkan oleh mahkamah jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang yang berkenaan dengannya amaun itu telah dijamin atau diperoleh melalui jualan, mengikut mana-mana yang berkenaan, ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
Barang yang disita yang berkenaan dengannya tiada pendakwaan, atau hasil jualannya, terlucut hak jika tidak dituntut
suatu tuntutan ke atas barang itu atau hasil jualan barang itu dibuat di bawah subseksyen (2);
suatu permohonan bertulis dibuat bagi pemulangan barang itu di bawah perenggan 71(1)(a) atau (b); atau
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang itu atau hasil jualan barang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan bahawa barang atau hasil jualan barang itu tidak boleh dilucuthakkan boleh, secara ke diri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada mana-mana pegawai kanan cukai jualan bahawa dia menuntut barang atau hasil jualan barang itu.
Jika terdapat suatu tuntutan atau permohonan bertulis yang dibuat dalam tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (1) dan tiada pendakwaan berkenaan dengan barang itu, pegawai kanan cukai jualan hendaklah, apabila habis tempoh tiga puluh hari itu, merujukkan tuntutan atau permohonan itu kepada
Ketua Pengarah.
Apabila dirujuk oleh pegawai kanan cukai jualan di bawah subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh mengarahkan pegawai kanan cukai jualan itu—
untuk melepaskan barang itu atau hasil jualan barang itu atau jaminan yang dikemukakan di bawah perenggan 71(1)(a) atau subseksyen 71(2); atau
melalui maklumat dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, untuk merujukkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen bagi suatu keputusan.
Mahkamah Sesyen hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang itu atau hasil jualan barang itu, dan orang yang daripadanya
Cukai Jualan 97
barang itu disita, supaya hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau ingkar untuk hadir, selepas penyampaian sewajarnya saman itu dibuktikan, Mahkamah Sesyen hendaklah meneruskan pemeriksaan mengenai perkara itu, dan apabila ada bukti bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan—
hendaklah memerintahkan barang itu atau hasil jualan barang itu atau amaun yang dijamin di bawah perenggan 71(1)(a) atau subseksyen 71(2) dilucuthakkan;
atau
jika tiada bukti sedemikian, boleh memerintahkan pelepasan barang itu atau hasil jualan barang itu atau jaminan yang dikemukakan di bawah perenggan 71(1)(a)
atau subseksyen 71(2).
Dalam mana-mana prosiding di bawah subseksyen (5), seksyen 83 hendaklah terpakai bagi orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang itu atau hasil jualan barang itu dan bagi orang yang daripadanya barang itu disita seolah-olah pemunya atau orang itu merupakan tertuduh dalam suatu pendakwaan di bawah
Akta ini.
Beban pembuktian
Jika apa-apa pertikaian timbul dalam mana-mana pendakwaan sama ada—
tertuduh berhak kepada suatu pengecualian cukai jualan,
98 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
beban pembuktian bagi pertikaian itu hendaklah terletak pada tertuduh dalam pendakwaan.
Perintah mahkamah
Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), mahkamah mempunyai bidang kuasa sivil setakat amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar itu, atau penalti yang kena dibayar itu dan perintah itu boleh dikuatkuasakan dalam segala hal sebagai suatu penghakiman muktamad mahkamah yang memihak kepada
Ketua Pengarah.
Jika mana-mana orang didapati tidak bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan jika dia telah membayar amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, atau penalti yang kena dibayar, di bawah Akta ini menurut seksyen 100 berkenaan dengan kesalahan yang dipertuduh, mahkamah boleh memerintahkan supaya amaun yang telah dibayar itu dibayar balik kepada orang itu jika tiada notis rayuan difailkan.
Pemenjaraan kerana tidak membayar denda
Walau apa pun seksyen 283 dan 284 Kanun Tatacara Jenayah, tempoh pemenjaraan yang dikenakan oleh mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa denda yang tidak dibayar di bawah Akta ini, atau berkenaan dengan keingkaran suatu distres yang mencukupi untuk membayar apa-apa denda sedemikian, adalah apa-apa tempoh dalam apa-apa perihalan, yang pada pendapat mahkamah akan mencapai
Cukai Jualan 99
keadilan bagi kes itu, tetapi tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi tempoh maksimum seperti yang berikut:
jika denda tidak melebihi lima ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah dua bulan;
jika denda melebihi lima ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah empat bulan;
jika denda melebihi sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah enam bulan, dengan dua bulan tambahan untuk setiap sepuluh ribu ringgit selepas dua puluh ribu ringgit pertama denda itu.
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik melainkan jika penyitaan dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang barangkali
Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda dalam menjalankan atau berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak untuk mendapatkan kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain suatu perintah bagi pemulangan barang, dokumen, artikel atau benda itu atau pembayaran nilai barang, dokumen, artikel atau benda itu, melainkan jika penyitaan itu telah dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang barangkali.
100 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Bahagian XII
Pengelakan cukai jualan
meninggalkan daripada suatu penyata apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perkara yang menjejaskan amaun cukai jualan yang boleh dikenakan olehnya atau orang lain;
membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu dalam mana-mana penyata, tuntutan atau permohonan;
memberikan apa-apa jawapan palsu, sama ada secara bertulis atau selainnya, bagi apa-apa soalan yang ditanya atau permintaan untuk mendapatkan maklumat yang dibuat di bawah Akta ini;
menyediakan atau menyenggarakan, atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan, apa-apa buku akaun palsu, invois palsu atau rekod palsu yang lain, atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan apa-apa buku akaun, invois atau rekod; atau
membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah, melakukan suatu kesalahan.
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun cukai jualan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan
Cukai Jualan 101
bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada dua puluh kali ganda dan tidak lebih daripada empat puluh kali ganda amaun cukai jualan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud subseksyen (2), jika amaun cukai jualan itu tidak boleh ditentukan, orang itu boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang membantu dalam, atau menasihati berkenaan dengan, penyediaan apa-apa penyata jika penyata itu mengakibatkan suatu kenyataan yang kurang benar terhadap tanggungan cukai jualan seorang yang lain, melainkan jika orang itu memuaskan hati mahkamah bahawa bantuan atau nasihat itu telah diberikan dengan penelitian yang munasabah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Apa-apa sebutan di bawah perenggan (1)(e) berhubung dengan seseorang yang membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah termasuk sebutan mengenai seorang yang, tanpa kuasa pegawai cukai jualan—
memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data yang disimpan dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer;
memasukkan ke dalam, atau merekodkan atau menyimpan di dalam, suatu komputer melalui apa-apa cara data bagi maksud—
memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data lain yang disimpan dalam komputer itu; atau 102 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
mengusik, mengganggu atau menghalang penggunaan secara sah komputer itu, atau data yang disimpan dalam komputer itu; atau
selainnya menggunakan komputer, yang maksud atau kesannya adalah untuk mengelak cukai jualan.
Bagi maksud subseksyen (5), “data” termasuklah apa-apa program komputer atau bahagian daripada suatu program komputer.
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apa-apa pengelakan cukai jualan hendaklah disifatkan berada dalam pengetahuan tertuduh melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh tertuduh.
Pengelakan cukai jualan atas barang bercukai yang diimport
Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila disabitkan—
bertanggungan bagi kesalahan pertama, dengan denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun cukai jualan atau lima puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih tinggi, dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun cukai jualan atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan
bertanggungan bagi kesalahan kedua atau apa-apa kesalahan selanjutnya, dengan denda tidak kurang daripada dua puluh kali amaun cukai jualan atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih tinggi, dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun cukai jualan atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau
Cukai Jualan 103
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Memberi maklumat tidak betul yang berhubungan dengan tanggungan terhadap cukai jualan
Tanpa menjejaskan apa-apa tanggungan lain yang dilakukan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang memberikan apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara yang memberi kesan ke atas tanggungannya sendiri terhadap cukai jualan atau tanggungan mana-mana orang lain terhadap cukai jualan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Mendapatkan pembayaran balik secara tidak wajar
Mana-mana orang yang menyebabkan atau cuba untuk menyebabkan pembayaran balik oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 10, 36 atau 39 kepada dirinya atau kepada mana-mana orang lain apa-apa amaun yang melebihi amaun yang sepatutnya boleh dibayar balik kepadanya atau kepada orang lain itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan
dikenakan penalti dua kali ganda amaun yang dibayar balik yang melebihi amaun yang sepatutnya boleh dibayar balik.
Mendapatkan pemotongan cukai jualan secara tidak wajar
Mana-mana orang yang menyebabkan atau cuba menyebabkan pemotongan cukai jualan di bawah seksyen 23, 35A atau 41A untuk dirinya atau untuk mana-mana orang lain apa-apa amaun yang melebihi amaun yang sepatutnya boleh dipotong untuk dirinya atau
104 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
untuk orang lain itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan
dikenakan penalti dua kali ganda amaun yang dipotong yang melebihi amaun yang sepatutnya boleh dipotong.
Pekerja boleh membuat urusan
Pegawai cukai jualan yang hak boleh menolak untuk membuat urusan dengan pekerja itu melainkan jika orang yang disebut di bawah subseksyen (1) memperkenalkan pekerja itu kepada pegawai cukai jualan yang hak itu sebagai mempunyai kuasa untuk membuat urusan.
Membuat urusan bagi pihak orang kena cukai
Orang yang membuat urusan tentang mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1) bagi pihak orang kena cukai hendaklah—
mengemukakan surat kuasa daripada orang kena cukai yang diwakilinya; dan
Cukai Jualan 105
mengemukakan apa-apa benda dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah seperti yang dikehendaki supaya diserahkan bagi maksud perkara yang dibuat.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Kesalahan oleh orang yang diberi kuasa dan orang yang tidak diberi kuasa
Mana-mana orang—
yang merupakan pekerja bagi orang kena cukai, pekerja di bawah seksyen 89 atau orang yang diberi kuasa di bawah seksyen 90 yang—
memegang bagi kegunaan dirinya sendiri atau selainnya apa-apa bahagian daripada amaun cukai jualan atau penalti yang dipungut di bawah Akta ini;
selain dengan suci hati, menuntut daripada mana-mana orang suatu amaun yang melebihi apa-apa taksiran cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, atau penalti yang kena dibayar, di bawah
Akta ini;
mengemukakan apa-apa penyata, pernyataan atau laporan yang palsu, sama ada secara bertulis atau selainnya, bagi amaun cukai jualan atau penalti yang dipungut atau diterima olehnya di bawah Akta ini; atau
memfraud mana-mana orang, menggelapkan apa-apa wang, atau selainnya menggunakan kedudukannya untuk berurusan secara salah sama ada dengan Ketua Pengarah atau mana-mana individu lain; atau 106 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
yang tidak diberi kuasa di bawah Akta ini yang memungut atau cuba untuk memungut apa-apa cukai jualan atau penalti di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Halangan
Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara menghalang, mengamang atau menggalang mana-mana pegawai cukai jualan yang hak dalam menunaikan fungsinya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kesalahan oleh syarikat, dsb.
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan
jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang itu didapati bersalah atas kesalahan itu,
Cukai Jualan 107
hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Jika mana-mana orang boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman, penalti atau pelucuthakan bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman, penalti atau pelucuthakan yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu oleh pekerja atau ejen orang itu, atau pekerja ejen orang itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu.
Penalti am
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
108 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Pengkompaunan kesalahan
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;
Mana-mana pegawai kanan cukai jualan boleh, dengan keizinan secara bertulis oleh Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum sesuatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkenaan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh
Cukai Jualan 109
Ketua Pengarah, tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.
Kajian semula dan rayuan
Permohonan bagi kajian semula di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Jika permohonan bagi kajian semula telah dibuat di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah membuat kajian semula dan memberitahu keputusan kajian semula itu kepada orang itu, jika dapat dilaksanakan, dalam masa enam puluh hari dari tarikh permohonan itu diterima.
Tiada kajian semula boleh dibuat bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun.
Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan
Ketua Pengarah di bawah subseksyen (3) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini, kecuali apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun, boleh merayu kepada Tribunal Rayuan Kastam secara bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan keputusan itu kepada orang yang terkilan itu.
Mana-mana cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah dibayar walaupun apa-apa kajian semula atau rayuan telah dibuat di bawah seksyen ini.
110 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Pelikuidasi syarikat hendaklah memberikan notis penggulungan, dan mengetepikan cukai jualan
memberikan notis mengenai penggulungan syarikat itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas ketetapan itu berkuat kuasa atau perintah itu dibuat;
sebelum melupuskan apa-apa aset syarikat itu, mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa cukai jualan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan syarikat itu; dan
Pelikuidasi mana-mana syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran cukai jualan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan
(c)
hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa cukai jualan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.
Mana-mana pelikuidasi yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Jika dua orang atau lebih dilantik sebagai pelikuidasi atau dikehendaki oleh undang-undang untuk menjalankan penggulungan syarikat yang disebut dalam subseksyen (1), kewajipan dan tanggungan yang dikenakan ke atas seorang pelikuidasi di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan ke atas semua orang itu secara
Cukai Jualan 111
bersesama dan berasingan, tertakluk pada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.
Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada
Mana-mana penerima yang dilantik di bawah subseksyen (1)
yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran cukai jualan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa cukai jualan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.
Mana-mana penerima yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Jika dua orang atau lebih dilantik sebagai penerima, kewajipan dan tanggungan yang dikenakan ke atas seorang penerima di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan ke atas semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.
112 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Pengilang berdaftar hendaklah mengemukakan perakuan audit
Ketua Pengarah boleh menghendaki pengilang berdaftar untuk mengemukakan suatu perakuan audit setiap tahun yang ditandatangani oleh seorang akauntan awam yang bukan dalam penggajian pengilang berdaftar itu, berhubung dengan rekod yang dikehendaki untuk disimpan oleh pengilang berdaftar itu di bawah seksyen 24 berkenaan dengan pengeluaran dan penjualan barang bercukai pengilang berdaftar itu yang dikilangkan olehnya.
Cukai jualan, dsb., hendaklah kena dibayar walau apa pun apa-apa prosiding, dsb.
Pemulaan prosiding atau pengenaan suatu penalti, denda atau tempoh pemenjaraan di bawah Akta ini atau pengkompaunan suatu kesalahan di bawah seksyen 95 tidak boleh melepaskan mana-mana orang daripada tanggungan untuk membayar cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain di bawah Akta ini.
Penyampaian notis, dsb.
Notis, arahan atau dokumen lain yang dihantar melalui pos berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa ia sepatutnya telah diserahkan kepada orang itu dalam penjalanan biasa pos itu jika notis, arahan atau dokumen lain itu telah dialamatkan—
Cukai Jualan 113
dalam hal suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain—
ke pejabat berdaftarnya;
kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima penyampaian proses; dan
Jika seseorang telah memberikan persetujuannya bagi suatu notis disampaikan kepadanya melalui perkhidmatan elektronik, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada masa apabila notis elektronik itu dihantar ke akaunnya melalui perkhidmatan elektronik itu.
Penyampaian saman
dengan menghantarserahkan saman itu kepada orang itu atau mana-mana anggota keluarganya yang dewasa atau mana-mana pekerjanya yang tinggal bersamanya di tempat tinggal biasanya atau yang terakhir diketahui;
dengan meninggalkan saman itu di tempat tinggal atau perniagaan biasanya atau yang terakhir diketahui dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu;
dengan menghantar saman itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu ke tempat tinggal atau perniagaan biasanya atau yang terakhir diketahui; atau 114 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
jika orang itu ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain itu—
dengan menghantarserahkan saman itu kepada setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain itu di pejabat berdaftar atau tempat perniagaan utamanya; atau
dengan menghantar saman itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain itu ke pejabat berdaftar atau tempat perniagaan utamanya.
Apa-apa saman yang dihantar melalui pos berdaftar kepada mana-mana orang mengikut subseksyen
atau dengan menghantarserahkan saman itu kepada orang itu atau kepada mana-mana anggota keluarganya yang dewasa atau mana-mana pekerjanya yang tinggal bersamanya hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu dengan sewajarnya.
Apabila suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah disampaikan, suatu afidavit penyampaian yang berupa sebagai telah dibuat di hadapan seorang pegawai yang diberi kuasa sewajarnya untuk mengendalikan sumpah hendaklah diterima sebagai keterangan.
Penggunaan perkhidmatan elektronik
pemfailan atau pengemukaan apa-apa permohonan, penyata, perisytiharan atau apa-apa dokumen lain; dan
Cukai Jualan 115
penyampaian apa-apa notis, arahan, perintah, permit, resit atau apa-apa dokumen lain.
Jika suatu notis elektronik dibuat dan dihantar kepada
Ketua Pengarah, Ketua Pengarah tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh pengguna berdaftar itu atas sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan tidak kira dengan apa jua sifat atau tidak kira bagaimana jua sekali pun berbangkit yang terdapat dalam apa-apa notis elektronik yang diperoleh oleh pengguna berdaftar itu di bawah perkhidmatan elektronik jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam penjalanan biasa penunaian kewajipan Ketua Pengarah atau berlaku atau timbul akibat daripada apa-apa kecacatan atau kegagalan dalam perkhidmatan elektronik itu atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan elektronik itu.
Apa-apa notis elektronik yang dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar hendaklah disifatkan sebagai telah difailkan, dikemukakan atau disampaikan pada masa notis elektronik itu diterima oleh Ketua Pengarah.
Bagi maksud seksyen ini, “pengguna berdaftar” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Ketua Pengarah untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan elektronik.
Perlindungan pegawai cukai jualan daripada tanggungan
Tiada pegawai cukai jualan atau orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan dalam penjalanan pelaksanaan kewajipannya di bawah
Akta ini bertanggungan untuk membayar apa-apa kerugian yang dialami berkenaan dengan apa-apa barang yang disebabkan oleh kebakaran, kecurian, kerosakan atau sebab lain semasa barang itu berada dalam kawalan kastam atau kawalan eksais atau dalam jagaan atau kawalan sah pegawai cukai jualan itu atau orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan dalam penjalanan pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh pengabaian atau keingkaran yang disengajakan olehnya.
116 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Ganjaran
Ketua Pengarah boleh memerintahkan apa-apa ganjaran sebagaimana yang difikirkan patut olehnya supaya dibayar kepada mana-mana pegawai cukai jualan atau orang lain bagi perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengesanan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini.
Kuasa Ketua Pengarah untuk mengenakan fi
Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa fi sebagaimana yang difikirkan munasabah olehnya berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang diberikan olehnya atau mana-mana pegawai cukai jualan—
yang baginya tiada fi ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Kuasa membuat peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan—
semua perkara yang berhubungan dengan penentuan nilai jualan barang bercukai dan barang bernilai rendah;
Cukai Jualan 117
semua perkara yang berhubungan dengan pengemukaan penyata dan pembayaran cukai jualan;
semua perkara yang berhubungan dengan pembayaran balik, pulang balik dan peremitan cukai jualan;
(Dipotong oleh Akta 851).
(ka) semua perkara yang berhubungan dengan barang bernilai rendah;
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda yang tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
118 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Kuasa untuk melanjutkan tempoh
Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan
Menteri berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum habis tempoh itu.
Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat
Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan—
Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.
Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.
Cukai Jualan 119
Bahagian XIII
Pendaftaran pada tarikh permulaan kuat kuasa
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan orang yang disebut dalam subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bagi bulan selepas bulan yang permohonan itu dibuat, dan orang itu hendaklah mengenakan cukai jualan ke atas barang bercukai yang dijual, digunakan atau dilupuskan oleh orang itu berkuat kuasa dari hari itu.
Mana-mana orang yang mengilang barang sebelum tarikh efektif yang barang itu merupakan barang bercukai pada tarikh efektif dan telah membuat permohonan sebelum tarikh efektif kepada
Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai pengilang berdaftar di bawah Akta ini—
hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan mengikut seksyen 13 pada tarikh efektif jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai jualan semua barang bercukainya dalam bulan bagi tarikh efektif dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah nilai jualan barang bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen 12(1); dan
hendaklah mengenakan cukai jualan ke atas barang bercukai yang dijual, digunakan atau dilupuskan oleh orang itu berkuat kuasa dari tarikh efektif.
120 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Pengilang yang didaftarkan di bawah *Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 sebelum tarikh efektif dan mengilang barang bercukai pada tarikh efektif—
hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan mengikut seksyen 13 pada tarikh efektif jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai jualan semua barang bercukainya dalam bulan bagi tarikh efektif dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah nilai jualan barang bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen 12(1); dan
hendaklah mengenakan cukai jualan ke atas barang bercukai yang dijual, digunakan atau dilupuskan oleh pengilang itu berkuat kuasa dari tarikh efektif.
Perjanjian berperingkat atau berkala
Jika jualan yang disebut dalam subseksyen (1) dibuat di bawah suatu waranti sama ada yang nyata, tersirat atau dikehendaki oleh undang-undang dan nilai waranti itu dimasukkan ke dalam harga barang itu, tiada cukai jualan boleh dikenakan ke atas penggantian barang itu di bawah waranti itu.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi penjualan barang yang cukai barang dan perkhidmatan di bawah *Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 telah dibayar atas penjualan barang itu setakat yang diliputi oleh invois itu.
*CATATAN—Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] telah dimansuhkan oleh
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 [Akta 805] yang berkuat kuasa pada 1 September 2018—lihat seksyen 3 Akta 805. Seterusnya, Akta 805 telah dimansuhkan.
Cukai Jualan 121
Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat
Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan sebagai telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan itu adalah selaras dengan niat dan maksud am
Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah apabila
Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi
Ketua Pengarah.
*CATATAN—lihat seksyen 9 dan 10 Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022
[Akta A1671] mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 yang memperuntukkan seperti yang berikut:
Peruntukan peralihan
Jika barang dibeli sebelum tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah dan barang itu adalah barang bernilai rendah dari tarikh mula berkuat kuasa Akta ini, tiada cukai jualan boleh dikenakan atau dilevikan ke atas barang itu walaupun barang itu dihantar ke Malaysia selepas tarikh efektif.
Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat
Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh atau bagi pihak Ketua
Pengarah sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan
122 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
sebagai telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan itu adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Ketua Pengarah.
JADUAL
[Seksyen 11B]
UBAH SUAIAN KEPADA PERUNTUKAN AKTA CUKAI JUALAN 2018
YANG TERPAKAI BAGI BARANG BERNILAI RENDAH
(1)
Peruntukan Akta ini
(2)
Ubah suaian
Seksyen 2
Dalam tafsiran “orang kena cukai” gantikan perkataan “seorang pengilang berdaftar atau seorang pengilang” dengan perkataan “penjual berdaftar atau penjual”.
Seksyen 8
Gantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut:
“Pengenaan dan skop cukai jualan
8. (1) Cukai jualan hendaklah dikenakan ke atas barang bernilai rendah yang dijual oleh orang kena cukai.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menentukan barang bernilai rendah berdasarkan kriteria berikut:
barang atau kelas barang;
harga barang; dan
cara yang barang itu dibawa masuk ke dalam Malaysia.
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat.
(4)
Akta ini hendaklah ditafsirkan bersekali dengan Akta Kastam 1967
dan Akta Eksais 1976 berkenaan dengan barang yang dibawa masuk ke Malaysia termasuk barang dalam transit dan pergerakan barang di bawah kawalan kastam atau kawalan eksais.
Jika terdapat apa-apa ketidakselarasan antara peruntukan
Akta Kastam 1967 atau Akta Eksais 1976 dengan peruntukan Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.”.
Seksyen 9
Gantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut:
“Penentuan nilai jualan barang bernilai rendah
Cukai Jualan 123
(1)
Peruntukan Akta ini
(2)
Ubah suaian
9. Nilai jualan barang bernilai rendah yang cukai jualan kena dibayar hendaklah harga barang bernilai rendah itu tidak termasuk apa-apa cukai, fi atau caj lain yang dikenakan ke atas barang bernilai rendah itu.”.
Seksyen 10
1. Dalam subseksyen (1)—
gantikan perkataan “barang bercukai yang dijual, digunakan atau dilupuskan atau diimport” dengan perkataan “barang bernilai rendah yang dijual”; dan
gantikan perkataan “nilai jualan barang bercukai” dengan perkataan “nilai jualan barang bernilai rendah”.
2. Potong subseksyen (4), (5) dan (6).
Seksyen 11
Gantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut:
“Cukai jualan yang genap masa
11. Cukai jualan yang boleh dikenakan di bawah seksyen 8 hendaklah genap masa pada masa barang bernilai rendah dijual oleh orang kena cukai.”.
Bahagian IV
(kecuali jika diperuntukkan selainnya)
1.
Gantikan perkataan
“barang bercukai”
dengan perkataan
“barang bernilai rendah”.
2.
Gantikan perkataan “pengilang” dengan perkataan “penjual”.
3.
Gantikan perkataan
“pengilang berdaftar”
dengan perkataan
“penjual berdaftar”.
4.
Gantikan perkataan “mengilang” dengan perkataan “menjual”.
Seksyen 12
1. Dalam perenggan 3(b), gantikan perkataan “pendaftaran pengilang”
dengan perkataan “pendaftaran penjual”.
2.
Potong subseksyen (4).
Seksyen 17
Gantikan perkataan “pengilangan” dengan perkataan “penjualan”.
Seksyen 18
Gantikan perkataan “seksyen 13 atau 14” dengan perkataan “seksyen 13”.
Seksyen 19 1.
Dalam subseksyen (1), gantikan perkataan “pendaftaran pengilang”
dengan perkataan “pendaftaran penjual”.
2.
Gantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pada tarikh yang penjual telah berdaftar di bawah seksyen 13, penjual tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12 atau telah berhenti untuk menjual barang bernilai rendah, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran penjual berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam notis secara bertulis kepada penjual itu.”.
3.
Potong subseksyen (4).
124 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
(1)
Peruntukan Akta ini
(2)
Ubah suaian
Bahagian V
(kecuali jika diperuntukkan selainnya)
1.
Gantikan perkataan
“barang bercukai”
dengan perkataan
“barang bernilai rendah”.
2.
Gantikan perkataan “pengilang” dengan perkataan “penjual”.
3.
Gantikan perkataan
“pengilang berdaftar”
dengan perkataan
“penjual berdaftar”.
4.
Gantikan perkataan “mengilang” dengan perkataan “menjual”.
Seksyen 21 1.
Gantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Invois dan dokumen”.
2.
Dalam subseksyen (1), gantikan perkataan “invois” dengan perkataan
“invois atau apa-apa dokumen”.
3.
Dalam subseksyen (2), gantikan perkataan “Tiada invois” dengan perkataan “Tiada invois atau dokumen”.
Seksyen 22 1.
Gantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Pengeluaran invois atau dokumen oleh komputer”.
2.
Gantikan perkataan “Bagi maksud mana-mana peruntukan di bawah
Akta ini yang berhubungan dengan suatu invois, pengilang berdaftar hendaklah dianggap sebagai telah mengeluarkan suatu invois kepada pembeli” dengan perkataan “Bagi maksud mana-mana peruntukan di bawah
Akta ini yang berhubungan dengan suatu invois atau dokumen yang dikeluarkan di bawah subseksyen 21(1), penjual berdaftar hendaklah dianggap sebagai telah mengeluarkan suatu invois atau dokumen di bawah subseksyen 21(1) kepada pembeli”.
Seksyen 24 1.
Gantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Setiap orang kena cukai hendaklah menyimpan rekod bertulis yang lengkap dan benar yang terkini tentang semua transaksi yang menyentuh atau boleh menyentuh liabilitinya terhadap cukai jualan.”.
2.
Gantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu.”.
3.
Potong subseksyen (4).
4.
Dalam subseksyen (6), gantikan perkataan “subseksyen (1), (2), (3) atau
” dengan perkataan “subseksyen (1), (2) atau (3)”.
Seksyen 25 1.
Dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “bulan berikutnya” dengan perkataan “dua bulan berikutnya”.
2.
Potong subseksyen (2).
3.
Dalam subseksyen (5), gantikan perkataan “subseksyen (1), (2) atau (4)”
dengan perkataan “subseksyen (1) atau (4)”.
Cukai Jualan 125
(1)
Peruntukan Akta ini
(2)
Ubah suaian
Seksyen 26 1.
Potong subseksyen (4).
2.
Dalam subseksyen (6), gantikan perkataan “subseksyen (1), (2), (3) dan
” dengan perkataan “subseksyen (1), (2) dan (3)”.
3.
Dalam subseksyen (7), gantikan perkataan “subseksyen (1), (2), (3) atau
” dengan perkataan “subseksyen (1), (2) atau (3)”.
Seksyen 27 1.
Potong subseksyen (4), (5) dan (6).
2.
Dalam subseksyen (8), gantikan perkataan “di bawah subseksyen (1),
, (4), (6) atau (7)” dengan perkataan “di bawah subseksyen (1), (2) atau
”.
3.
Dalam subseksyen (9), gantikan perkataan “di bawah subseksyen (1),
, (6) atau (8)” dengan perkataan “di bawah subseksyen (1), (2) atau (8)”.
Seksyen 28 1.
Gantikan perkataan “invois itu” dengan perkataan “invois atau dokumen itu”.
2.
Dalam subseksyen (2), gantikan perkataan “invois” dengan perkataan
“invois atau dokumen”.
3.
Dalam subseksyen (3), gantikan perkataan “ialah suatu invois” dengan perkataan “ialah suatu invois atau dokumen”.
Seksyen 29
Potong subseksyen (2).
Seksyen 31
Dalam subseksyen (3), masukkan selepas perkataan “pos berdaftar”
perkataan “atau melalui kaedah elektronik”.
Seksyen 33
Gantikan seksyen 33 dengan seksyen yang berikut:
“Barang bernilai rendah yang tertakluk pada kawalan kastam atau eksais tidak boleh diserahkan sehingga cukai jualan telah dibayar sepenuhnya
33. Jika pegawai cukai jualan mendapati bahawa cukai jualan bagi barang bernilai rendah—
tidak dikenakan ke atasnya;
dikenakan pada kadar lebih rendah daripada kadar sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 10; atau
tidak dibayar, tiada seorang pun berhak untuk mendapatkan serahan barang bernilai rendah itu dari kawalan kastam atau kawalan eksais sehingga amaun cukai jualan bagi barang bernilai rendah itu di bawah perenggan (a), (b) atau (c) telah dibayar sepenuhnya.”.
Bahagian VI
Gantikan perkataan “pengilang berdaftar” dengan perkataan “penjual berdaftar”.
126 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
(1)
Peruntukan Akta ini
(2)
Ubah suaian
(kecuali jika diperuntukkan selainnya)
Seksyen 35 1.
Gantikan perkataan “barang bercukai yang dikilang atau diimport”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “penjualan barang bernilai rendah”.
2.
Gantikan perkataan “barang bercukai” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “barang bernilai rendah”.
Seksyen 35A
Dalam subseksyen (1), gantikan perkataan “pembayaran balik cukai jualan di bawah perenggan 35(3)(c) atau telah membuat potongan di bawah seksyen 23 atau 41A” dengan perkataan “pembayaran balik cukai jualan di bawah seksyen 39”.
Seksyen 39
Gantikan subseksyen (1) dan (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Pembayaran balik keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada amaun cukai jualan, yang telah dibayar kepada
Ketua Pengarah oleh penjual berdaftar, boleh dibuat atau dituntut di bawah hal keadaan yang ditetapkan.
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh memegang keseluruhan atau mana-mana bahagian amaun yang akan dibayar balik di bawah subseksyen (1) untuk dikreditkan kepada mana-mana tempoh bercukai yang berikut atau yang seterusnya dan Ketua Pengarah hendaklah menganggap amaun yang dikreditkan sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran diterima daripada penjual berdaftar.”.
Seksyen 62
Dalam subseksyen (3), gantikan perkataan “menghendaki pembekal atau, atas kegagalan pembekal” dengan perkataan “menghendaki penjual atau, atas kegagalan penjual”.
Seksyen 64 1.
Gantikan perkataan “pengilang atau pengimport” dengan perkataan
“pengilang, pengimport atau penjual”.
2.
Gantikan perkataan
“barang bercukai”
dengan perkataan
“barang bernilai rendah”.
Seksyen 69
Dalam subseksyen (1), gantikan perkataan “seksyen 13 dan 14” dengan perkataan “seksyen 13”.
Seksyen 70
Dalam subseksyen (1), gantikan perkataan “barang bercukai” dengan perkataan “barang bernilai rendah”.
Seksyen 74
1. Dalam perenggan (1)(a), gantikan perkataan “pengilang” dengan perkataan “penjual”.
2. Dalam perenggan (1)(e), potong perkataan “atau ketetapan kastam dibuat di bawah seksyen 43”.
Seksyen 83
Dalam perenggan (c), gantikan perkataan “barang bercukai” dengan perkataan “barang bernilai rendah”.
Cukai Jualan 127
(1)
Peruntukan Akta ini
(2)
Ubah suaian
Bahagian XII
(kecuali jika diperuntukkan selainnya)
1.
Gantikan perkataan
“barang bercukai”
dengan perkataan
“barang bernilai rendah”.
2.
Gantikan perkataan “pengilang” dengan perkataan “penjual”.
3. Gantikan perkataan
“pengilang berdaftar”
dengan perkataan
“penjual berdaftar”.
4. Gantikan perkataan “mengilang” dengan perkataan “menjual”.
Seksyen 86A
1. Gantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Pengelakan cukai jualan atas barang bernilai rendah”.
2. Dalam subseksyen (1), gantikan perkataan “pengimportan barang bercukai” dengan perkataan “barang bernilai rendah yang dijual”.
Seksyen 88
Gantikan perkataan “seksyen 10, 36 atau 39” dengan perkataan
“seksyen 39”.
Seksyen 88A
Gantikan perkataan “seksyen 23, 35A atau 41A” dengan perkataan
“seksyen 35A”.
Seksyen 98
Dalam subseksyen (1), gantikan perkataan “barang bercukai yang telah dijual, dikilangkan, dibeli atau diperolehi” dengan perkataan “barang bernilai rendah yang telah dijual”.
Seksyen 99
1. Gantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Penjual berdaftar hendaklah mengemukakan perakuan audit”.
2. Gantikan perkataan “pengeluaran dan penjualan barang bercukai pengilang berdaftar itu yang dikilangkan” dengan perkataan “barang bernilai rendah yang dijual”.
128
Akta 806
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 812
Akta Kewangan 2018
01-01-2019
Akta A1578
Akta Cukai Jualan (Pindaan)
2018
02-01-2019
Akta A1596
Akta Cukai Jualan (Pindaan)
2019
01-01-2020
Akta 823
Akta Kewangan 2019
01-07-2020
Akta A1631
Akta Cukai Jualan (Pindaan)
2020
01-01-2021
Akta A1671
Akta Cukai Jualan (Pindaan)
2022
01-01-2023
Akta 851
Akta Kewangan (No. 2) 2023
Lihat seksyen 110 Akta 851
129
Akta 806
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A1596 01-01-2020
3
Akta A1596 01-01-2020
9
Akta 812 01-01-2019
Akta A1596 01-01-2020
10
Akta 851 30-12-2023
Bahagian IIIA
Akta A1671 01-01-2023
11A
Akta A1671
Akta 851 01-01-2023 30-12-2023
11B
Akta A1671
Akta 851 01-01-2023 30-12-2023
11C
Akta A1671 01-01-2023
11D
Akta A1671
01-01-2023 11E
Akta 851
30-12-2023
13
Akta 851
01-01-2024
14
Akta 851
01-01-2024 17
Akta A1631 01-01-2021
19
Akta A1671
01-01-2023 23
Akta 851
30-12-2023 26
Akta A1596
Akta 851 01-01-2020 01-01-2024
27
Akta 812
Akta A1631 01-01-2019 01-01-2021
130 Laws of Malaysia ACT 806
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
27A
Akta A1596 01-01-2020
31
Akta A1631 01-01-2021
32
Akta A1631 01-01-2021
Tajuk Bahagian VI
Akta 812 01-01-2019 35A
Akta A1631 01-01-2021
39
Akta 851
01-01-2024 41A
Akta 812
Akta A1596 01-01-2019 01-01-2020
43
Akta 851 01-01-2024
57A
Akta A1671 01-01-2023
Bahagian IXA
Akta 823 01-07-2020 61A
Akta 823 01-07-2020
69
Akta A1631 01-01-2021
69A
Akta A1631 01-01-2021
72A
Akta A1578 02-01-2019
72B
Akta A1631 01-01-2021
74A
Akta A1631 01-01-2021
82
Akta 812
Akta 851
01-01-2019 01-01-2024 84A
Akta A1596 01-01-2020
86A
Akta A1596 01-01-2020
88A
Akta 812 01-01-2019
Akta A1631 01-01-2021
90
Akta 851
01-01-2024 91
Akta A1671
01-01-2023 96
Akta 851 01-01-2024
97
Akta A1631 01-01-2021
98
Akta A1631 01-01-2021
101A
Akta A1596 01-01-2020
Cukai Jualan 131
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
106
Akta A1671
Akta 851
01-01-2023 01-01-2024 106A
Akta A1671
01-01-2023 106B
Akta A1671
01-01-2023
JADUAL
Akta A1671
Akta 851
01-01-2023 30-12-2023