Jadual Pertama dan Jadual Kedua melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
48
Undang-Undang Malaysia
Akta 656 72.
Peraturan-peraturan
(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a) menetapkan cara untuk memohon lesen, perakuan, permit dan kelulusan di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dikemukakan oleh pemohon, cara pelesenan dan pemerakuan, fi yang kena dibayar mengenainya, syarat yang hendaklah dikenakan dan bentuk lesen, perakuan, permit dan kelulusan itu;
(b) menetapkan piawaian bagi pemprosesan dan kaedah bagi mengawet, menggredkan atau membungkus lada dan keluaran lada;
(c) menetapkan piawaian atau gred lada dan keluaran lada dan mengadakan peruntukan untuk memberikan kuat kuasa kepada piawaian dan gred itu, termasuk peruntukan bagi atau yang berhubungan dengan pelabelan;
(d) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh peniaga dalam perniagaan lada dan keluaran lada;
(e) mengadakan peruntukan bagi penyelenggaraan piawaian kelakuan yang sepatutnya dalam melaksanakan perdagangan lada dan keluaran lada dan bagi menguruskan pelanggarannya;
(f) menetapkan amalan yang hendaklah diikuti atau dielakkan dalam industri lada, kecuali penanaman dan penyelidikan lada;
(g) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti untuk mentadbir
Kumpulan Wang;
(h) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan;
(i) menetapkan rekod dan dokumen yang dikehendaki disimpan dan penyata yang dikehendaki dikemukakan;
(j) menetapkan borang bagi maksud Akta ini;
(k) menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut dan membelanjakan fi itu;
(l) mengadakan peruntukan bagi mengawal selia semua atau mana-mana aktiviti Lembaga dan pada amnya pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Lembaga di bawah Akta ini;
Lembaga Lada Malaysia 49
(m) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.
(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
73.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan mengenai pemasaran
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengawal selia, mengurus, mengawal, membangunkan pasaran dan memajukan pemasaran lada dan keluaran lada.
74.
Pengesahan perbuatan yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan Akta ini
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), segala perbuatan dan benda yang dilakukan oleh mana-mana orang sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan benda yang dilakukan adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung sebagai akibat pelakuan perbuatan atau benda itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga.
(2) Subseksyen (1) tidak memberi kuasa pelantikan anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga kecuali setakat memberi kuasa pelantikan sementara orang sedemikian sehingga pelantikan yang sewajarnya dibuat di bawah Akta ini.
50
Undang-Undang Malaysia
Akta 656
Bahagian VIII
PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN
75.
Pemansuhan dan pembubaran
Peraturan-Peraturan Jemaah Pemasaran Lada Hitam 1971
[P.U. (a) 447/1971] dan Rancangan Pemasaran Lada Hitam 1971 [P.U. (b) 426/1971] (“Peraturan-Peraturan dimansuhkan”)
dimansuhkan dan Jemaah Pemasaran Lada Hitam (“Jemaah dibubarkan”) dibubarkan.
Pemindahan kuasa, dsb.
76. Kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan yang sebelum hari ditetapkan merupakan kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan Jemaah dibubarkan hendaklah dari hari itu turun kepada Lembaga.
77.
Pemindahmilikan harta
(1) Segala tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud Jemaah dibubarkan hendaklah pada hari itu terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Lembaga.
(2) Segala harta dan aset selain tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada Jemaah dibubarkan atau pada mana-mana orang bagi pihak Jemaah dibubarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada hari itu terletak hak pada
Lembaga.
78.
Kontrak sedia ada
Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebelum hari ditetapkan dan yang menyentuh apa-apa harta yang dipindahmilikkan di bawah seksyen 77
hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Lembaga dan bolehlah dikuatkuasakan
Lembaga Lada Malaysia 51
dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti
Jemaah dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Jemaah dibubarkan, Lembaga yang dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.
79.
Pemindahan wang dalam kumpulan wang
Segala wang dalam atau yang kena dibayar ke dalam kumpulan wang Jemaah dibubarkan yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan dipindahkan ke dalam dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan
Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 23 Akta ini.
80.
Keanggotaan Jemaah dibubarkan
(1) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan, anggota Jemaah dibubarkan dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan yang memegang jawatan sebelum hari ditetapkan hendaklah terhenti memegang jawatan pada hari itu.
(2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Jemaah dibubarkan yang terhenti memegang jawatan dan dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas hari ditetapkan, Jemaah dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri laporan termasuk penyata kewangan yang dikehendaki di bawah masing-masing
Peraturan-Peraturan dimansuhkan, tetapi laporan itu hendaklah terhad kepada tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan hingga hari sebelum hari ditetapkan.
(3) Walau apa pun seksyen 75, Jemaah dibubarkan hendaklah terus wujud bagi maksud subseksyen (2).
81.
Penerusan pegawai dan pekhidmat
Orang yang pada hari ditetapkan diambil khidmat sebagai pegawai dan pekhidmat Jemaah dibubarkan di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan hendaklah terus menjadi pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah Akta ini seolah-olah orang itu telah
52
Undang-Undang Malaysia
Akta 656
dilantik di bawah subseksyen 20(1) Akta ini atas terma dan syarat yang sama bagi tempoh yang akan tamat tempoh pada hari yang padanya pelantikannya di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan sepatutnya tamat tempoh.
82.
Kecualian bagi lesen dan daftar
(1) Walau apa pun pemansuhan dan pembubaran di bawah seksyen 75 atau apa-apa peruntukan Akta ini yang berlawanan, tiap-tiap orang yang, sebelum hari ditetapkan, memegang lesen yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai dilesenkan di bawah
Akta ini sehingga tarikh tamat tempoh lesen itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan padanya.
(2) Tiap-tiap lesen yang menurut kuasanya seseorang disifatkan di bawah subseksyen (1) sebagai dilesenkan di bawah
Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan di bawah Akta ini; dan Lembaga boleh mengubah terma dan syarat yang dikenakan pada lesen itu bagi maksud menyelaraskannya dengan dasar Lembaga mengenai pengenaan syarat tentang pelesenan di bawah Akta ini.
(3) Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pembatalan lesen hendaklah terpakai bagi semua orang yang disifatkan di bawah subseksyen (1) sebagai dilesenkan di bawah Akta ini.
(4) Jika seseorang yang disifatkan sebagai dilesenkan di bawah
Akta ini di bawah subseksyen (1) berhasrat untuk dilesenkan di bawah Akta ini selepas tamat tempoh yang baginya dia disifatkan dilesenkan di bawah Akta ini, dia boleh memohon kepada Lembaga untuk dilesenkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan, dan permohonannya hendaklah dibuat dan dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai suatu permohonan bagi pembaharuan lesen.
(5) Semua daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah
Peraturan-Peraturan dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripadanya.
Lembaga Lada Malaysia 53 83.
Penerusan permohonan, dsb., yang belum selesai
(1) Segala permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Jemaah dibubarkan di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan diuruskan oleh Lembaga di bawah Akta ini.
(2) Segala permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Menteri di bawah
Peraturan-Peraturan dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan diuruskan oleh Menteri di bawah Akta ini.
(3) Segala surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Jemaah dibubarkan di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan sebelum hari ditetapkan hendaklah pada hari ditetapkan diserah simpan dengan Lembaga.
84.
Penerusan prosiding sivil dan jenayah
(1) Baik pemansuhan di bawah seksyen 75 mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan sebelum hari ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan sedemikian.
(2) Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum hari ditetapkan oleh atau terhadap Jemaah dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Jemaah dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Jemaah dibubarkan atau orang sedemikian jika Akta ini tidak dibuat.
(3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas hari ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan sebelum hari itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Jemaah dibubarkan menjadi pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap Lembaga.
54
Undang-Undang Malaysia
Akta 656
Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai 85.
Jemaah dibubarkan
Sesuatu sebutan dalam mana-mana undang-undang atau dokumen yang berkuat kuasa sebelum hari ditetapkan mengenai
Jemaah dibubarkan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
Lembaga.
86.
Penerusan penggunaan nama
(1) Walau apa pun seksyen 75 dan 85, Lembaga boleh terus menggunakan nama “Jemaah Pemasaran Lada Hitam” bagi maksud mengekalkan nama baik atau bagi apa-apa maksud yang didapati patut oleh Lembaga.
(2) Tiada orang lain boleh menggunakan nama “Jemaah
Pemasaran Lada Hitam” kecuali dengan mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga.
(3) Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
87.
Pencegahan anomali
(1) Menteri boleh, setelah berunding dengan Lembaga, apabila difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian, sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan, mencegah anomali atau berbangkit daripada pembuatan Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada yang difikirkannya patut.
(2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas tamat tempoh dua tahun dari hari ditetapkan.
Lembaga Lada Malaysia 55