In forceUpdated to 5 Feb 2024Current version · Updated to 5 Feb 2024
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
234. Kehendak menyerah simpan prospektus dengan Pendaftar
Feedback & supportSeseorang penerbit hendaklah menyebabkan suatu salinan prospektus yang didaftarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini dan suatu salinan borang permohonan yang disertakan dengan prospektus itu—
(a)
berhubung dengan sekuriti selain skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, diserah simpan dengan Pendaftar;
(b)
berhubung dengan skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, diserah simpan dengan Suruhanjaya, sebelum tarikh penerbitan prospektus itu.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 367