Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

233. Pendaftaran prospektus

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya hendaklah enggan mendaftarkan suatu prospektus jika—

(a)

Suruhanjaya berpendapat bahawa prospektus itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti yang berhubung dengan prospektus itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan lain Akta ini;

(c)

Suruhanjaya berpendapat bahawa prospektus itu mengandungi apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan atau bahawa prospektus itu mengandungi apa-apa pernyataan atau maklumat yang daripadanya terdapat peninggalan yang material;

(d)

terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti yang dimaksudkan oleh prospektus itu—

(i)

menghendaki kelulusan Suruhanjaya di bawah seksyen 214 dan kelulusan berkenaan belum diberikan; atau

(ii)

tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah seksyen 214;

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 365

(e)

berhubung dengan skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, terdapat kegagalan untuk mematuhi mana-mana terma atau syarat yang berhubung dengan kelulusan suatu syarikat pengurusan atau pemegang amanah; atau

(f)

Suruhanjaya berpendapat bahawa penerbit telah melanggar mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti atau *Akta Syarikat 1965 dan bahawa pelanggaran itu akan menimbulkan keraguan tentang sama ada penerbit itu seorang yang layak dan sesuai untuk menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, apa-apa sekuriti.

(2)

Tiada prospektus boleh didaftarkan melainkan jika prospektus itu dikemukakan kepada Suruhanjaya bersama-sama dengan—

(a)

suatu permohonan bertulis bagi pendaftarannya;

(b)

salinan semua persetujuan yang dikehendaki di bawah subseksyen 244(1) daripada mana-mana orang yang dinamakan dalam prospektus itu sebagai yang membuat pernyataan yang dimasukkan ke dalam prospektus itu atau yang padanya suatu pernyataan yang dibuat dalam prospektus itu diasaskan;

(c)

salinan semua kontrak yang material yang disebut dalam prospektus itu atau, dalam hal suatu kontrak yang tidak diubah ke dalam bentuk bertulis, suatu memorandum yang memberikan butir-butir penuh mengenainya, yang ditentusahkan mengikut apa-apa kehendak yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan

(d)

semua maklumat atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

366 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(3)

Seseorang penerbit hendaklah menyebabkan suatu salinan—

(a)

apa-apa persetujuan yang dikehendaki di bawah subseksyen 244(1) berhubung dengan pengeluaran prospektus itu; dan

(b)

tiap-tiap kontrak atau dokumen yang material yang disebut dalam prospektus itu, supaya didepositkan—

(A)

di pejabat berdaftar penerbit itu di Malaysia, dan sekiranya penerbit itu tidak mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia, di alamat yang dinyatakan dalam prospektus bagi maksud itu; dan

(B)

dalam hal suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, di pejabat berdaftar penerbit dan pemegang amanah itu di Malaysia, di alamat yang dinyatakan dalam prospektus bagi maksud itu, dalam masa tiga hari selepas pendaftaran prospektus itu dan hendaklah menyimpan setiap salinan itu, bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, bagi pemeriksaan oleh mana-mana orang tanpa bayaran.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules