Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

232. Kehendak mendaftarkan prospektus berhubung dengan sekuriti

Feedback & support
(1)

Seseorang tidak boleh menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, membuat suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti atau dalam hal suatu penyenaraian permulaan sekuriti, membuat permohonan untuk sebut harga sekuriti itu di pasaran saham suatu bursa saham melainkan jika—

(a)

suatu prospektus berhubung dengan sekuriti itu telah didaftarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 233; dan

(b)

prospektus itu mematuhi kehendak atau peruntukan Akta ini.

(2)

Melainkan jika diberi kuasa secara bertulis oleh Suruhanjaya, seseorang itu tidak boleh mengeluarkan, mengedarkan atau mengagihkan apa-apa borang permohonan bagi sekuriti melainkan jika borang itu disertakan dengan suatu salinan prospektus yang telah didaftarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 233.

(3)

Seseorang tidak boleh mengeluarkan, mengedarkan atau mengagihkan apa-apa borang permohonan bagi sekuriti sesuatu perbadanan yang belum ditubuhkan atau sesuatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan yang belum ditubuhkan.

(4)

Suruhanjaya boleh untuk maklumat awam menerbitkan prospektus boleh daftar yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya sebelum pendaftaran prospektus itu di bawah seksyen 233.

(5)

Penerbitan di bawah subseksyen (4) tidak menandakan

Suruhanjaya mengesyorkan sekuriti itu atau mengambil tanggungjawab bagi ketepatan apa-apa pernyataan yang dibuat atau pendapat atau laporan yang dinyatakan dalam prospektus boleh daftar itu.

364 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(6)

Bagi maksud seksyen ini, suatu “prospektus boleh daftar”

merujuk kepada prospektus yang telah dikemukakan di bawah seksyen 233 dan yang masih belum didaftarkan oleh Suruhanjaya.

(7)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules