Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
237. Prospektus ringkas bagi terbitan hak yang boleh dilepaskan
Feedback & supportSesuatu perbadanan atau skim unit amanah tidak boleh menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau mengeluarkan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti secara terbitan hak yang boleh dilepaskan yang memihak kepada orang selain anggota atau pemegang debentur sedia ada perbadanan itu atau pemegang unit skim unit amanah itu dan yang berkenaan dengannya suatu permohonan telah dibuat atau akan dibuat untuk mendapatkan kebenaran untuk berniaga atau menyebut harga sekuriti itu di pasaran saham suatu bursa saham melainkan jika suatu prospektus ringkas didaftarkan oleh Suruhanjaya.
Mana-mana prospektus ringkas yang didaftarkan menurut subseksyen (1) hendaklah mengandungi apa-apa butir atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 373
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang suatu prospektus penuh daripada didaftarkan yang mengandungi butir-butir yang ditentukan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan prospektus penuh berkenaan dengan sesuatu terbitan, tawaran atau pelawaan yang disebut dalam subseksyen (1).