Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

236. Tanggungjawab am tentang penzahiran dalam prospektus

Feedback & support
(1)

Bagi maksud menentukan sama ada suatu prospektus mengandungi apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat suatu ketinggalan yang material di bawah subseksyen 246(1) atau 248(1), hendaklah diambil kira sama ada prospektus itu mengandungi semua maklumat yang semunasabahnya dikehendaki, dan semunasabahnya dijangkakan terdapat dalam prospektus itu, oleh pelabur dan penasihat profesional

370 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

mereka, bagi maksud membuat suatu penilaian berdasarkan maklumat tentang—

(a)

aset dan tanggungan, kedudukan kewangan, untung dan rugi dan prospek penerbit itu dan, dalam hal skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, skim itu;

(b)

hak yang diberikan oleh sekuriti itu; dan

(c)

merit untuk melabur dalam sekuriti itu dan takat risiko yang terlibat dalam berbuat demikian.

(2)

Maklumat yang semunasabahnya diperlukan dan semunasabahnya dijangkakan terdapat dalam prospektus itu oleh pelabur dan penasihat profesional mereka di bawah subseksyen (1)

ialah maklumat—

(a)

yang diketahui oleh semua atau mana-mana orang yang berikut:

(i)

seseorang yang merupakan pengarah seorang penerbit itu pada masa prospektus itu diterbitkan;

(ii)

seseorang yang bersetuju atau yang menyebabkan dirinya dinamakan dan dinamakan dalam prospektus itu sebagai seorang pengarah atau sebagai seorang yang bersetuju untuk menjadi pengarah, sama ada dengan serta-merta atau selepas suatu lat masa;

(iii)

seseorang penganjur;

(iv)

penasihat utama berhubung dengan suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti;

(v)

seseorang yang dinamakan dalam prospektus itu, dengan persetujuannya sebagai telah membuat suatu pernyataan yang dimasukkan dalam prospektus itu atau yang padanya suatu pernyataan yang dibuat dalam prospektus itu diasaskan;

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 371

(vi)

seseorang yang dinamakan dalam prospektus itu, dengan persetujuannya sebagai seorang broker saham, broker syer atau penaja jamin, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti;

(vii)

seseorang yang dinamakan dalam prospektus itu, dengan persetujuannya sebagai seorang juruaudit, jurubank atau peguam bela berhubung dengan suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti;

(viii)

seseorang yang dinamakan dalam prospektus itu, dengan persetujuannya sebagai telah melaksanakan atau sedang melaksanakan apa-apa fungsi seorang profesional, penasihat atau atas sifat lain yang tidak disebut dalam perenggan (iv), (v), (vi) atau (vii) yang berhubung dengan suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti; atau

(b)

yang boleh didapati oleh mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (2)(a) dengan membuat apa-apa pertanyaan yang munasabah dalam hal keadaan itu.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) atau (2), dalam menentukan maklumat yang dikehendaki dimasukkan ke dalam suatu prospektus di bawah seksyen ini, hendaklah diambil kira—

(a)

jenis—

(i)

sekuriti itu;

(ii)

urusan penerbit sekuriti itu; dan

(iii)

skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu;

372 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(b)

orang yang mungkin menimbangkan untuk memperoleh sekuriti itu;

(c)

hakikat bahawa perkara tertentu semunasabahnya dijangkakan diketahui oleh mana-mana penasihat profesional yang semunasabahnya dijangkakan akan dirundingi oleh pelabur yang disebut dalam subseksyen 236(1); dan

(d)

sama ada orang yang kepadanya suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti akan dibuat ialah pemegang sekuriti dalam perbadanan, atau pemegang unit dalam skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, dan jika mereka ialah pemegang itu, setakat mana (jika ada)

maklumat yang berkaitan telah diberikan terdahulu kepada mereka oleh penerbit di bawah mana-mana undang-undang atau mana-mana kehendak kaedah-kaedah sesuatu bursa saham, jika berkenaan, atau selainnya.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules