272. Obligasi pengarah penjamin untuk menghantar serah penyata kewangan
Feedback & supportPengarah bagi tiap-tiap penjamin hendaklah menghantar serah kepada pemegang amanah dan Suruhanjaya dan menyerah simpan dengan Pendaftar apa-apa penyata kewangan penjamin sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Tertakluk pada subseksyen (3), pengarah penjamin itu hendaklah menghantar serah suatu salinan akaun tahunan teraudit penjamin kepada pemegang amanah dan Suruhanjaya dalam masa dua minggu dari tarikh mesyuarat agung tahunan penjamin.
Jika penjamin merupakan suatu perbadanan tersenarai yang dikehendaki supaya mengemukakan maklumat kepada Suruhanjaya di bawah seksyen 319, penjamin tidak dikehendaki untuk menghantar serah akaun tahunan terauditnya kepada Suruhanjaya di bawah seksyen ini.
Jika pengarah seseorang penjamin tidak menghantar serah kepada pemegang amanah suatu salinan apa-apa penyata kewangan penjamin sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) atau suatu salinan akaun tahunan teraudit penjamin
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 463
di bawah subseksyen (2), pemegang amanah itu hendaklah memaklumkan Suruhanjaya tentang hakikat itu.
Jika pengarah seseorang penjamin melanggar atau tidak mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan subseksyen (1) atau (2), setiap pengarah melakukan suatu kesalahan.