268. Section 268
Feedback & supportJika prospektus yang berhubungan dengan suatu debentur mengandungi suatu pernyataan tentang maksud atau projek tertentu yang baginya amaun yang dijamin atau kena dibayar di bawah debentur yang dimaksudkan oleh surat ikatan amanah itu hendak digunakan dan peminjam berniat untuk menukar maksud atau projek yang baginya amaun itu hendak digunakan selepas debentur itu diterbitkan kepada pemegang debentur, peminjam hendaklah—
memberitahu Suruhanjaya; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 457
memberikan suatu notis secara bertulis yang diluluskan oleh
Suruhanjaya di bawah subseksyen (2) kepada setiap pemegang debentur.
Notis yang disebut dalam subseksyen (1) boleh diluluskan oleh
Suruhanjaya jika notis itu—
menyatakan maksud atau projek yang baginya amaun yang dijamin atau kena dibayar di bawah debentur sebenarnya hendak digunakan;
menawarkan untuk membayar balik amaun itu kepada setiap pemegang debentur; dan
mengandungi apa-apa maklumat dan butir-butir sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.
Peminjam tidak bertanggungan untuk membayar balik amaun yang dijamin atau kena dibayar di bawah debentur yang diterbitkan oleh peminjam di bawah subseksyen (1) jika pemegang debentur itu tidak menuntut secara bertulis bagi pembayaran balik amaun itu dalam masa empat belas hari selepas penerimaan notis itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu.
Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa maksud atau projek yang baru itu berlawanan dengan kelulusan atau dengan terma atau syarat kelulusan yang diberikan di bawah seksyen 214 atau kebenaran atau pengiktirafan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 256C,
Suruhanjaya boleh tidak membenarkan peminjam meneruskan maksud atau projek baru itu yang baginya amaun yang dijamin atau kena dibayar di bawah debentur itu hendak digunakan dan mengarahkan pembayaran balik amaun itu kepada setiap orang yang daripadanya amaun itu diterima.
Jika seseorang peminjam menerima notis yang disebut dalam perenggan 273(2)(h), subseksyen 280(4) atau (5), peminjam adalah bertanggungan untuk membayar balik amaun yang dijamin atau kena dibayar di bawah debentur yang diterbitkan oleh peminjam itu kepada mana-mana orang yang kepadanya amaun itu adalah terhutang atau yang daripadanya amaun itu diterima.
458 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Tertakluk pada subseksyen (4), suatu notis yang diberikan oleh peminjam di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mempunyai kesan seolah-olah maksud atau projek yang ditentukan dalam notis itu merupakan maksud atau projek yang ditentukan dalam prospektus itu.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh, atas permohonan bertulis mana-mana peminjam atau atas kehendaknya sendiri, membuat suatu perintah yang melepaskan mana-mana orang daripada, atau meluluskan apa-apa perubahan kepada, kehendak seksyen ini.
Seseorang peminjam yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.