In forceUpdated to 5 Feb 2024Current version · Updated to 5 Feb 2024
275. Pemegang amanah ditanggung rugi
Feedback & support(1)
Seseorang pemegang amanah tidak bertanggungan bagi apa-apa jua yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan menurut arahan yang diberikan kepada pemegang amanah itu oleh pemegang debentur dalam mana-mana mesyuarat yang dipanggil di bawah seksyen 277, 278 atau 279.
(2)
Seseorang pemegang amanah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hak lain di bawah surat ikatan amanah, mendapatkan bayaran ganti dengan menolak daripada apa-apa wang yang masuk ke tangan pemegang amanah itu daripada peminjam segala kos yang munasabah yang dilakukan dalam menerangkan kesan mana-mana cadangan yang dikemukakan oleh peminjam kepada pemegang debentur dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan 273(2)(e).