270. Section 270
Feedback & supportPeminjam hendaklah, dalam masa dua minggu atau apaapa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, selepas penerimaan wang sebagai respons kepada suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, suatu bilangan atau nilai tertentu debentur, memberikan kepada orang itu suatu dokumen yang mengesahkan, yang merupakan keterangan atau yang merupakan pengesahan keberhutangan peminjam itu berkenaan dengan penerimaan wang sebagai respons kepada terbitan, tawaran atau pelawaan itu.
Suatu dokumen yang dikeluarkan oleh peminjam berkenaan dengan apa-apa wang yang diterima oleh peminjam sebagai respons kepada suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, mana-mana debentur yang memperaku bahawa orang yang dinamakan dalam dokumen itu—
ialah pemegang berdaftar suatu bilangan atau nilai tertentu debentur yang diterbitkan oleh peminjam; dan
adalah tertakluk pada peruntukan dan waad yang terkandung dalam surat ikatan amanah yang disebut atau dikenal pasti dalam dokumen itu, hendaklah disifatkan sebagai suatu dokumen yang merupakan keterangan keberhutangan peminjam berkenaan dengan wang itu.
460 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Seseorang peminjam tidak boleh menerima atau meneruskan langganan suatu terbitan debentur yang melebihi amaun terbitan yang dizahirkan dalam prospektus melainkan jika peminjam menyatakan dalam prospektus itu—
secara jelas bahawa peminjam mempunyai hak untuk menerima atau meneruskan langganan yang berlebihan; dan
suatu had yang dinyatakan sebagai suatu jumlah wang yang tertentu daripada amaun langganan yang berlebihan yang boleh diterima atau diteruskan, yang merupakan suatu amaun lebihan yang tidak melebihi dua puluh lima peratus daripada amaun terbitan yang dizahirkan dalam prospektus itu.
Seseorang peminjam yang melanggar subseksyen (1) atau (3)
melakukan suatu kesalahan.