273. Kewajipan pemegang amanah
Feedback & supportPemegang amanah suatu surat ikatan amanah yang dibuat di bawah seksyen 258—
hendaklah memuaskan hatinya sendiri bahawa peruntukan sesuatu prospektus, memorandum maklumat atau dokumen penzahiran yang berhubungan dengan debentur itu tidak mengandungi apa-apa perkara yang tidak selaras dengan terma, peruntukan dan waad debentur dan surat ikatan amanah itu;
hendaklah memastikan bahawa peminjam dan setiap penjamin mematuhi Penggal 7 Bahagian IV *Akta Syarikat 1965, setakat yang ia terpakai bagi debentur itu;
hendaklah mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa peminjam atau penjamin meremedi mana-mana pelanggaran terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah atau mana-mana pelanggaran peruntukan Akta ini;
hendaklah memberitahu Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan jika peminjam atau penjamin gagal untuk meremedi mana-mana pelanggaran terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah atau mana-mana pelanggaran peruntukan Akta ini;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
464 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
hendaklah, jika peminjam atau penjamin gagal untuk meremedi mana-mana pelanggaran terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah atau mana-mana pelanggaran peruntukan Akta ini, memanggil suatu mesyuarat pemegang debentur dan membentangkan di mesyuarat itu cadangan untuk melindungi kepentingan pemegang debentur sebagaimana yang dianggap perlu atau sesuai oleh pemegang amanah dan mendapatkan arahan mereka; dan
hendaklah memberitahu Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan jika pemegang amanah mendapati bahawa pemegang amanah itu tidak layak untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 260.
Jika suatu cadangan yang berhubungan dengan debentur diluluskan di bawah seksyen 214, dibenarkan atau diiktiraf oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 256C atau diserah simpan dengan
Suruhanjaya, pemegang amanah hendaklah—
menjalankan usaha yang munasabah untuk memastikan sama ada aset peminjam dan setiap penjamin yang ada atau boleh digunakan, sama ada secara jaminan atau selainnya, adalah tidak mencukupi atau berkemungkinan menjadi tidak mencukupi untuk membayar balik amaun yang dijamin atau kena dibayar di bawah debentur yang dimaksudkan oleh surat ikatan amanah itu apabila ia menjadi kena dibayar;
memberitahu Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan jika—
peminjam telah melanggar seksyen 265 atau 266;
atau
seseorang penjamin telah melanggar perenggan 271(1)(d);
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 465
jika peminjam atau penjamin gagal untuk meremedi mana-mana pelanggaran terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah atau mana-mana pelanggaran peruntukan Akta ini memanggil suatu mesyuarat pemegang debentur dan membentangkan di mesyuarat itu cadangan untuk melindungi kepentingan pemegang debentur sebagaimana yang dianggap perlu atau sesuai oleh pemegang amanah dan mendapatkan arahan mereka;
mematuhi apa-apa arahan yang diberikan kepadanya di mesyuarat pemegang debentur yang disebut dalam seksyen 277, 278 dan 279 melainkan jika—
pemegang amanah berpendapat bahawa arahan itu tidak selaras dengan terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah atau peruntukan
Akta ini atau selainnya boleh dibantah; dan
pemegang amanah telah sama ada memperoleh, atau dalam proses untuk memperoleh, suatu perintah daripada mahkamah di bawah seksyen 282 untuk mengetepikan atau mengubah arahan itu;
memberi pemegang debentur suatu pernyataan yang menerangkan kesan apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh peminjam kepada pemegang debentur sebelum apa-apa mesyuarat yang—
dipanggil oleh mahkamah berhubung dengan suatu skim perkiraan atau kompromi di bawah subseksyen 176(1) *Akta Syarikat 1965; atau
dipanggil oleh pemegang amanah di bawah subseksyen 278(1);
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
466 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
memohon kepada Suruhanjaya untuk suatu arahan di bawah subseksyen 280(1) jika pemegang amanah selepas siasatan yang sewajarnya berpendapat bahawa aset peminjam dan penjamin yang ada atau boleh digunakan, sama ada secara jaminan atau selainnya, adalah tidak mencukupi atau berkemungkinan menjadi tidak mencukupi untuk membayar balik amaun yang dijamin atau kena dibayar di bawah debentur itu yang dimaksudkan oleh surat ikatan amanah itu apabila ia menjadi kena dibayar;
memohon kepada mahkamah bagi suatu perintah di bawah seksyen 282 jika—
pemegang amanah selepas siasatan yang sewajarnya berpendapat bahawa aset peminjam dan penjamin yang ada atau boleh digunakan, sama ada secara jaminan atau selainnya, adalah tidak mencukupi atau berkemungkinan menjadi tidak mencukupi untuk membayar balik amaun yang dijamin atau kena dibayar di bawah debentur itu yang dimaksudkan oleh surat ikatan amanah itu apabila ia menjadi kena dibayar; atau
peminjam telah gagal mematuhi arahan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 280(1); dan
jika prospektus yang berhubungan dengan debentur mengandungi suatu penyataan tentang maksud atau projek tertentu yang amaun itu akan digunakan dan—
pemegang amanah mendapati bahawa maksud atau projek itu tidak tercapai dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus itu atau jika tiada masa dinyatakan, dalam masa yang munasabah; atau
pemegang amanah berpendapat bahawa notis adalah perlu bagi melindungi kepentingan pemegang debentur, memberikan notis secara bertulis kepada peminjam yang menghendakinya membayar balik amaun yang dijamin atau kena
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 467
di bayar di bawah debentur yang dimaksudkan oleh surat ikatan amanah itu dalam masa satu bulan selepas notis diberikan dan menghantar serah suatu salinan notis itu kepada Suruhanjaya, melainkan jika pemegang amanah itu berpuas hati dengan mana-mana atau kesemua daripada yang berikut:
bahawa maksud atau projek itu telah sebahagian besarnya dicapai atau disiapkan; atau
bahawa kepentingan pemegang debentur tidak dimudaratkan secara material dengan kegagalan untuk mencapai atau menyiapkan maksud atau projek itu dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus atau dalam masa yang munasabah.
Bagi maksud perenggan 2(f) dan (g), seseorang pemegang amanah dalam membuat apa-apa permohonan kepada Suruhanjaya atau kepada mahkamah—
hendaklah mengambil kira sifat dan jenis jaminan yang diberikan apabila debentur itu pertama kali diterbitkan atau, jika tiada jaminan diberikan, hendaklah mengambil kira kedudukan pemegang debentur sebagai pemiutang tidak terjamin peminjam itu; dan
boleh bergantung kepada apa-apa perakuan atau laporan yang diberikan atau pernyataan yang dibuat oleh mana-mana peguam bela, juruaudit atau pegawai peminjam atau penjamin jika ia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa peguam bela, juruaudit atau pegawai itu adalah berwibawa untuk memberikan atau membuat perakuan, laporan atau pernyataan itu.
Seseorang pemegang amanah yang melanggar subseksyen (1)
tidak melakukan suatu kesalahan.
468 Undang-Undang Malaysia AKTA 671