Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

266. Section 266

Feedback & support
(1)

Seseorang peminjam hendaklah, dalam masa satu bulan selepas berakhirnya setiap suku tahun—

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

452 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(a)

menghantar serah kepada pemegang amanah suatu laporan suku tahun yang menyatakan maklumat yang dikehendaki oleh subseksyen (3), (4), (5) dan (7);

(b)

menyerah simpan suatu salinan laporan itu dengan

Pendaftar; dan

(c)

menghantar serah suatu salinan laporan itu kepada

Suruhanjaya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

suku tahun pertama ialah suatu tempoh tiga bulan yang berakhir pada suatu hari yang ditetapkan oleh peminjam melalui notis bertulis kepada pemegang amanah, dengan syarat bahawa hari yang ditetapkan itu hendaklah kurang daripada enam bulan selepas penerbitan pertama suatu debentur di bawah surat ikatan amanah itu; dan

(b)

setiap suku tahun yang berikutnya adalah bagi tempoh tiga bulan, atau bagi apa-apa tempoh yang lebih pendek sebagaimana yang dibenarkan oleh pemegang amanah dalam hal keadaan yang khas.

(3)

Laporan bagi suku tahun itu hendaklah termasuk perincian tentang—

(a)

apa-apa pelanggaran apa-apa had amaun yang boleh dipinjam oleh peminjam;

(b)

apa-apa kegagalan oleh peminjam dan setiap penjamin untuk mematuhi terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah atau pelanggaran peruntukan Akta ini semasa suku tahun itu;

(c)

apa-apa kejadian yang berlaku semasa suku tahun itu yang menyebabkan, atau boleh menyebabkan, satu atau lebih daripada yang berikut:

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 453

(i)

apa-apa amaun yang dijamin atau kena dibayar di bawah debentur itu menjadi kena dibayar dengan serta-merta;

(ii)

debentur itu menjadi berkuat kuasa dengan serta-merta;

(iii)

apa-apa hak atau remedi lain di bawah terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah itu menjadi berkuat kuasa dengan serta-merta;

(d)

apa-apa hal keadaan yang berlaku semasa suku tahun itu yang akan memudaratkan secara material—

(i)

peminjam itu, mana-mana subsidiarinya, atau mana-mana penjamin, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(ii)

apa-apa jaminan atau cagaran yang termasuk dalam atau diwujudkan oleh debentur atau surat ikatan amanah itu;

(e)

apa-apa pertukaran yang substansial dalam jenis perniagaan peminjam, mana-mana subsidiarinya atau penjaminnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berlaku semasa suku tahun itu;

(f)

mana-mana kejadian yang berikut yang berlaku dalam suku tahun itu:

(i)

pelantikan seorang penjamin;

(ii)

pemberhentian tanggungan penjamin bagi pembayaran keseluruhan atau sebahagian daripada wang yang penjamin itu bertanggungan di bawah jaminan itu; atau

(iii)

suatu pertukaran nama seseorang penjamin;

(g)

amaun bersih yang belum dijelaskan atas mana-mana pendahuluan pada akhir suku tahun itu jika penjamin itu telah mewujudkan suatu cagaran jika—

454 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(i)

jumlah amaun untuk didahulukan atas jaminan cagaran itu tidak dapat ditentukan; dan

(ii)

pendahuluan itu digabungkan dalam suatu akaun semasa dengan bank, pemiutang dagangan atau mana-mana orang lain; dan

(h)

apa-apa perkara lain yang boleh memudaratkan secara material kepentingan pemegang debentur.

(4)

Jika wang adalah terhutang kepada peminjam semasa suku tahun itu oleh sesuatu perbadanan yang berhubungan dengan peminjam, yang bukan merupakan amaun yang didepositkan oleh peminjam dengan suatu institusi berlesen dalam perjalanan biasa perniagaan peminjam, laporan itu mesti memasukkan juga perincian tentang—

(a)

jumlah amaun yang terhutang oleh perbadanan yang berhubungan itu semasa suku tahun itu; dan

(b)

jumlah amaun yang terhutang oleh perbadanan yang berhubungan itu pada akhir suku tahun itu.

(5)

Jika seseorang peminjam telah mengambil alih tanggungan sesuatu perbadanan yang berhubungan semasa suku tahun itu, laporan itu hendaklah memasukkan perincian tentang takat tanggungan yang diambil alih semasa suku tahun itu dan takat tanggungan pada akhir suku tahun itu.

(6)

Bagi maksud subseksyen (4) dan (5), laporan itu—

(a)

hendaklah membezakan antara amaun yang terhutang dengan pengambilalihan tanggungan yang bercagar dan yang tidak bercagar; dan

(b)

boleh tidak memasukkan apa-apa deposit, pinjaman atau pengambilalihan tanggungan bagi pihak perbadanan yang berhubungan itu jika perbadanan yang berhubungan itu—

(i)

menjamin pembayaran balik debentur peminjam itu; dan

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 455

(ii)

menyediakan jaminan dengan mencagarkan kesemua hartanya dengan memihak kepada pemegang amanah bagi pemegang debentur peminjam itu.

(7)

Jika suatu prospektus yang diterbitkan berkaitan dengan suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, apa-apa debentur termasuk suatu pernyataan yang berhubungan dengan suatu maksud atau projek tertentu yang baginya wang yang diterima oleh seseorang sebagai respons kepada terbitan, tawaran atau pelawaan itu hendak digunakan, laporan itu hendaklah termasuk perincian tentang kemajuan yang telah dibuat ke arah mencapai maksud itu atau menyiapkan projek itu.

(8)

Laporan itu hendaklah—

(a)

dibuat mengikut suatu resolusi pengarah; dan

(b)

menyatakan tarikh laporan itu dibuat.

(9)

Jika peminjam gagal menghantar serah laporan itu kepada pemegang amanah, pemegang amanah itu hendaklah memaklumkan

Suruhanjaya tentang hakikat itu.

(10)

Seseorang peminjam yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Kewajipan peminjam untuk memaklumkan pemegang amanah dan Suruhanjaya kejadian material yang berlaku

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules