Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

271. Kewajipan penjamin

Feedback & support
(1)

Jika seseorang peminjam dikehendaki membuat suatu surat ikatan amanah di bawah seksyen 258 berhubung dengan mana-mana debentur, seseorang penjamin berkenaan dengan debentur itu hendaklah—

(a)

berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan dan mengendalikan perniagaannya dengan cara yang betul dan cekap;

(b)

menjadikan tersedia semua rekod kewangannya atau rekod lain bagi pemeriksaan oleh—

(i)

pemegang amanah itu;

(ii)

seorang pegawai atau pekerja pemegang amanah yang diberi kuasa oleh pemegang amanah untuk menjalankan pemeriksaan itu; atau

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 461

(iii)

seorang juruaudit syarikat yang diluluskan yang dilantik oleh pemegang amanah untuk menjalankan pemeriksaan itu, dan memberi orang yang menjalankan pemeriksaan itu apa-apa maklumat, penerangan atau bantuan lain yang diperlukan oleh orang itu;

(c)

memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan diri penjamin sendiri yang dikehendaki di bawah subseksyen 266(3) supaya dimuatkan dalam laporan suku tahunan kepada peminjam, dalam masa empat belas hari dari tarikh peminjam meminta maklumat itu melalui notis secara bertulis atau dalam apa-apa tempoh lain yang tidak kurang daripada empat belas hari sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu; dan

(d)

jika penjamin mewujudkan suatu cagaran—

(i)

memberikan perincian bertulis kepada pemegang amanah tentang cagaran itu dalam masa dua puluh satu hari selepas cagaran itu diwujudkan; dan

(ii)

memberikan perincian bertulis kepada pemegang amanah tentang—

(A)

amaun setiap pendahuluan yang dibuat dalam masa tujuh hari selepas pendahuluan itu dibuat;

atau

(B)

jika pendahuluan itu digabungkan dalam suatu akaun semasa dengan suatu bank, pemiutang dagangan atau mana-mana orang lain, amaun bersih yang belum dijelaskan atas pendahuluan pada akhir tiap-tiap tiga bulan.

(2)

Seseorang penjamin yang melanggar perenggan (1)(a) tidak melakukan suatu kesalahan.

462 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(3)

Seseorang penjamin yang melanggar perenggan (1)(b)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

(4)

Seseorang penjamin yang melanggar perenggan (1)(c) atau (d)

melakukan suatu kesalahan.

(5)

Jika seseorang penjamin melanggar perenggan (1)(b),

Suruhanjaya boleh mengarahkan supaya penjamin mematuhi peruntukan perenggan itu.

(6)

Seseorang penjamin yang melanggar arahan Suruhanjaya yang dikeluarkan menurut subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules