276. Kewajipan juruaudit kepada pemegang amanah bagi pemegang debentur
Feedback & supportSeseorang juruaudit peminjam hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas memberikan peminjam apa-apa kunci kira-kira, akaun untung rugi atau apa-apa laporan, perakuan atau dokumen lain yang
470 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
dia dikehendaki oleh *Akta Syarikat 1965 atau oleh debentur atau surat ikatan amanah itu untuk memberikan kepada peminjam, menghantarkan suatu salinan apa-apa kunci kira-kira, akaun untung rugi, laporan, perakuan atau dokumen lain melalui pos kepada tiap-tiap pemegang amanah bagi pemegang debentur peminjam itu.
Jika, dalam pelaksanaan kewajipannya sebagai juruaudit peminjam, juruaudit itu menyedari apa-apa perkara yang, pada pendapat profesionalnya, berkaitan dengan penjalanan dan pelaksanaan kuasa dan kewajipan yang dikenakan ke atas pemegang amanah—
oleh Akta ini; atau
di bawah surat ikatan amanah, juruaudit itu hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas menyedari perkara itu, melaporkan perkara itu kepada peminjam dan pemegang amanah itu.
Jika, dalam pelaksanaan kewajipannya sebagai juruaudit peminjam, juruaudit itu menyedari—
apa-apa perkara yang, pada pendapat profesionalnya, boleh menjadi suatu pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini;
atau
apa-apa ketidakaturan yang mempunyai kesan yang material ke atas keupayaan peminjam untuk membayar balik apa-apa amaun di bawah debentur itu, juruaudit itu hendaklah dengan segera melaporkan perkara itu kepada
Suruhanjaya.
Juruaudit tidak, dengan ketiadaan bukti niat jahat pada pihaknya, bertanggungan atas apa-apa tindakan bagi fitnah dalam guaman yang dibawa oleh mana-mana orang berkenaan dengan
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 471
apa-apa penyataan yang dibuat dalam hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1), (2) atau (3).
Seseorang juruaudit yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Seseorang juruaudit yang melanggar subseksyen
melakukan suatu kesalahan.