274. Pengecualian bagi pemegang amanah daripada tanggungan dan menanggung rugi tanggungan
Feedback & supportTertakluk pada seksyen ini, suatu terma, peruntukan atau waad sesuatu debentur atau sesuatu surat ikatan amanah atau suatu terma sesuatu kontrak dengan pemegang debentur yang dijamin oleh suatu surat ikatan amanah adalah terbatal setakat yang terma, peruntukan atau waad itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai kesan—
yang mengecualikan seseorang pemegang amanah daripada tanggungan kerana melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap ketelitian dan ketekunan yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah; atau
yang menanggung rugi seseorang pemegang amanah terhadap tanggungan kerana melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap ketelitian dan ketekunan yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah, melainkan jika terma, peruntukan atau waad itu—
melepaskan pemegang amanah itu daripada tanggungan bagi apa-apa yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan sebelum pelepasan itu diberi; atau
membolehkan suatu mesyuarat pemegang debentur untuk meluluskan pelepasan seseorang pemegang amanah daripada tanggungan bagi apa-apa jua yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan sebelum pelepasan itu diberi.
Bagi maksud subperenggan (1)(B)—
suatu pelepasan diluluskan sekiranya pemegang debentur yang mengundi bagi resolusi itu memegang tujuh puluh lima
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 469
peratus daripada nilai nominal debentur yang dipegang oleh semua pemegang debentur yang menghadiri mesyuarat itu dan mengundi atas resolusi itu; dan
seseorang pemegang debentur menghadiri mesyuarat itu dan mengundi atas resolusi itu jika—
pemegang debentur itu sendiri menghadiri mesyuarat itu dan mengundi atas resolusi itu; atau
jika proksi dibenarkan, pemegang debentur itu diwakili dalam mesyuarat itu oleh seorang proksi dan proksi itu mengundi atas resolusi itu.