Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

278. Kuasa pemegang amanah untuk memanggil mesyuarat

Feedback & support
(1)

Jika seseorang peminjam atau penjamin gagal meremedi apa-apa pelanggaran terma, peruntukan atau waad suatu debentur atau surat ikatan amanah atau apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan

Akta ini apabila dikehendaki oleh pemegang amanah, pemegang amanah itu boleh—

(a)

memanggil suatu mesyuarat pemegang debentur;

(b)

memberitahu pemegang debentur tentang kegagalan itu pada mesyuarat itu;

(c)

mengemukakan cadangan bagi melindungi kepentingan pemegang debentur kepada mesyuarat itu; dan

(d)

meminta arahan daripada pemegang debentur yang berhubung dengan perkara itu.

(2)

Seseorang pemegang amanah boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan mesyuarat pemegang debentur yang dipanggil di bawah subseksyen (1) dan jika pemegang amanah itu tidak menjalankan kuasa ini, pemegang debentur yang hadir pada mesyuarat itu boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(3)

Seseorang pemegang amanah berhak untuk dibayar ganti oleh peminjam bagi apa-apa kos yang dilakukan dalam memanggil suatu mesyuarat pemegang debentur menurut mana-mana kewajipan atau fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah itu.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules