277. Kewajipan peminjam untuk memanggil mesyuarat
Feedback & supportSeseorang peminjam hendaklah memanggil suatu mesyuarat pemegang debentur jika—
pemegang debentur yang secara bersesama memegang sepuluh peratus atau lebih daripada nilai nominal debentur yang diterbitkan yang dimaksudkan oleh surat ikatan amanah mengarahkan peminjam supaya berbuat demikian;
arahan itu diberikan kepada peminjam secara bertulis di pejabat berdaftarnya; dan
maksud mesyuarat itu adalah untuk—
menimbangkan penyata kewangan atau akaun tahunan teraudit yang terakhir dihantar serah kepada pemegang amanah di bawah seksyen 269 atau 272;
memberikan apa-apa arahan yang difikirkan patut oleh mesyuarat itu kepada pemegang amanah; atau
menimbangkan apa-apa perkara lain berhubung dengan surat ikatan amanah itu.
Jika seseorang peminjam dikehendaki supaya memanggil suatu mesyuarat, peminjam itu mesti memberikan notis mengenai masa dan tempat mesyuarat itu kepada—
pemegang amanah;
472 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
juruaudit peminjam itu; dan
mana-mana pemegang debentur yang namanya dimasukkan dalam daftar pemegang debentur atau rekod pendeposit, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut peruntukan subseksyen (3) dan (4).
Bagi maksud subseksyen (2), notis kepada pemegang bersesama suatu debentur mesti diberikan kepada pemegang bersesama yang pertama dinamakan dalam daftar pemegang debentur atau rekod pendeposit, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seseorang peminjam boleh memberikan notis kepada seorang pemegang debentur—
dengan sendiri;
dengan menghantarnya melalui pos ke alamat pemegang debentur yang terdapat dalam daftar pemegang debentur; atau
dengan apa-apa cara lain yang dibenarkan oleh terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah itu.
Suatu notis mesyuarat yang diposkan kepada seorang pemegang debentur hendaklah dikira sebagai diberi tiga hari selepas notis itu diposkan, melainkan jika terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah itu memperuntukkan selainnya.
Seseorang pemegang amanah boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan mesyuarat pemegang debentur yang dipanggil di bawah subseksyen (1) dan jika pemegang amanah itu tidak menjalankan kuasa ini, pemegang debentur yang hadir pada mesyuarat itu boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Seseorang peminjam yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 473