Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

269. Obligasi pengarah peminjam untuk menghantar serah penyata kewangan

Feedback & support
(1)

Pengarah bagi tiap-tiap peminjam hendaklah menghantar serah kepada pemegang amanah dan Suruhanjaya dan menyerah simpan dengan Pendaftar apa-apa penyata kewangan peminjam sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), pengarah peminjam itu hendaklah menghantar serah suatu salinan akaun tahunan teraudit peminjam kepada pemegang amanah dan Suruhanjaya dalam masa dua minggu dari tarikh mesyuarat agung tahunan peminjam.

(3)

Jika peminjam merupakan suatu perbadanan tersenarai yang dikehendaki untuk mengemukakan maklumat kepada Suruhanjaya di bawah seksyen 319, peminjam tidak dikehendaki untuk menghantar serah akaun tahunan terauditnya kepada Suruhanjaya di bawah seksyen ini.

(4)

Jika pengarah seseorang peminjam tidak menghantar serah kepada pemegang amanah suatu salinan apa-apa penyata kewangan peminjam sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) atau suatu salinan akaun tahunan teraudit peminjam

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 459

di bawah subseksyen (2), pemegang amanah itu hendaklah memaklumkan Suruhanjaya tentang hakikat itu.

(5)

Jika pengarah seseorang peminjam melanggar atau tidak mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan subseksyen (1) atau (2), setiap pengarah melakukan suatu kesalahan.

Peminjam hendaklah mengeluarkan dokumen yang merupakan keterangan keberhutangan, dsb.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules