Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

306. Kuasa pemegang amanah untuk memanggil mesyuarat

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu syarikat pengurusan gagal meremedi apa-apa pelanggaran peruntukan atau waad surat ikatan atau apa-apa pelanggaran peruntukan mana-mana undang-undang sekuriti atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya apabila dikehendaki oleh pemegang amanah, pemegang amanah boleh—

(a)

memanggil suatu mesyuarat pemegang unit;

(b)

memberitahu pemegang unit tentang kegagalan itu dalam mesyuarat itu;

(c)

mengemukakan cadangan bagi melindungi kepentingan pemegang unit; dan

(d)

meminta arahan berhubung dengan perkara itu daripada pemegang unit.

(2)

Seseorang pemegang amanah boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan suatu mesyuarat pemegang unit yang dipanggil di bawah subseksyen (1) dan jika pemegang amanah tidak menjalankan kuasa ini pemegang unit yang hadir pada mesyuarat itu boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

504 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules