Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

308. Daftar pemegang unit

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap syarikat pengurusan hendaklah menyimpan suatu daftar pemegang unit dan memasukkan ke dalam daftar itu—

(a)

dalam hal seorang pemegang unit yang merupakan seorang individu, nama, alamat, nombor kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959

[Akta 78], jika ada, individu itu; atau

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 505

(b)

dalam hal pemegang unit yang merupakan suatu perbadanan, nama, alamat berdaftar dan nombor pendaftaran perbadanan itu, jika berkenaan.

(2)

Syarikat pengurusan itu hendaklah memasukkan ke dalam daftar itu—

(a)

bilangan unit yang dipegang oleh setiap pemegang unit;

(b)

tarikh nama setiap orang dimasukkan ke dalam daftar itu sebagai seorang pemegang unit;

(c)

tarikh pemberhentian mana-mana orang daripada menjadi pemegang unit; dan

(d)

apa-apa maklumat atau butir lain yang berkaitan tentang pemegang unit itu, untuk tempoh tujuh tahun.

(3)

Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1) dan (2), sesuatu syarikat pengurusan boleh menyimpan nama dan butir-butir yang berhubungan dengan orang yang berhenti daripada menjadi pemegang unit skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu dalam suatu daftar yang berasingan.

(4)

Daftar pemegang unit hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang apa-apa perkara yang dimasukkan ke dalamnya mengikut peruntukan Akta ini.

(5)

Jika suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan mempunyai lebih daripada lima puluh pemegang unit, syarikat pengurusan hendaklah, melainkan jika daftar pemegang unit itu sendiri adalah dalam bentuk yang menjadi suatu indeks, menyimpan indeks nama pemegang unit itu dalam bentuk yang mudah dan hendaklah, dalam masa empat belas hari selepas tarikh apa-apa pengubahan dibuat dalam daftar pemegang unit itu, membuat apa-apa pengubahan yang perlu dalam indeks itu.

506 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(6)

Indeks itu hendaklah, berkenaan dengan setiap pemegang unit, mengandungi petunjuk yang mencukupi untuk membolehkan akaun pemegang unit dalam daftar itu mudah dicari.

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2), (5) atau (6)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules