Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

307. Mahkamah boleh memerintahkan suatu mesyuarat pemegang unit

Feedback & support
(1)

Tanpa mengehadkan kesan seksyen 314, mahkamah boleh membuat suatu perintah supaya diadakan suatu mesyuarat bagi semua atau mana-mana pemegang unit bagi memberikan arahan kepada pemegang amanah.

(2)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh mengarahkan pemegang amanah supaya—

(a)

membentangkan kepada pemegang unit apa-apa maklumat tentang kepentingan pemegang unit;

(b)

membentangkan kepada pemegang unit apa-apa cadangan untuk melindungi kepentingan pemegang unit yang diarahkan oleh mahkamah atau yang dianggap sesuai oleh pemegang amanah; dan

(c)

mendapatkan arahan daripada pemegang unit tentang perlindungan kepentingan pemegang unit.

(3)

Mesyuarat itu hendaklah diadakan dan dijalankan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

(4)

Seseorang pemegang amanah boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan mesyuarat itu dan jika pemegang amanah tidak menjalankan kuasa ini, pemegang unit yang hadir pada mesyuarat itu boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules