Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

311. Kuasa mahkamah untuk membetulkan daftar

Feedback & support
(1)

Mana-mana pemegang unit, pemegang amanah atau orang lain yang terkilan dengan kemasukan atau ketidakmasukan, atau cara kemasukan atau ketidakmasukan, mana-mana nama dalam daftar boleh memohon kepada mahkamah bagi pembetulan daftar itu, dan mahkamah boleh menolak permohonan itu atau boleh memerintahkan pembetulan daftar itu dan pembayaran oleh syarikat pengurusan atas apa-apa kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pihak kepada permohonan itu.

(2)

Mahkamah boleh, atas suatu permohonan di bawah subseksyen (1), memutuskan—

(a)

apa-apa soalan yang berhubungan dengan hakmilik mana-mana orang yang merupakan suatu pihak kepada permohonan untuk memasukkan ke dalam atau mengeluarkan daripada daftar, sama ada soalan itu timbul antara pemegang unit atau pemegang unit yang dikatakan, atau antara pemegang unit berdaftar atau pemegang unit berdaftar yang dikatakan, pada satu pihak dengan syarikat pengurusan di pihak yang lain; dan

(b)

secara am, apa-apa soalan yang perlu atau suai manfaat untuk diputuskan bagi membuat pembetulan kepada daftar itu.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules