Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
129. Section 129
Feedback & supportHukuman pemenjaraan dan tahanan boleh ditimbangkan semula oleh pegawai (yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel atau yang setaraf dengannya) sebagaimana yang dinyatakan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini; dan jika setelah ditimbangkan semula didapati bahawa kelakuan pesalah itu semenjak dia disabitkan menjustifikasikan hukuman itu diremitkan,
136 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, hukuman itu bolehlah diremitkan dengan sewajarnya.
Kuasa untuk menimbangkan semula sesuatu hukuman boleh dijalankan pada bila-bila masa selepas hukuman itu disahkan, dan jika, setelah dikaji semula, sesuatu hukuman itu masih berkuat kuasa, maka ia hendaklah ditimbangkan semula pada lat tempoh enam bulan:
Dengan syarat bahawa kelengahan dalam mematuhi subseksyen ini tidak akan menidaksahkan hukuman itu.
Kajian Semula Dapatan Terus dan Award
Kajian semula dapatan terus dan award