Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
121. Section 121
Feedback & supportKaedah-Kaedah Tatacara boleh dibuat bagi menentukan hal-hal yang mengenainya, dan takat yang, mahkamah tentera boleh, dalam menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh bagi apa-apa kesalahan yang dia telah disabitkan, atas permintaan tertuduh itu, memberi pertimbangan terhadap kesalahan lain terhadap Akta ini yang telah dilakukan olehnya.
Jika Kaedah-Kaedah Tatacara membuat peruntukan seperti yang disebut terdahulu, Kaedah-Kaedah itu boleh juga membuat peruntukan bagi memberikan sesuatu mahkamah tentera, dengan memberi pertimbangan terhadap satu atau beberapa kesalahan, kuasa untuk mengarahkan supaya potongan dibuat daripada gaji pesalah itu sebagaimana yang sesuatu mahkamah tentera mempunyai kuasa untuk mengarahkannya jika pesalah itu telah didapati bersalah atas kesalahan atau kesalahan-kesalahan yang telah diberi pertimbangan itu serta kesalahan yang baginya dia sebenarnya telah didapati bersalah.
128 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
Pengesahan, Penyemakan dan Kajian Semula
Prosiding Mahkamah Tentera