Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

126. Pegawai pengesah

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, orang yang berikut mempunyai kuasa untuk mengesahkan dapatan atau hukuman sesuatu mahkamah tentera, iaitu:

(a)

pegawai yang memanggil mahkamah tentera itu bersidang atau mana-mana pegawai yang mempunyai kuasa memerintah atasan ke atas pegawai itu;

(b)

pengganti mana-mana pegawai atau pegawai atasan itu, atau mana-mana orang yang pada masa ini menjalankan fungsi mana-mana pegawai atau pegawai atasan itu;

Akta Angkatan Tentera 133

(c)

jika tiada pegawai yang disebut terdahulu itu, mana-mana pegawai yang dilantik oleh Majlis Angkatan Tentera untuk bertindak sebagai pegawai pengesah, sama ada bagi kes itu khususnya atau bagi sesuatu kelas kes yang dinyatakan.

(2)

Yang berikut tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan dapatan atau hukuman sesuatu mahkamah tentera, iaitu:

(a)

mana-mana pegawai yang telah menjadi anggota mahkamah tentera;

(b)

mana-mana orang, sebagai pegawai memerintah bagi tertuduh, telah menyiasat pengataan terhadapnya, atau yang pada masa ini menjadi pegawai memerintah bagi tertuduh itu; atau

(c)

mana-mana orang yang, sebagai pegawai atasan yang berkenaan, telah menyiasat pengataan terhadap tertuduh itu.

(3)

Sesuatu Waran atau pewakilan yang memberi kuasa untuk memanggil mahkamah tentera bersidang boleh menangguhkan pengesahan oleh pihak berkuasa atasan dapatan atau hukuman atau kedua-duanya dalam hal keadaan sebagaimana yang dinyatakan oleh atau di bawah Waran atau pewakilan itu dan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) bolehlah dijalankan tertakluk pada mana-mana penangguhan itu.

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules