Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
124. Penyemakan dapatan mahkamah tentera
Feedback & supportSeseorang pegawai pengesah boleh mengarahkan supaya sesuatu mahkamah tentera menyemak apa-apa dapatan bersalah yang telah dicapai oleh mahkamah itu dalam mana-mana kes jika ternyata padanya bahawa—
Akta Angkatan Tentera 129
dapatan itu berlawanan dengan beratnya keterangan; atau
ada soal undang-undang yang diputuskan dalam perbicaraan itu dan berkaitan dengan dapatan itu telah diputuskan dengan salah.
Apa-apa arahan itu hendaklah disertai dengan arahan yang perlu bagi mengadakan persidangan semula mahkamah tentera itu, dan hendaklah mengandungi suatu pernyataan mengenai sebab-sebab bagi arahan itu.
Apabila sesuatu dapatan itu disemak, mahkamah tentera hendaklah menimbang semula dapatan itu, dan (melainkan jika mahkamah bersetuju dengan dapatan itu) boleh menggantikannya dengan suatu dapatan tidak bersalah atau apa-apa dapatan lain yang mungkin telah dibuat oleh mahkamah tentera itu pada mulanya dalam perbicaraan itu sebagai ganti dapatan yang disemak itu.
Apabila sesuatu dapatan itu disemak mahkamah tentera tidak mempunyai kuasa untuk menerima apa-apa keterangan lanjut.
Jika apabila apa-apa dapatan itu disemak mahkamah tentera sama ada bersetuju dengan dapatan yang mula-mula itu atau menggantikannya dengan suatu dapatan bersalah atas suatu kesalahan yang lain, atau atas kesalahan yang sama tetapi dalam hal keadaan yang berlainan, mahkamah tentera itu boleh menggantikan hukuman yang mula-mula itu dengan suatu hukuman yang lain:
Dengan syarat bahawa mahkamah tentera itu tidak mempunyai kuasa untuk menggantikan sesuatu hukuman yang lebih berat daripada hukuman itu atau yang paling berat di antara hukuman yang mula-mula dijatuhkan itu, atau menggantikan sesuatu hukuman yang pada pendapat mahkamah tentera itu adalah lebih berat daripada hukuman yang mula-mula itu.
Pegawai pengesah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan penyemakan apa-apa dapatan ganti yang telah dibuat oleh mahkamah tentera atas arahan terdahulu oleh pegawai pengesah, atau penyemakan dapatan yang mula-mula itu jika telah dipersetujui oleh mahkamah
130 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
tentera itu atas sesuatu arahan yang terdahulu; tetapi kecuali seperti yang disebut terdahulu Akta ini hendaklah terpakai bagi prosiding mahkamah tentera atas apa-apa penyemakan sebagaimana ia dipakai terhadap pertimbangtelitian mahkamah itu atas dapatan atau hukuman mula-mulanya, dan apa-apa dapatan atau hukuman ganti hendaklah dikira bagi segala maksud sebagai dapatan atau hukuman mula-mula mahkamah tentera itu:
Dengan syarat bahawa keputusan mahkamah tentera itu mengenai penyemakan itu tidaklah dikehendaki diumumkan dalam mahkamah terbuka.
Kuasa pegawai pengesah